Pagi subuh di awal jam enam,kedengaran kokokan ayam sayup-sayup memecah kesunyian hutan. Mungkin ayam hutan barangkali,seseorang yang sedang tidur lena bangun. Pemuda itu meraup wajahnya,dan diperhatikan unggun api yang hidup segan,mati tak mau.
Hmmm.....dah pagi rupanya...
Pemuda itu berkata seorang diri,kemudian dia menggeliat kesedapan. Telefon pintarnya berdering,tanda mesej pesanan ringkas memberi salam.
Siapa pula rajin bagi mesej pagi-pagi buta ni...
Omelnya sendirian dan mengambil telefon pintarnya,kemudian dibaca satu persatu. Matanya bergerak dari kiri ke kanan,kemudian senyuman terukir di bibirnya.
Alahai Wan.....kau pun dah gerak?
Sekali lagi pemuda itu mengomel sendirian,kemudian dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia segera mengemas barangnya,kemudian diletakkan ke dalam peti yang disangkut pada motosikalnya.
Baiklah.....lebih baik aku bergerak secepat mungkin,port moonlight tak menunggu!
Creeeeett!...Vrooom!!
Motosikalnya mengaum lembut,dia tidak minat dengan bunyi motorsikal kuasa tinggi yang bunyinya bising. Gear ditarik ke atas,kluc ditarik dan pemulas minyak dipulas perlahan-lahan. Jentera mula bergerak memasuki landasan jalanraya.
Moonlight Port
Seorang pemuda rambut tercacak dan dua jambul terjuntai ke bawah,berdiri bersama seorang perempuan,penampilannya sopan dan memakai muffler,disebelahnya pula seorang remaja usia lingkungan 17 tahun. Rambut panjang dan belah tengah,menggaru-garu lehernya kegatalan.
"Pak cik,lama lagi ke nak tunggu?..." soal remaja itu seperti hilang sabar.
"Sabarlah....Amin,tunggu berapa minit lagi..." ujar pemuda rambut tercacak itu,remaja bernama Amin atau lebih tepat Aminudden mengangguk lemah.
"Lama betul si Farhan tu,abang sure ke dia datang?" Soal perempuan memakai muffler.
"Alisa....dia tu jenis tepati janji..." ujar pemuda itu kepada perempuan bernama Alisa.
"Umm.....okay..."
"Sabar je du....eh?" Pemuda itu belum sempat menghabiskan ayatnya,kedengaran bunyi motorsikal berhenti di belakangnya.
"Farhan!" Tegur pemuda itu tersenyum.
"Maaf lambat,salah masuk lorong...terpaksa pusing jauh..maaf la Wan....." ujar pemuda yang di atas motorsikal berkuasa tinggi,yang dipanggil Farhan.
"It's okay Han....everyone do mistake..." kata pemuda yang dipanggil Wan,ataupun nama penuhnya Ikhwan.
"Haha.....sarcasm huh?"
"No....it's not...i'm just say it...and no sarcasm okay..."
"Baik....baik,oh ya...siapa perempuan cantik sebelah kau ni?" Ujar Farhan mengubah topik.
"Ouh ya...hampir terlupa ini isteri aku Han,Alisa Darweez.." ujar Ikhwan memeluk bahu Alisa.
"Wah....kau senyap je kahwin..." Farhan menaikkan sebelah kening,Aminudden sekadar melihat dari tepi.
"Mana ada...aku cari kau gak,tapi abang kau Taufiq kata merantau....dah tu nak suruh aku cari kau kat semua negara? Malas aku...."
"Ouh...okay-okay sorry...err Alisa isn't?"
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasySILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...