Tepat pukul 6.00 petang aku sampai ke rumah. Dari luar lagi aku nampak keadaan rumah yang masih gelap dan tidak berpenghuni. Tak balik lagi agaknya umi, mama, Tasya dan abang Syazwan dari Nilai.
Aku pula, sebelum umi bergerak lagi aku keluar untuk berjalan-jalan di sekitar bandar. Bukan ada apa sangat yang mahu dicari, sengaja aku keluar untuk melepaskan gian memandu kereta dan membeli sedikit barangan keperluan rumah untuk umi.
Masuk sahaja ke dalam rumah, kesemua kawasan gelap, melainkan tangga yang cerah diterangi lampu tangga dan ruangan masuk kedapur. Aik, umi lupa tutup lampu ke? Selalunya umi memang akan jadi orang terakhir keluar, sebab dia akan pastikan semua lampu dalam bahagian rumah tertutup.
" Maira pergi mana tadi?"
Terpejam mata dan hampir menjerit. Aku buka semula mata, dan aku nampak tubuh abang Syazwan yang duduk di meja makan bermain dengan handphone. Ditepinya ada segelas air kosong.
Dah kenapa abang Syazwan boleh ada dalam rumah ni pula?
" Er, abang tak ikut umi dengan mama ke?" aku bergerak menghampirinya dan duduk. Dia menyimpan handphone dan mula fokus kepadaku.
" Tak. Mama suruh abang jaga Maira. Tadi abang memang kena drive, tapi umi cakap takut nanti Maira duduk rumah sorang. So, mama suruh abang yang jaga Maira."
Tapi, sebenarnya aku dengan abang Syazwan mana boleh duduk berduaan macamni.
" Okay. And abang duduk dekat dapur ni since pagi tadi? Tak berganjak langsung?"
" Eh, takdelah. Lepas Asar tadi baru abang masuk dapur. Abang check emel untuk kerja esok hari. Tak lama lepastu Maira masuk rumah. Dah macam pencuri dah abang tengok, menghendap aje" guraunya lalu mencuit hidungku.
" Kita balik berdua aje nanti. Mama tidur sini dulu, nanti bila abang free, abang ambil dia pula"
" Abang, macam menyusahkan abang dengan mama je. Abang tunggulah sampai mama sampai. Maira balik naik bas aje. Takpe, tak bahaya pun lah. Lagipun sampai KL je nanti, Maira terus call kawan suruh ambil Maira" aku tolak lagi ajakannya untuk menghantar aku pulang dengan baik.
Perlahan-lahan aku bangun lalu ke peti ais, menyusun barangan yang dibeli didalamnya. Sesudah itu, aku bergerak keluar dari dapur, meninggalkan abang Syazwan disitu.
" Kawan Maira tu, lelaki ke perempuan?" soal abang Syazwan kuat setelah aku keluar dari ruangan dapur. Menjadi masalah ke kalau kawan aku tu lelaki atau perempuan?
Cepat-cepat aku melangkah mahu naik ke tangga. Namun abang Syazwan terlebih dahulu memotong langkahku, menolak aku ke dinding tangga.
" Abang tanya kan, kawan Maira tu lelaki ke perempuan?"
" Abang ni dah kenapa? Kalau kawan Maira lelaki sekalipun, bukan jadi masalah pada abang. Kita ni sepupu abang. Abang adalah abang sepupu Maira dan Maira adik sepupu abang. Kita tak boleh jadi lebih dari itu. Abang tak ingat ke?" aku lontarkan semula kata-katanya kepadaku 10 tahun yang lepas.
Pegangan tangannya kendur. Dia berganjak sedikit ke belakang, duduk bersandar pada sofa.
" Masatu abang tak nampak Maira. Abang tak fikir abang akan makan semula kata-kata abang. Tapi sekarang, abang tahu yang abang sayang Maira. Abang nak kita jadi macam dulu. Abang nak kahwin dengan Maira"
"Abang!"
" Abang sendiri yang cakap yang kita tak boleh lebih daripada apa yang kita ada sekarang. Dan sekarang kita jadi macammana yang abang cakap. Abang please, I'm working under your supervision and please behave like one. Maira tahu, sekarang bukan waktu kerja, tapi kalau abang berterusan macamni, Maira boleh resign dan larikan diri dari abang"
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...