Cerita 3

5.6K 131 9
                                    

Maira, saat kak Ana tulis surat ni, kak Ana tahu, kak Ana mesti dah tiada lagi dalam dunia ni. Kak Ana sebenarnya nak sangat balik Malaysia, jumpa umi dan minta maaf dari umi. Tapi Maira sendiri tahu, betapa marah dan bencinya umi pada kak Ana. Kak Ana rindukan umi. Sangat-sangat. Kak Ana nak sangat balik jumpa umi dan bercerita dan berkongsi kisah anak-anak dengan umi. Macammana yang kak Ana dan Maira selalu buat tu.

Kak Ana dah lama sangat sakit. Daniel sendiri tahu tentang sakit kak Ana. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kak Ana dan Daniel ambil haluan sendiri. Dan kak Ana dan Daniel dah lama bercerai. Setahun selepas kak Ana lahirkan Akil dan Adriana. Entah dimana silapnya, tiada lagi rasa cinta dalam hati kami. Kami ambil haluan masing-masing. 

Dan maafkan kak Ana, tak pernah cerita tentang semua ni pada Maira.

Maira, jaga anak-anak baik-baik. Jangan sesekali lepaskan Akil dan Adriana pada Daniel. Kak Ana taknak mereka berdua dijaga Daniel.

Kak Ana cuma nak Akil dan Adriana dibesarkan dalam budaya dan agama kita. Kak Ana tak mampu beri anak-anak ilmu agama yang cukup dan baik. Jadi kak Ana lepaskan tanggungjawab jagaan pada Maira. 

Jaga Akil dan Adriana baik-baik. Didik mereka dengan kasih sayang sama macammana yang umi didik dan besarkan kita.

Dan jangan sesekali biar Daniel tahu mengenai hak anak-anak yang kak Ana beri pada Maira. Kak Ana taknak dia rampas anak-anak dari Maira. Kak Ana taknak dia besarkan anak-anak.

Kak Ana bukan taknak umi tahu yang Akil dan Adriana adalah anak-anak kak Ana, cuma kak Ana takut umi taknak terima mereka langsung dalam hidup umi. Sekurangnya, umi masih sayang dan percayakan Maira.

Maafkan kak Ana sebab undur diri dalam keadaan yang begini dan meminta Maira korbankan diri Maira demi rahsia dan kepentingan anak-anak kak Ana.

salam sayang, Raihana Hanisah

Aku lipat semula surat yang kak Ana selitkan didalam handbagku sehari sebelum dia pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.

Dan ini juga merupakan sebab mengapa aku rahsiakan semua ini. Hanya kerana aku telah berjanji dan memegang janji pada kak Ana, untuk terus menjaga dan membesarkan Akil dan Adriana.

Aku tahu, umi sangat berhak untuk mengetahui bahawa kak Ana sudah tiada lagi, Akil dan Adriana adalah anak-anak kak Ana. Dan aku tahu umi tidak seteruk dan sekejam itu untuk terus membenci dan memberi tanggapan buruk kepada kak Ana. Sebab aku tahu, bonding antara kak Ana dan umi sangat kuat dan rapat, malahan lebih kuat berbanding aku dengan umi.  

Kak Ana pula berkali-kali telah menekankan kepadaku bahawa dia tidak mahu anak-anaknya dibesarkan oleh Daniel, bekas suaminya.

Aku capai handphone sebaik sahaja ada bunyi menandakan pesanan ringkas yang masuk. Mesej dari Naufal.

From:Naufal

Hani syg, Fal tak sempat nak serahkan kunci kereta pada Hani. Esok pagi, Hani tunggu dekat kereta, nanti kawan Fal akan jumpa Hani dekat sana. Hani jumpa dia dalam pukul 8.30 pagi? Dia selalu keluar pergi kerja waktu macamtu.

Dah bertolak ke KLIA ke? Awalnya bertolak, kata flight dia tengah hari esok. Sampai tak sempat nak beri kunci kereta bagai.

To:Naufal

Okay Fal. Fal dah bertolak ke KLIA ke? 

Aku tekan butang SEND. Tak lama kemudian, masuk semula mesej balasan dari Naufal.

From:Naufal

Fal dekat rumah kak Yati. Mak dengan abah ada datang sini. Tadi lepas maghrib terus adik Fal jemput datang rumah kak Yati.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now