Cerita 24

929 66 7
                                    

From: Kak Sara

Maira, Shikin dah masuk ward, tapi buat masani doktor tak benarkan sesiapa datang melawat lagi. Maira jaga diri baik-baik ok? Kak Sara update apa apa lagi nanti

Aku hanya menyedari mesej yang masuk daripada Kak Sara sejam selepas itu. Terus terbantut niat aku meminjam kereta umi ke KL untuk melawat Shikin di hospital.

Saif pula, selepas sarapan pagi terus bergerak ke tempat kerja. Umi dan Tasya juga tiada dirumah, keluar selang sepuluh minit selepas Saif.

Sama seperti hari-hari biasa Saif tak pernah menunjukkan rasa bersalah ataupun cuba menerangkan mengapa dia akan menolak permintaan aku untuk bermesra. 

Tak pernah sekali.

Apa yang dia pandai buat, menegurku seperti biasa tanpa ada sekelumit rasa bersalah tanpa mahu memahami perasaan aku yang saban hari bingung mengapa dia bertindak sebegitu. Sekali dua dia begitu, aku boleh lah terima tapi kalau dalam seminggu sampai tiga empat kali, mau tak terjejas fokus hidup aku seharian.

Hari-hari jugaklah aku kena tegur dengan boss sebab selalu sangat mengelamun dan lost  bila kami sedang berbincang takpun dalam meeting.

Jadi bila difikirkan secara dalam dan panjang, aku rasa keputusan aku untuk berhenti kerja bulan lepas keputusan yang tepat. Menjerit jugak Alisa masa dapat tahu yang boss aku dah mula cari orang untuk datang temuduga untuk menggantikan posisi aku. Dan sejak minggu lepas juga dah tiga hari dah budak baru tu datang dan training  sementara aku habiskan notis berhenti kerja aku ni.

Entahlah apa yang penting, aku cuma nak rehat. Aku nak melancong pusing habis 1 Malaysia, lepastu mungkin aku akan buka bisnes sendiri. Mungkin aku akan kerja dengan Shikin, takpun teruskan cita-cita aku nak buka kedai roti dan kek sendiri.

Haih, mengelamun pasal diri sendiri tak sedar rupanya dah hampir pukul 8:30 pagi. Aku bangun lalu membawa cawan dan pinggan kotor ke dalam sinki lalu aku basuh. Siap mengemas dapur, aku ke ruangan tamu, lalu menolak pintu sliding  sebelum mataku dijamah permandangan laman kecil umi.

Rajin jugak umi ni bercucuk tanam. Segala jenis ulam, cili apa benda semua dia tanam. Memandangkan aku pun dah lama sangat tak berpeluh dan bersenam, aku mulakan hari aku dengan membuang rumput-rumput jahat yang hidup meliar diantara rumput karpet umi. Selepas merumput, aku bersihkan pasu-pasu bunga tanaman umi yang nampak berlumut sikit sekali dengan pakej siram.

Penat jugak rupanya! Selalu nampak umi buat macam senang tapi sendiri buat boleh tahan semput nafas.

Aku toleh sedikit ke dalam rumah untuk melihat waktu. Hampir pukul 12:00 tengah hari dah rupanya, punyalah lama untuk aku bersihkan laman kecil umi ni. Padahal kalau umi buat aku rasa dalam pukul 10 pun dah boleh siap.

Aku memusingkan badan untuk melihat 'hasil' rumput-rumput jahat yang aku cabut tadi. Banyak juga rupanya. Ok lepasni boleh naik dan mandi dannnnnn order foodpanda macam biasa.

Aku turun semula ke tingkat bawah sebaik sahaja penghantaran makanan dari foodpanda tiba. Belumpun sempat untuk menjamah, ada suara yang sangat aku kenali memberi salam dari luar.

"Maira"

Eh baru pukul 1 dah sampai Kuala Selangor? Dia ni kerja dekat mana sebenarnya? Ke tak pergi kerja pun?

"Saya beli lunch sekali untuk awak. Kita makan sekali?" bungkusan ditangan dibawa naik ke atas meja. Helmet dan kunci motor disangkut di tepi tangga sebelum jaket kulit berwarna hitam yang bersarung ditubuh dibuka lalu diletakkan bersama.

"Eh awak dah beli lunch ke?"

Aku diam tak mahu menjawab. Biarlah kalau kalini gaduh besar pun aku dah tak peduli. Kontrak kahwin pun ada 4 bulan lagi. Kalau nak cerai harini pun aku tak kisah.

HUMAIRATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang