Cerita 29

925 46 2
                                    


Hari ini sahaja, entah berapa kali fikiran aku menerawang jauh. Jauh sejauh jauhnya sehingga tumpuan aku terhadap kelas pada hari ini hilang. Sia-sia Suraya membebel dihadapan mengajar membuat fondant yang tidak terlalu manis namun keenakannya masih dapat dikekalkan. Pada hemat aku, habis je semua kelas kek aku dengan Suraya, aku nak kerja dengan dia dalam setahun macamtu sebelum aku mula buka kedai sendiri.

Kelas habis selepas 3 jam kami bermula. Satu hela nafas panjang aku lepaskan sebaik sahaja waktu menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku boleh balik dan mula memasak. Namun hatiku semakin tidak tenang apabila teringat akan kata-kata Saif pagi tadi bahawa ibu dan maklang akan singgah ke rumah kami selepas maghrib nanti. Mereka berdua sedang membeli belah di Jalan TAR untuk persiapan kenduri anak kedua maklang hujung bulan 8 nanti.

Meja dan peralatan yang sudah aku gunakan tadi aku bersihkan lalu aku keringkan. Sementara itu, fikiranku masih kusut berfikir apakah juadah yang perlu aku sediakan pada malam ini? Ibu tidaklah terlalu memilih dengan lauk yang aku masak, tapi maklang ni perangai dia agak lebih sikit. Tak boleh potong bawang macamni, tak boleh pasang langsir macamni, tak boleh susun sofa macamtu. Banyak sangat benda yang tak boleh. Aku yang dengar pun boleh rimas.

"Dah sampai UK ke?" lenganku disiku Suraya. Botol kosong berisi air mineral sejuk dihulurkan kepadaku. 

Datang tepat pada masanya. Dengan sekelip mata, habis sebotol.

"Kau dah kenapa haus sangat?" perli Suraya sambil membuka penutup botol airnya yang dipegang. 

"Penat"

"kau kenapa sebenarnya ni? Daripada tadi aku perasan kau langsung tak fokus" Suraya menyoal siasat. Ok ni memang copy paste perangai Shikin.

"Biasalah, mak mentua aku. Tak habis-habis dengan perangai memerli dia tu. kejap lagi nak datang sekali dengan adik dia yang mulut paling bisa tu" aduku pada Suraya. 

Letih sebenarnya bila terperangkap dalam keadaan begini. Ibu baik, aku tak pernah menafikan tentang ini. Namun dia seolah olah terpedaya, terpengaruh dengan mulut-mulut adik dia yang takde insurance tu. Sekarang ni salah cakap sikit je, berbalun lah Saif kena bebel didalam group WhatsApp. Kalau tak cukup disitu, dia akan call Saif dan sambung bebel disitu.

"So...... apa masalahnya?" Suraya masih tidak faham. Aku menggeleng tanda aku tidak mempunyai mood untuk bercerita. Aku penat dan cukup lesu.

"Ok-ok sorry. Aku salah cakap. Sekarang kau nak aku buat apa? Nak aku tolong masak? Jom kita pergi rumah kau kejap" Suraya menawarkan diri untuk membantu. Aku geleng lagi.

"Aduh.. janganla macamni Maira. Muka kau ni pun bukan main pucat. Kau sihat ke tak ni?" dia memegang dahiku, cuba memeriksa suhu badanku.

Aku gelak dan menjauhkan tapak tangannya daripada wajahku. "Aku ok lah. Janganlah kelam kabut sangat"

Dia tidak puas hati. Lengan kiri dan kanannya disinsing keduanya. "eh macammana aku tak kelam kabut. Kau tak sihat lah Maira. Jomlah aku bawa pergi klinik"

Aku tidak setuju. Dengan segera aku bangun dan meminta diri untuk pulang ke rumah. Suraya hanya memandang aku kesal namun berat hati membenarkan aku untuk balik seorang.

"Maira, dah sampai rumah please call aku balik" pesannya berkali-kali.

"Kalau pukul 2:30 aku tak dapat call kau, aku call laki kau suruh balik check kau" dengan garang dia mengugut aku lagi. Aku angguk berkali kali sebelum melintas jalan untuk pulang ke rumah.

Maghribnya, Saif awal-awal lagi memberitahu yang dia akan lewat pulang sedikit diatas mesyuarat last minute yang perlu dihadirinya dek ketidakhadiran ketua jabatannya. Aku mengeluh nafas panjang dalam debar menunggu loceng pintu rumahku ditekan oleh ibu.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now