" JUWITA!! BERAPA KALI MOMMY CAKAP MAKAN SAYUR BROKOLI NI?" teriak Mommyku. Ya ampun... terseksa jiwa ragaku nak makan sayur tu. Wahai Mommyku, bersyukur lah aku makan satu batang brokoli tu daripada aku tak makan. Yes, aku memang tak sukakan brokoli. Bagiku, itu adalah makhluk asing yang menyamar sayur untuk menghancurkan perut aku ( pengaruh cartoon)
" Ju, kenapa tak makan sayur tu? Father pening dengan tembakan lenteran Mommy kau tu" kata Fatherku, si Pelindungku. Korang gerenti menyampahkan dengan gelaran kedua ibu bapaku? Well, aku rasa selesa nak panggil Father and Mommy... at least ada kelainan sikit dengan orang lain. Even nenek pun , aku panggil Eyang.
" Father... you know kan Ju memang tak suka brokoli? Kenapa still masakkan brokoli?" aku membela diriku. Father hanya menggeleng sambil ketawa dengan karenahku yang mengada.
" Along kamukan tengah pregnant, tu mengidam nak makan sayur brokoli masak chinese style. Eh, you know, kalau Ju pergi area Sarawak kawasan pendalaman, you cannot be picky... kecik hati tuan rumah nanti" pesan Fatherku. Father aku pernah kerja di Kapit, Sarawak sebagai pegawai Jabatan Alam Sekitar untuk melindungi kayu-kayu balak berkualiti kena tebang. They call it SMS system ( sila rujuk guru Geografi anda atau google it). That is why, Father aku ni tahu serba sikit pasal how people in Sarawak. They are so friendly, rajin and selalu offer pertolongan.
My mommy pulak pernah cakap Sarawak dengan neighbour aku which neighbour aku pun orang Sarawak. Selalu jugak la neighbour aku bagi ikan terubuk bila diorang baru balik dari Sarawak. That is why aku nak pergi Sarawak sesangat.
" Ju? Are you listening?" herdik Fatherku. Alamak, mengelamun sampai ke mana tadi?
" Ye Father..." aku hanya senyum sumbing.
" Juwita, lama juga tak dengar pasal Qi. Masih buddys ke?" tiba-tiba Along muncul entah mana dengan perut boyotnya. (scary)
" He is fine and so I am" kataku selamba. Along hanya senyum mengejek as if she said oh yeah? really? ke dah couple?
" Along, jangan nak buat muka macam tu, nanti baby ikut muka Along yang tak cantik"
" Eh, anak Along, of courselah dia ikut muka Along, takkan la nak ikut muka Ju" ketawa Alongku. Aku akui Along aku memang seorang wanita yang matang dan cantik. Rupanya manis, matanya bundar, hidung nya bulat sedikit and badan sederhana besar. She is cute apatah lagi sedang mengandung. No wonder la Balong ( Bang + Long = Balong) meminang terus Along tak sampai 2 bulan berkawan. Kalau nak di fikirkan, dapat kah aku seperti Along? Aku dan Along dah la macam emas dengan besi. Aku ni kasar, gelap and tak cantik. Dah la ada hati pulak dengan Qi.
" Mommy, Angah tak lama lagi nak graduate kan?" soal Father ku kepada Mommy yang tengah buat persiapan minum malam.
" Ah tak ya jugak kan Ling? Hari tu Angah call Mommy, dia cakap dia nak graduate on 11 September ni. " ujar Mommyku gembira. Tengoklah.. korang.. Aku seorang je yang pelik... Along dengan happy marriage, Angah pulak tak lama lagi nak graduate Master dia. Aku? SPM la penentu hidupku.
" Ju, look around you. Kau takkan berjaya like your sisters did. Kau dah la tomboy, tak pandai and semua kau ni losers lah! Entah-entah kau ni anak angkat kot?"
Aku takut, sekiranya ianya benar.
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...