Siap solat Subuh, aku menyambung tidur. Shikin pula awal pagi lagi telah keluar. Katanya ada emergency di pejabat yang memaksanya mengubah rancangan kami pada minit terakhir.
Sebelum kembali memejamkan mata, aku capai handphone, melihat waktu. Sudah pukul 7.15 pagi. Perut aku sangat lapar, tapi disebabkan malas dan tidak larat aku meneruskan untuk terus berbaring.
Masuk mesej dari Shikin.
From: Shikin
Maira, aku ada masak bubur. Panaskan kalau nak makan. You must eat okay? Nanti aku balik, make sure dah susut bubur tu. take care!
Hidung aku masih selsema. Tekak aku pula sangat kering dan perit. Tak semena-mena aku teringatkan kerja yang aku tinggalkan begitu sahaja di atas meja semalam. Aduh, kalau dah sakit macamni, bila nak siap kerja.
Masuk pula panggilan dari abang Syazwan. Bulat mata aku saat aku baca nama abang Syazwan yang tertera pada skrin handphone.
" Hello" jawabku hati-hati. Tidak mahu kedengaran lemah atau sakit.
" Morning Maira. Saif bagitahu abang tadi yang Maira tak sihat. Dah makan ubat belum ni?"
" Abang, Maira demam ajelah. Dah makan dah tadi. Sorry, banyak kerja yang belum Maira siapkan dekat pejabat. Boleh pula sakit macamni"
" Hei, janganlah cakap macamtu. Abang risau tau adik abang ni sakit. Dah pergi klinik belum ni? Kalau belum, abang ambil Maira dan kita pergi klinik?" tawar abang Syazwan.
Aku tak rasa aku nak keluar dan tengok orang hari ni.
" I'm okay. Nanti Shikin balik, Maira pergi dengan dia. "
" Sure you okay?"
" Sure. Thanks abang" jawabku lalu aku putuskan talian. Bila aku periksa handphone, berderu-deru WhatsApp dari Naufal masuk, mahu meminta maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Dan yang menarik, Lin juga menghantar mesej mahu meminta maaf dariku. Aku padam kesemua mesej mereka dan aku menyambung tidur.
" Maira, sorry. Aku terpaksa" itu jawapan Shikin saat aku lihat Naufal yang sudah berdiri didepan pintu bilik. Dengan gagah, aku capai selendang lalu bergerak keluar dari bilik. Tanpa dijemput, Naufal duduk disofa.
" Yes, Naufal? Ada apa?"
" Jangan cakap macamni dengan Fal. Please Hani. Dengar dulu apa yang Fal nak cakap. Apa yang Hani nampak semalam, semua tu tak macammana yang Hani fikir"
Aku pejamkan mata. Benda dah jelas, nak terangkan apa lagi?
" Naufal. Saya tak bodoh tahu tak? Explanation apa lagi awak nak beri? Saya nampak awak pegang, peluk tangan Lin. Apa maksud benda tu? Awak curang dengan sayalah kan? Takkanlah tergamak awak pegang dan peluk tangan isteri orang yang tengah mengandung kan?" tebak aku. Dia menunduk ke lantai.
Jelas, apa yang bersarang dalam fikiran aku benar.
" Kami dah nak bercerai Maira. Malam tadi, malam terakhir Fal dengan Lin sebagai suami isteri. We are over now. Fal nak fokus pada Hani. Fal nak jadikan Hani sebagai isteri Fal. Come on sayang, Hani takkan tak sayang pada Fal lagi?"
" Sayang saya dah jadi sampah Naufal. Sudahlah Naufal, baliklah. Saya penat. Saya letih. Saya tak sihat. Saya nak tidur. Boleh tak awak faham?"
" Hani, Fal nak Hani faham. Apa yang jadi bukan kehendak Fal sendiri. Fal tersepit antara dua keadaan. Mak dengan abah tak paksa Fal kahwin dengan Lin. Tapi masa tu dia depressed, Fal takde jalan lain. Sebagai saudara dan lelaki yang paling rapat, Fal rasa tanggungjawab Fal untuk tenangkan dia, untuk bantu dia."
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...