Cerita 9

4.2K 132 13
                                    


Naufal. 

" Hani? Hani buat apa dekat sini?" tanya Naufal hairan. Wajahnya nampak tenang, namun aku dapat mengesan riak terkejutnya apabila melihat aku disini. Aku pusing kebelakang, Saif rupanya masih berada di kaunter membayar minuman kami tadi.

Plastic bag ditangan aku angkat, memberitahunya bahawa aku sedang 'bershopping?'

" D-dengan Saif?" soal Naufal lagi. Aku angguk perlahan. Senyuman paksa dilakar khusus bagi menghilangkan rasa bersalah yang bersarang didalam hati.

Apakah makna semua ini? Naufal menangkap aku keluar berdua-duaan dengan Saif. Tapi aku dengan Saif hanya keluar makan waktu rehat dan kebetulan dia meminta aku menemaninya untuk membeli hadiah untuk Ein.

Dan apakah hari ini? Dalam satu tempat, aku dan Saif terserempak dengan Ein dan Zarul dan kini Naufal sedang berdiri didepanku.

" Naufal. Kau seorang datang sini?" Saif menyapa Naufal lalu mereka bertukar salam. Saat ini aku betul-betul rasa bersalah kepada Naufal. Seperti aku sedang mencurangi Naufal, seperti mana Ein curang pada Saif.

" Kau datang dengan Hani?" 

" Oh, kami berdua dari kerja luar tadi dan kebetulan aku ada benda nak dibeli. Aku ajak Maira, oh maksud aku Hani temankan aku." terang Saif. 

Aku cuma mengangguk. Berharap Naufal tidak salah faham dengan situasi ini.

Kami bertiga sedang berdiri saling berhadapan dengan situasi yang sangat janggal. Naufal tunang aku, juga kawan baik kepada Naufal. Saat ini tiada apa yang terucap diantara kami bertiga. Sepi.

" Fal balik dulu?" 

" Hani nak ikut Fal balik boleh?" ujarku iba-tiba. Aku tidak mahu Naufal tersalah anggap dengan apa yang berlaku sekarang. Semua ini boleh diterangkan dan diceritakan dengan baik.

" Fal nak masuk office Hani. Hani kena ikut Saif balik pejabat semula. Sekarang baru pukul 1.45 petang sayang"

Perkataan sayang dari mulut Naufal. Saat ini, aku semakin bersalah. Tidak marahkan Naufal kepada aku? Tapi aku bukan keluar suka-suka. Pagi tadi aku dan Saif keluar atas urusan kerja dan kami terus berhenti makan disini.

" Em Hani Humaira" panggil Naufal. Saif meminta diri lalu meninggalkan kami berdua disitu. Aku diajak duduk oleh Naufal di kerusi berhampiran. Aku lihat jam pada tangan, sudah pukul 2 petang.

"Esok malam mak dengan abah ada di rumah kak Yati. Hani nak ikut?"

Aku diam untuk berfikir.

" Hani pun dah lama tak jumpa mak dengan abah. Esok Fal ambillah Hani di rumah" jawabku.

" You are staying with Shikin right?"

" No. I moved to her sister's apartment di Damansara"

Lalu aku teringatkan kisah aku ternampak kereta Naufal di kawasan parking rumah. Kalau aku tanya sekarang agaknya boleh jadi isu atau tidak? Tanya ajelah, tak salah pun sebab tadi dia pun buat perkara yang sama bertanya mengenai keberadaan aku disini.

"Naufal"

Namun bunyi deringan handphone Naufal terlebih dahulu mematikan soalan yang ada dibenakku. Panggila dari handphone diangkat lalu dia bergerak jauh sedikit dariku. Tak lama kemudian dia datang kembali kearahku.

" Sayang I've got to go. Apa-apa nanti Hani call Fal boleh? Or nak Fal ambil di pejabat nanti?"

"Yeah sure. Nanti Hani call Fal" balasku sebelum Naufal segera meninggalkan aku berseorangan disitu.  Dengan perlahan-lahan aku memusingkan badan mula mengatur langkah menuju ke ruang parkir untuk ke kereta Saif.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now