From: Saif
Hey, we need to talkPesanan ringkas yang dihantarnya semalam aku baca berkali-kali. Setelah dua tiga kali berjumpa, akhirnya aku akur dengan permintaan Saif untuk menyimpan nombor telefonku agar mudah untuk berkomunikasi mengenai Ali.
Ali yang lena disebelah aku pandang lalu tersenyum sendirian. Wajahnya nampak penat seharian bermain dan keluar berdua bersama Saif siang tadi. Aku akui kata-kata Shikin mengenai hak Ali terhadap Saif ada betulnya. Takkan aku nak tunggu sampai dia besar dan mengerti segalanya baru aku nak kenalkan dia kepada Saif?
From: Saif
Abang tahu Maira takkan balas mesej abang. But please, I really need to talk to youSelang seminit dia menghantar mesej baru. Mesej ini juga aku biarkan tidak berjawab. Telefon ditangan aku bawa ke hujung sudut lalu aku sambungkan dengan pengecas. Fikiranku kusut dengan pelbagai perkara yang aku tak tahu dari mana patut aku mula untuk aku leraikan.
Zafri pula sudah dua hari mendiamkan diri, merajuk ketika aku memberitahunya perihal Saif yang sudahpun maklum mengenai status Ali. Ditambah pula hari ini Saif membawa Ali keluar berjalan-jalan, menambah lagi rajuk yang dipendam lama.
Mesej yang dihantar Saif aku baca lagi untuk entah ke berapa kalinya. Jam pula sudah menunjukkan pukul 1:20 pagi, namun mataku masih lagi tidak mahu lelap. Aku menyimpan semula telefon ke atas katil sebelum melipat telekung dan sejadah yang terbentang di lantai.
Namun bunyi getaran yang datang dari atas katil membuatkan aku kembali bingkas bangun dan mencapai telefon. Bimbang Ali akan bangun dan mula menangis.
Panggilan telefon yang datang dari Saif.
"Hi, maaf ganggu Maira lewat malam macamni" lambat-lambat dia memulakan bicara.
Aku pula tanpa teragak dengan cepat menjawab panggilan ini. Entahlah mungkin aku tak dapat berfikir panjang kerana bimbang menganggu tidur Ali.
"Hi abang. Eh takdela tak ganggu pun " aku menarik nafas panjang sambil menahan debar. Telekung yang masih dipakai aku kemaskan sedikit pada badan lalu duduk bersandar di badan katil. Tali telekung yang sudah terlerai aku biarkan sahaja terjurai. Pertama kali didalam 3 tahun dia menghubungiku secara tiba-tiba begini.
"Tak tidur lagi? Buat apa tu?"
"Tak boleh tidur. Baru siap mandi dan solat. Ada apa abang call malam-malam ni?" aku bertanya kehairanan. Pandai pula dia meneka waktu tidurku yang agak tidak teratur sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Kalau aku dah tidur tadi sia-sia je dia call.
"Abang cuma... teringat dekat Maira. Dari tadi abang cuba pejam mata, tapi payah betul nak lelap. Nasib baik juga Maira tak tidur lagi" dia ketawa sedikit habis menghembus nafas yang ditahan-tahan.
Kami diam seketika.
"Maira kenapa tak boleh tidur? Ada banyak kerja ke?" dia menyambung bual lagi.
"Eh takdelah. Tadi dah lelap sekejap lepastu Maira bangun balik cuci badan, solat semua. Sementara nak lelap ni, abang call so...." ayatku tak habis. Otakku gagal berfungsi seketika.
"Oh sorry sebab kacau Maira malam-malam macamni. It just that I've been thinking about you these past few days, and took me so long to call and check on you. Abang harap Maira tak marah abang"
"Takpe. Maira tak marah abang pun. Abang tak kerja ke esok? Dah lewat ni, nanti susah bangun pula esok"
"Abang cuti sampai Jumaat. Habiskan annual leave yang ada. Hmm Maira... can we.. meet and discuss more about the thing that I mentioned to you before?" suaranya kedengaran teragak agak. Hujung ayatnya dihabiskan dengan suaranya berdeham panjang.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...