Gais lepas baca Humaira jemput jemputlah jenguk cerita ini. Saya nak promote ni 👨👨
👉 @Aieralys - Promise Dengan saya
👉 @krypty - Gadis Surfer.
Haa ingat tau, dah baca, vote dan komen pergi baca cerita dekat atas ni👆taoo taoo taoo! Hehe 😘
Jumaat petangnya aku terus pulang ke Kuala Selangor dengan menggunakan khidmat Shikin yang tak habis-habis mahu menghantar aku pulang ke sini. Kebetulan dia ingin terus ke Sabak Bernam atas urusan peribadi. Bila ditanya dia tidak pula bercerita lebih.
" Shikin, taknak makan dulu ke? Banyak umi masak ni sebab tadi Maira call beritahu yang Shikin tumpangkan Maira balik" tanya umi sebaik sahaja kami tiba dan terus duduk di ruang tamu. Aku pula meliarkan mata mencari Akil dan Adriana. Mana mereka berdua pergi? Senyap sunyi aje rumah umi ni.
" Boleh juga umi. Lama dah Shikin tak makan umi masak. Teringin juga ni." balas Shikin sambil tersengih lebar. Selalunya kalau Shikin datang, umi mesti akan masak udang masak lemak cili padi. Kegemaran aku dengan Shikin.
" Umi, mana Akil dengan Adriana?" segera aku memotong cakap Shikin. Lalu mata aku menangkap kelibat gadis yang turun dari tingkat atas lalu memasuki ruang dapur. Langsung tak datang menegur dan memberi salam, tapi dengan sombongnya terus berlalu masuk ke ruang dapur.
Lengan umi aku cuit.
" Umi, apa budak tu budak dekat sini?" tanyaku tak puas hati. Umi pula memberi isyarat agar aku merendahkan suara agar tidak didengari gadis tadi. Tak lama kemudian, dia muncul semula lalu berlari naik ke tingkat atas.
" Maira faham kan kenapa"
" Tapi mana boleh macamni umi. Maira tak sukalah dia susahkan umi lagi." bidasku tak puas hati.
" Alah Maira, dia kan dah tiada sesiapa lagi. Apalah salahnya dia duduk dekat sini sepanjang dia cuti ni. Ada juga teman umi dengan anak-anak kak Ana"
" Umi, Maira tak sukalah. Kenapa dia tak balik kampung aje. Ni kalau dah duduk sini mesti akan menyusahkan umi. Bukan reti buat kerja pun si Tasya tu. Memanjang duduk dalam bilik, online. Bila lapar tahu turun makan, lepastu hilang masuk bilik semula" tambah aku lagi.
Tasya ni pula merupakan anak buah umi, iaitu anak tunggal kepada arwah maklong. Dulu, semasa arwah maklong masih hidup Tasya sering ditinggalkan disini atas sebab keadaan kerja maklong yang perlu berjalan jauh dan memakan masa yang lama. Disebabkan aku dan Tasya hanyalah dua tahun berbeza umur, jadi maklong sering meninggalkan Tasya dirumah kami, agar dia tidak rasa berseorangan.
Aku dengan Tasya ni dulu bukanlah tak rapat. Rapat sangat, sebab dia antara sepupu-sepupu aku yang paling selalu datang rumah dan senang diajak bermain. Tapi disebabkan aku dah klasifikasikan si Tasya ni pemalas, boros dan tak senang mata memandang, kerap juga aku dan dia bergaduh. Seingat aku, kali terakhir aku dan dia bergaduh besar adalah kerana dia memandu kereta umi tanpa izin dan lesen dan melanggar bonet depan kereta orang lain. Itupun beberapa hari sebelum aku pergi ke Australia. Mengamuk habis aku masatu.
" Anak-anak kak Ana ada pada Daniel. Pagi tadi dia datang ambil. Esok baru dibawa pulang ke sini" ujar umi. Mahu menukar topik agaknya agar aku tidak terlalu marahkan kehadiran Tasya disini.
" Umi, umi tak boleh buat macamni. Kenapa umi tak beritahu Maira dulu? Maira taknak Daniel bawa anak-anak tu dari Maira. Kak Ana tak suka umi" lirihku perlahan. Seketika, Shikin mencapai jemari tangan kananku lalu digenggam erat. Belakang bahuku digosok lembut dan dia memeluk aku dari sisi.
![](https://img.wattpad.com/cover/68386359-288-k102904.jpg)
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...