" Maira?" Saif mengetuk lagi pintu bilik dan meminta izin untuk masuk. Aku yang dari tadi duduk, secara automatiknya terus berdiri apabila melihat susuk tubuh Saif yang masih berdiri di muka pintu.
" Mana Eli? Keluar makan dah?" Saif terus mengangkat tangan kanannya, diarahkan menghadap mukanya untuk melihat waktu pada jam tangan.
" Rasanya mereka dah keluar makan. Tinggal saya seorang ja dalam office ni. Encik Saif nak minta tandatangan aje kan?"
" Kenapa Encik Saif? Panggil aja Saif. Lagipun kita bukan baru kenal harini kan Maira?"
Saat itu perasaan aku bergetar. Entah kenapa kemunculan mengejut Saif didalam ruangan pejabatku seakan membuat jantungku berdegup kencang. Permintaan Saif untuk aku terus menggelarnya dengan nama juga membuatkan aku rasa janggal. Dulu memanglah, aku kenal dia sebab dia kawan Naufal, tapi sekarang ni dia senior dekat pejabat. Kenalah panggil ikut pangkat kan?
Darah dimuka juga aku rasakan seakan kering. Mungkin terkejut dan tidak percaya hakikat yang aku dah Saif rupanya bekerja di agensi yang sama. Saif duduk didepanku tanpa aku jemput. Diserahkan beberapa keping kertas kepadaku lalu meminta aku untuk menyemaknya sebelum aku turunkan tandatangan.
Aku capai kertas tadi dan aku baca satu persatu. Erk, apa semua ni. Mana pernah aku tahu kewujudan semua mesin-mesin ni dalam makmal.
Aku selak lagi helaian yang seterusnya, namun fikiran aku terus semakin buntu. Nak tandatangan terus ke ni? Takpe ke kalau aku suka-suka hati aje?
" Maira, awak baca apa lama sangat tu? Semua peralatan Eli dah check minggu lepas. Saya ada copy yang dia serahkan pada saya minggu lepas. Tapi untuk ikut protocal sebenar, awak kena juga tandatangan. It's okay semua benda dah selesai. Cuma nak dapatkan kelulusan bertulis dari pegawai aje" terang Saif lagi.
Oh patutlah Eli suruh aku sign aje tadi. Aku buka handbag dan mula mencari pen. Aik, mana pula pen aku ni? Aku masukkan lagi tapak tangan lebih dalam, meraba-raba untuk mencari keberadaan pen didalam handbag.
Perempuan, jangan kata pen, kunci kereta pun hampir 10 minit baru jumpa dalam handbag.
" Em Maira?" Saif mengetuk hujung meja. Aku angkat muka dan memandang Saif yang ketika itu sedang menghulurkan sebatang pen kepadaku.
" Kakak saya pernah beritahu, kunci kereta pun perempuan ambil masa nak jumpa dalam handbag dia. Nah pakai je pen saya?" pen hitam cair ditolak rapat kearahku.
Aku simpan semula handbag dan mencapai pen yang terletak elok didepanku.
" Saya cuma perlu sign sahaja kan?" aku ubah topik. Walaupun ketika itu, perasaan malu dan segan sudah membuak-buak terhadap Saif.
Petang nanti aku akan ke Mph, mahu mencari beberapa batang pen cair hitam dan biru serta bekas yang sesuai untuk diletakkan diatas meja kerja.
Petangnya, siap solat Asar di surau, aku terus memandu ke Mid Valley. Memang menempah maut, dah tahu sekarang waktu orang balik kerja hampir dua jam aku didalam kesesakan lalu lintas, hanya untuk sampai ke Mid. Sebaiknya aku ke kedai buku biasa sahaja. Tapi disebabkan dalam fikiran aku hanya fikirkan Roti-Boy yang dari tengah hari tadi buat nafas aku jadi tak tenteram, aku gagahkan juga memandu Vios Naufal ke sini.
Terus sahaja kaki aku melangkah ke surau di tingkat bawah bersebelahan dengan AEON sebelum aku masuk ke Mph. Sampai ke Mph, laju sahaja aku capai beberapa batang pen biru cair dan pen hitam cair sebelum aku pilih bekas-bekas buat diletakkan pen didalamnya.
Cari pen biru dengan hitam yang berkenan di hati pun makan masa 15 minit, tambah lagi nak cari bekas yang aku suka. Setengah jam juga aku disini. Sampai di kaunter, handphone aku berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil, segera aku angkat.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...