Cerita 25

1.1K 89 5
                                    


Jumaat petangnya aku balik awal daripada hari-hari yang biasa. Hari ini sebenarnya merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum aku betul betul bergelar penganggur secara rasmi. Masuk je pejabat tadi Alisa dan beberapa teman pejabat yang lain awal-awal lagi warning aku untuk tidak lunch di pejabat kerana mereka sudah menempah makan di restoran luar. Habis sahaja jamuan makan tadi, Alisa terus menghantar aku pulang ke rumah. 

Nasib baiklah jarak daripada pejabat ke officeku memang tak pernah lebih daripada 10 minit.

Dalam aku menghabiskan hari-hari terakhir bekerja, Shikin pun dah selamat keluar dari hospital dan sekarang balik UK untuk dirawat dan dijaga sepenuhnya oleh keluarga dia disana. Teruk juga basah baju Saif dek air mata aku yang tak boleh berhenti menangis sambil memeluknya bila mengenangkan Shikin, orang yang paling rapat dengan aku, akan pergi jauh buat seketika.

From:Saif

In 30 minutes saya sampai rumah. Awak tolong kemaskan baju saya sekali boleh sayang?

To:Saif

Ok. Bawa motor hati hati

Dua hari sebelum Shikin balik UK, kami berdua sempat ke Cameron Highlands. Nasib baiklah kak Sara sanggup ambil dan hantar kalau tak pening juga nak melayan karenah Shikin yang memang dah tak nak pergi tempat lain melainkan Cameron.

Nak harapkan aku drive? Sejak bila aku beli kereta?

Takkan aku nak pinjam motor Saif pulak?

Dan semalaman kami di Cameron, Shikin sempat memberi ceramah kekeluargaan dan rumah tangga dekat aku. Aku ingatkan boleh lah dapat sokongan ke apa kan daripada dia, tapi dia boleh tolong repair kepala otak aku yang tak habis-habis minta benda yang bukan bukan daripada Saif.

Dan jauh dihati Shikin, dia berharap aku dan Saif dapat terus hidup bersama sebagai suami isteri walaupun sukar untuk aku pastikan tentang hal ini. Hari hari aku dan Saif sama seperti biasa, Saif masih lagi melayanku sebagai seorang isteri walaupun masing masing dalam diam mengira baki hari yang masih bersisa.

Saif sampai ke rumah tak lama selepas aku siap mendandan dan mengemas pakaian masuk ke dalam luggage. Bukan nak pergi mana pun sebenarnya hanya ke rumah ibu Saif untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di sana. Walaupun sepupu yang kahwin, Saif ambil cuti dua hari juga untuk membantu menguruskan apa urusan yang patut dibantu.

Kalau nak diikutkan dah lama juga kami tidak bertandang ke rumah ibu Saif. Hanya ibu sahaja yang kerap datang ke rumah kami dalam seminggu sekali.

"Cantiknya. Cantik cantik nak pergi mana?" Saif mengusik nakal sebaik sahaja habis mandi. Dia tidak jadi terus masuk ke bilik hanya berdiri di muka pintu bilik air memerhatikan aku yang masih lagi menukar style tudung yang aku rasakan sopan dan sesuai dengan baju yang aku pakai.

Dirinya yang memeluk tubuh menahan sejuk aku pandang sekilas lalu aku jeling sebelum aku menyambung membelek wajah di cermin.

"Awak nak tunggu badan kering ke apa tercegat lama-lama dekat situ? Cepatlah Saif, dah pukul 5:30 petang ni. Akad nikah tu start lepas Isyak tau" bising ku saat aku lihat Saif masih lagi berdiri di situ.

"Awak janganlah cantik-cantik sangat. Saya rasa macam tak jadi nak bawak awak keluar kalau cantik macamni" usik Saif lagi.

"Kalau awak tak siap dalam masa 15 minit, saya naik Grab" marahku lembut sebelum aku melangkah keluar dari bilik dan masuk ke dapur untuk menyediakan makanan kucing kami, Vivi.

"Viiiiii" panggilku manja.

Haa dia datang terkedek kedek dengan kaki pendek dia. Vivi ni sebenarnya anak kucing yang aku jumpa di ruangan parking rumah kami tiga minggu lepas. Aku bela pun atas saranan Shikin bagi menghilangkan rasa bosan ataupun untuk dibuat kawan sementara dia di UK dan Saif bekerja di pejabat.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now