Cerita 22

7.7K 201 67
                                    


" Maira, macammana benda ni boleh tertunda macamni? Kan abang dah cakap semua benda abang akan settlekan, Maira cuma perlu tunaikan cheque ini saja. Takkan benda simple macammni pun boleh ada problem?"

Aku diam tidak berkutik.  Dua minggu bermasalah dengan Saif, tumpuan aku terhadap kerja di pejabat lari terus. Aku rasa dalam seminggu lepas dua tiga kali abang Syazwan suruh aku betulkan semula laporan audit yang aku buat. Bukan setakat salah eja, salah tarikh, salah itu, salah ini.

Salah yang dia dah tegur pun aku ulang juga. Maunya dia tak mengamuk pagi ini.

" Apa Encik Borhan cakap masa Maira masuk pejabat dia minggu lepas?"

" Maira hantar cheque ni baik-baik dan minta dia cash-kan macammana yang abang nak. Tapi sebelum Maira balik dia kata anak dia nak masuk U dan dia perlukan duit lebih sikit. Maira buat tak layan sebab I don't do under table" jawabku jujur.

Sebenarnya ketika Eli memberitahuku bahawa pegawai bank yang terlibat dengan projek usahasama kami adalah Encik Borhan, aku sengaja melambat-lambatkan urusan wang di situ. Sebab aku tahu, Encik Borhan takkan senang-senang nak tunaikan cheque yang aku beri, terutamanya daripada multilink company seperti kami.

" Kenapa Maira tak call abang terus terang? Abang boleh jumpa dah bincang baik-baik dengan Borhan"

" Sebelum Maira balik tu, Maira dah tanya samada dia nak jumpa abang ke tak. Dia kata, benda senang macamni takkan sampai perlu abang yang kena uruskan. Hand over the money and everything will get settled. Maira balik ajelah macamtu"

Abang Syazwan melepaskan keluhan sebelum dia mengeluarkan semula bajet kewangan yang ada didalam proposal diatas mejanya. Pen dari poket baju ditarik dan dia mula menconteng-conteng, seumpama membuat perkiraan yang baru.

" I'll get these things settled. Maira, Maira, kenapalah tak beritahu abang perkara macamni? Kalau Dr Eng tahu ni, kemungkinan besar projek ni akan terus batal. Macammana nak capai KPI kalau your first project pun dah gagal?" bebelnya lagi.

Aku mencebik, tanda aku tak puas hati namun aku pastikan riak wajahku tidak diperasan abang Syazwan.

" Takpe, nanti kita akan jumpa Encik Borhan and we'll discuss about these things. Semualah,daripada hari persediaan sehingga hari event tu. Okay?"

" Okay abang...."

" Lah, kenapa suara letih macamtu? Takkan abang tegur sikit dah mengalah ni?"

" Mana ada penat. Tu namanya menghormati"

" Ada ke menghormati macamtu. Macam-macamlah Maira ni"

"Ni, kenapa abang dah lama tak nampak Saif rehat dengan Maira? Selalunya pukul 12.50 dah terpacak dekat lobby luar sana" muncungnya menunjuk kearah lobby yang berhadapan dengan meja Anis dan Eli.

" Eh, hahahahaha yekeee abang ni. Ada lah dia ambil Maira. Tapi Maira suruh ambil dekat bawah je, jangan naik atas..... hm, abang ada apa-apa lagi tak nak bebel dekat Maira ni?" aku meminta kepastian.

Dua tiga kali membelek helaian kertas, abang Syazwan menggeleng kepala lalu menyuruh aku kembali ke ruangan kerjaku.

Sebaik sahaja menutup pintu, Eli dan Anis sudah mula menggelakkan aku. Aku memuncungkan bibir sekali lagi, aku menunjukkan isyarat senyap.

" Ok?" tanya Anis lalu disambut ketawa Eli.

" Ok lah daripada kau" balasku lalu duduk diruangan kerja. Tangan menghidupkan komputer lalu menyambung kerja yang terbengkalai tadi. Muncul sahaja Microsoft Words ditekan, nama Encik Borhan merupakan perkataan yang aku nampak di skrin komputer.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now