" Ada baki tiga hari lagi. Umi tak paksa Maira. Fikir betul-betul. Jangan buat Saif tu tunggu lama-lama" pesan ibu sebelum aku bergerak pulang semula ke KL. Haih, jadi tak sedap hati aku dibuatnya sekarang.
Ikut perkiraan pantas aku, Sabtu akan datang ini merupakan tarikh nikah Saif dan Ein. Takkan dalam seminggu yang lepas Saif langsung tak cuba cari Ein? Ataupun terus lupakan tentang perkahwinan? Tak kahwin sekarang, depan-depan hari nanti boleh lagi cari calon sesuai dan sukarela ikut kemahuan dia yang suka memaksa orang tak tentu pasal tu.
Sebelum memandu terus ke apartmen aku singgah sebentar ke speedmart untuk membeli beberapa barangan keperluan untuk memasak. Hampir penuh troli yang aku tolak dengan barang-barang yang mahu dibeli. Mana taknya, hampir enam bulan tinggal disitu, ini kali pertama aku mengambil langkah mahu memasak sendiri dirumah sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada mengikut, bertemu bersetuju ataupun menemani Saif makan tengah hari lagi.
Tidak lagi selepas ini.
Masuk sahaja ke ruangan produk susu, aku nampak Lin yang juga sedang ralit memilih susu buat kandungannya agaknya. Sebab dari jauh sini aku nampak dia yang sedang berdiri dihadapan barisan jenama susu ibu mengandung.
" Maira!" panggil Lin saat dia nampak aku yang betul-betul sedang fokus memandang kelakuannya disitu. Ah sudah, macammana dia boleh perasan pula aku tengah tengok dia ni?
Segera aku tolak troli keluar dari ruangan tersebut, mahu cepat ke kaunter dan mahu membayar. Sekurangnya aku tak perlu berkongsi lif yang sama naik ke tingkat 6 apartmen kami nanti.
" Maira nanti. Please, saya nak cakap sesuatu dengan awak" Lin mengejarku lalu menarik lengan kananku. Sarat mengandung pun masih gagah nak kejar orang.
" Nak apa lagi ni Lin? Saya dengan Naufal dah takde apa-apa lagi. So dah takde benda rasanya untuk awak-saya-kita cakapkan?"
" Okay macamni. Kita bayar barang kita dulu. Lepas tu please, kita duduk, berbual kejap. Please Maira."
Aku mengeluh. Barang-barang didalam troli masih tidak terluak naik ke atas kaunter. Adik yang menjaga kaunter memandang kami berdua dengan pandangan yang-entahlah. Segan atau tak mahu melihat drama yang bakal berlaku didepannya mungkin?
" Maira, Maira please. Saya janji ini last. Lepasni saya takkan kacau awak lagi. Please Maira" rayu Lin lagi. Kali ni aku nampak riak wajah Lin yang betul-betul terdesak mahu berjumpa dan bercakap denganku. Aku mengerutkan dahi dan melepaskan keluhan berat. Barang didalam troli aku susun diatas kaunter sehingga troli kosong. Permintaan Lin aku biarkan sepi.
" Saya tunggu awak dekat kedai sebelah" itu respon dinginku lalu aku angkat barangan yang sudah dibayar masuk ke dalam kereta sebelum aku naik semula ke deretan kedai dan menapak masuk ke kafe berdekatan. Sepiring Red Velvet kegemaranku serta Americano Ice aku pesan sementara menunggu kehadiran Lin.
" Terima kasih sebab sudi duduk dan berbual dengan Lin" ujarnya sebaik sahaja pelayan pergi selepas mengambil order dari Lin. Aku masih khusyuk menyuap sudu demi sudu Red Velvet masuk ke dalam mulut. Kek yang manis, dirasa tawar buat kali ini.
Apatah lagi melihat susuk tubuh Lin yang semakin berisi serta kandungannya yang semakin membesar.
Ya, anak Naufal.
" Naufal jumpa Maira ye malam tadi?"
Aku diam lagi. Tak perlu rasanya aku jawab soalan tersebut kalau dia sekadar mahu berbasa basi denganku.
" Jangan buang masa saya, Lin. Awak nak cakap apa dengan saya sebenarnya ni?" aku mula bosan. Dari tadi tanya soalan-soalan yang tak penting.
Dia seakan terkejut. Sudu dalam genggaman tangan dilepaskan dan dia memandang aku lalu senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...