Jumaat petangnya seperti yang telah aku janjikan pada umi, aku pulang ke rumahnya setelah hampir tiga minggu umi menghalau aku keluar dari sana. Sebaik sahaja aku menceritakan perkara ini kepada Naufal, bergegas dia pulang dari pejabat menjemput aku lalu menghantar kami tiga beranak pulang ke Kuala Selangor.
" Bila umi call Hani?" tanya Naufal pendek.
" Hari Selasa haritu. Tapi Hani tak boleh nak terus balik sebab masih ada kerja. Sebabtu Hani balik harini" terangku. Aku lap peluh yang membasahi dahi Adriana sambil aku menjeling Akil yang masih tidur di kerusi belakang kereta.
" Lama cuti?"
" Ahad pagi Hani balik. Em Fal, Hani ada perkara sikit nak bincang dengan Fal"
" Perkara apa?"
" Ahad petang tu, Hani akan masuk rumah Shikin. Dia ajak Hani duduk sekali dengan dia sementara Hani cari rumah sewa baru. Fal tak kisah kan?"
Diam tanpa jawapan. Takkan dia tak setuju pula aku keluar dari rumah tu?
" F-Fal, dengar tak Hani tanya ni?"
" I'm listening sayang. Bila Hani dengan Shikin contact? Tak pernah cerita pada Fal pun?" dia seakan berkecil hati. Merajuk agaknya apabila mengetahui aku terlebih dahulu membuat keputusan untuk keluar dari apartmentnya tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu.
Aku leraikan sedikit peganganku pada badan Adriana lalu aku pegang lengan kiri Naufal.
" Hani taknak kacau Fal. Hani tahu Fal sibuk sangat kebelakangan ni. Jangan risau, hari Ahad tu nanti, Shikin yang akan tolong Hani keluarkan barang-barang Hani. Fal jangan risau okay?"
" Hani, I'm sorry" tiba-tiba Naufal meminta maaf. Jemari kananku tadi digenggam erat lalu dibawa rapat ke bibirnya.
" Kenapa Fal minta maaf pula?"
" Fal rasa Fal sibuk sangat, sampai Fal tak ambil tahu langsung tentang Hani. Fal bukan marah pada Hani, cuma rasa terkejut sebab tiba-tiba Ahad petang tu Hani dah nak pindah keluar"
" It's nothinglah. Hani faham sangat Fal macammana. Sibuk dengan kerja."
" Kalau Fal busy, nanti Fal minta tolong Saif angkat barang Hani keluar boleh?" Naufal memberi cadangan lain.
Saif lagi?
" Kenapa nak minta tolong dengan Saif lagi? I mean, dia takde kena mengena dengan kita pun Fal. Kenapa Fal nak suruh dia tolong Hani pindah nanti?" suaraku tidak puas hati. Cukuplah, aku tidak mahu bermain hati lagi.
Bahagia aku rasakan dua hari tidak melihat wajah Saif sejak dia ke Sarawak petang Rabu yang lalu. Dua hari jugalah aku tidak diganggu oleh Saif yang muncul tiba-tiba dihadapan bilik pejabatku.
" Alah, dia kan kawan Fal. Kawan Hani juga. In case kalau Fal tak dapat tolong Hani nanti, Fal minta lah tolong dia. Tak payah susahkan Shikin ambil hantar Hani. Fal taknaklah macamtu"
Taknak susahkan Shikin, tapi dia susahkan Saif takpe?
Hampir dua jam perjalanan, kami tiba juga di rumah umi. Sebaik sahaja Naufal memberhentikan kereta didepan pintu pagar rumah, aku nampak umi yang sedang menyiram pokok-pokok bunganya.
" Jangan takut. Fal ada teman Hani dekat sini. Nak Fal teman masuk dalam tak?" tanya Naufal apabila melihat aku yang masih kaku tidak berbuat apa-apa walaupun kami telah sampai.
" No. Fal pegangkan Ad dan tengokkan Akil dekat belakang. Biar Hani cakap baik-baik dengan umi dulu. Until everything's clear, Fal dengan anak-anak duduk dalam kereta. Nanti Hani panggil" tolakku dengan baik. Adriana aku serahkan dengan elok ke arah Naufal sebelum aku buka pintu kereta.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...