To: Alisa
Aku EL harini. Tak sedap badan.
Pesanan ringkas aku hantar kepada Alisa, teman pejabatku yang baru setelah Saif hilang daripada pandangan mata untuk bergegas ke lapangan terbang. Kain yang aku keluarkan dari mesin basuh, aku kumpulkan kesemua ke dalam satu bakul lalu aku tolak dengan kaki sehingga ke pintu utama. Malasnya nak jemur. Aku capai handphone di atas meja makan, jam sudah pukul 1230 PM. Hm, kejap lagilah aku turun ke dobi untuk keringkan kesemua ni.
Sudah dua minggu kami berpindah ke apartment yang berjarak tak sampai lima kilometer daripada pejabat. Dan sudah hampir dua bulan juga kami berpindah ke pejabat baru yang terletak tidak jauh daripada Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Dan disebabkan jarak yang tak sampai lima kilometer inilah Saif telah pun menjual Nissan Almera hitam miliknya lalu ditukar ganti dengan motor berkuasa besar yang saban hari menjadi topik kegemarannya untuk berbual setiap kali kami pulang dari kerja.
Langsir di balkoni aku selak lalu aku pandang ke arah langit. Masih cerah, namun sudah ada tanda-tanda hari bakal hujan. Bulan ini sahaja, sudah dua kali Saif outstation ke Sarawak, meninggalkan aku bersendirian dirumah. Boleh kira berapa hari aku dan dia berteguran, umpama touch and go.
Nak masak apa ya harini? Kalau nak diikutkan aku dah kerap sangat makan seorang, tambah tambah lagi kalau Saif kena kerja luar. Kalini hampir dua minggu juga dia berada si Sarawak sibuk menguruskan bahan-bahan mengajarnya di sana.
Sebenarnya dah hampir 6 bulan Saif berulang alik ke Kuching Sarawak sejak dia menghabiskan PHD nya beberapa bulan yang lalu. Sunyi juga aku bila dia terlalu kerap ke sana, tapi apa yang boleh aku buat, kerana hubungan kami sememangnya dingin sebegini.
Bukan dingin bergaduh, cuma tak banyak cakap. Kalau makan semeja belum tentu sampai 10 minit pun kami dapat berbual. Dia ada didepan mata, tapi jasadnya hilang. Jauh, tak terkejar.
Aku tak faham kenapa dia tak boleh marah aku. Buatlah perangai macamana pun Saif tetap akan senyum dan mengikut rentak. Aku kekiri dia kekiri, aku terjun kolam agaknya dia pun terjun.
Lamunan aku terhenti ketika telefonku berdering. Panggilan dari Shikin, lantas membuat aku tersenyum.
"Maira! Cook what? Aku laparrrrrrr" Shikin menjerit di hujung talian. Kelam kabut aku dengar dia menyusun barang didalam kereta sambil mengomel sendirian. Tak Shikin lah kalau tak call orang sambil buat perkara lain. Sebabtu kadang-kadang ada je benda yang dia tertinggal, beglah, seliparlah. Pernah sekali tu, dia betul betul tertinggal handnbagnya diatas bonet kereta. Mujur jela perjalanan masih tak jauh, jadi dia sempat berhenti dan mengambil handbag di luar kereta.
"Aku tak masak. Lagipun aku sorang je dekat rumah ni. Saif takde"
" Kerja ke dia? Kau kenapa tak kerja harini? Pregnant ehhhhh" bertubi tubi soalan diberi tanpa sempat aku menjelaskan apa-apa.
Mengandung? Tidur pun bilik asing.
"Saif pergi Kuching. Kau dah dekat mana tu? Nanti dah sampai naiklah terus. Aku order FoodPanda okay tak?"
" Okay je. Aku baru habis meeting ni dekat Jalan Tun Razak. Maybe 30 minit baru sampai rumah kau. Maira..."
"Ye..."
" Kau ok tak ni? Kenapa macam perlahan sangat suara kau harini? Aku lambat lagi nak sampai rumah kau ni. Janganlah sedih sedih a-"
Suara Shikin hilang dari telefon. Berkali kali aku memanggil namanya namun tiada sahutan. Apa yang aku dengar ditelefon aku nafikan berkali-kali. Bukan sekarang Shikin. Bukan sekarang, aku tengah seorang ni.
"Hello? Shikin? Shikin, kau dengar tak aku panggil ni? Shikin?" aku mula menjerit jerit. Tiada sahutan daripada Shikin. Tak lama kemudian aku dengar suara orang ramai semakin dekat dan berkerumun.
YOU ARE READING
HUMAIRA
Storie d'amoreAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...