Sampai di depan blok C, aku segera membuka pintu kereta. Laju sahaja wajahku mempamerkan senyuman kepada Saif. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, aku hanya mampu menjawab soalan, tidak sekalipun aku memulakan perbualan diantara kami. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Itupun segan-segan.
Ceritanya, pagi tadi Naufal turun lewat. Memandangkan hanya ada 30 minit sahaja sebelum pukul 8.00, Naufal meminta aku untuk menumpang Saif. Katanya jika dia menghantar aku, bimbang dia yang lewat ke tempat mesyuaratnya.
Awalnya aku memutuskan untuk naik teksi sahaja, namun sebaik sahaja kereta Saif muncul diantara aku dan Naufal, serta melihat senyuman manis Saif mengajak aku untuk menumpangnya, aku tanpa agak terus bersetuju.
" Maira nanti lunch kita keluar sekali lah? Saya tunggu awak dekat sini dalam pukul 12.50 macam tu boleh?" ujarnya sebelum aku menutup pintu. Segera aku berpaling menghadap Saif.
Dia ajak aku makan sekali?
" Tak menyusahkan Saif ke? Nak kena ambil saya pula. Takpelah, saya ada bawa bekal ni" aku tunjukkan bekal sarapanku ke arah Saif. Dia menggeleng laju. " Tu bekal sarapan awak kan? Nanti saya tunggu dekat sini. Maira turun ye?"
Aduh, takkan nak tolak peluang baik macamni. Aku buat perkiraan, kalau aku tak turun, Saif akan tunggu lepas tu entah-entah bila tak nampak batang hidung aku turun, dia terus taknak kawan dengan aku lepas ni.
" Betul tak menyusahkan? Kalau macamtu, Maira turun nanti. Thanks for the ride yah Saif?" aku menghulur senyum lagi. Debaran mula terasa walau hanya cukup membayangkan apakah momen yang bakal tercipta antara aku dengan Saif tengah hari nanti.
Dan Saif pula membalas senyum sebelum dia mula memandu ke blok B yang terletak hanya disebelah blok C. Sehingga Saif masuk ke dalam bangunan blok B, baru aku mengorak langkah masuk ke blok C.
Dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.45 pagi aku duduk termangu didalam bilik bersendirian. Mahu mencari kerja, awal-awal tadi Eli sudah katakan bahawa aku hanya akan dibriefing oleh senior officerku yang masih berkursus di Brunei dan hanya akan masuk ke pejabat pada Isnin depan. Dan hari ini baru hari Selasa.
Tok,tok, tok.
Aku angkat muka memandang ke pintu. Wajah Saif yang memenuhi bukaan pintu sambil senyumannya masih meleret memandang aku. Handphone di tangan aku letak didalam laci dan menjemput Saif masuk.
" Mesti Maira bosan kan? Jom ikut saya pergi site nak? Kita nak buat sampling tanaman dekat sana. Lagipun pergi seorang bosanlah" Saif menggaru sisi kepalanya sambil membaca akhbar yang aku bawa masuk ke sini pagi tadi.
" Em boleh ke Maira ikut? Kita tak sama department kan?" entah kenapa itu yang keluar dari mulutku. Tapi betullah kan, takpe ke kalau aku ikut?
" Mestilah boleh Maira. Lagipun daripada Maira duduk seminggu dalam office macamni, lebih baik Maira ikut saya pergi site. Boleh belajar sikit-sikit. Nanti pun kerja Maira lebih kurang macam kerja saya juga. Pergi site untuk sampling dan run analysis." dia meyakinkan aku. Tangannya mengeluarkan handphone dari poket seluarnya.
" Baru pukul 12.00 ni, kita makan dulu. Lepas tu Maira ikut saya okay?" dia masih memujuk. Bibirnya dimuncungkan.
" Em bibir tu nak muncung-muncung nak bawa ke mana? Okaylah saya ikut awak. Sekarang kan?" aku dapatkan lagi kepastian Saif sambil tanganku mula mengemas beberapa barangan peribadiku masuk ke dalam beg.
" Maira dengan Naufal dah lama kawan? Saya dengan Naufal pun baru kenal juga. Dalam setahun lepas. Itu pun sebab futsal. Bila dah selalu lepak dengan geng futsal ni, baru tahu saya dengan dia rupanya duduk satu perumahan yang sama" Saif mula memecahkan kesunyian. Hampir 15 minit juga aku dengan dia duduk dalam kereta tapi tak berbual apa, sebab dia agak sibuk dengan handphone. Aku pun terpaksa batalkan temu janji aku dengan Shikin last minute, sebab nak temankan Saif ke site sampling. Nasib baik Shikin tak kisah.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...