Adoi letih nya... Aku rasa begitu malas nak mandi selepas balik dari hospital. Alhamdulilah Kak Long dapat anak lelaki. Dalam tiga hari lagi, Kak Long akan discharge dari ward. Aku mula mencari handphone di dalam beg tangan.
Ek? Siapa pulak ni? Lion Hair? Gamba Aslan dari Narnia ? Orang Afrika ke apa add aku dalam WeChat ni? Eppp.. jangan kecam saya, saya bukan budak wicet. Aku suka app ni sebab cepat , simple and more privacy. Dah dekat 3 tahun jugak aku guna.
Weh!? Takkan la... Qi? Dengan lajunya aku menaip untuk membalas balik chat tersebut.
What?????????? Eh? tak boleh jadi. Kurang asam! Mana dia dapat? Aku ada bagi ke ID aku? ke dia dapat dari nombor phone aku? Tapi... aku tak link kat mobile phone.
" KAK NGAHHHH!!!! " aku menjerit di dalam bilik. Dari luar aku dapat dengar tapak kaki menuju ke bilikku.
" Ju! kenapa??? " bimbang Kak Ngah.
" Kak Ngah... apasal bagi WeChat ID kat Qi!? Aduhhh tau tak dia dengar Ju melatah? Aduhhh jatuh saham, turun mas kahwin!" bebelku.
" Kepala lu mas kahwin jatuh! Umur baru angka dua, ceh piiraaah! Dah budak Qi tu mintak, takkan la Kak Ngah nak kata macam ni, maaf permintaan WeChat ID tidak dilayani kerana anda telah disenarai hitam oleh Juwita Kasih. Begitu?" omel Kak Ngah. Aku muncungkan mulutku. Tanda mogok!
" Just that Ju... Anggap ni satu peluang "
" Peluang apa ke benda nya? "
" Time ni la Ju memperbaikikan persahabatan. Lagipun tak lama lagi, Ju akan sambung belajar. Nanti menangis berdarah la kau bila Qi ignore kau forever! "
" Ju takut... dia macam tolak Ju jauh-jauh "
" Lelakikan... dia tak lari dengan ego dia tau. Cakap tak nak , tapi dalam hati meronta- ronta nak! "
Aku rasa lega sedikit selepas meluah sedikit perasaan kepada Kak Ngah ku.
############################
Ehh... kenapa dia tak reply ni???? Dia block aku ke? Aduuh matilah kalau dia block aku dr WeChat dia. Handphone ku di letakkan tepi dan mengeluh sekejap.
Aku masih teringat dengan melatah Ju. Makin teruk! Muka je cantik tetapi bila dia melatah, tak yah nak cakap la.. dia takkan sedar punya.
Tetapi kan... dia puji badan aku semalam ke? Alahai... ada manfaat jugak jaga badan. 😂 Kesian angkat bakul sendiri! Oh, esok kena pergi ke kedai sebab hitung stock. Haih, tidurlah mata dan bagilah aku mimpi si dia.
############################
Enam tahun lepas...
" Qi, dalam lima atau sepuluh tahun akan datang, kau masih jugak tak da girlfriend. Kau nak buat apa?"
Qi hanya senyum sambil memandang langit yang biru. Rambutnya yang sedikit panjang di tiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah memberi ketenangan kepada kami berdua.
Qi memandang mataku terus sambil tersenyum " Aku terpaksa kahwin dengan kau kot sebab kau sorang je faham personaliti aku !Kau pulak? "
Muka aku mula rasa panas.
" Hahaha bongok kau , Qi! Kalau aku kan, aku nak bukak restaurant yang dekat dengan ladang! "" Cita-cita kau besar! Aku tak tahu lagi.." kata Qi lemah.
" Kau jadi chef lah dan aku jadi manager! Sebab aritu kau masak spagethi bolognese sedap gila babi weh! " pujiku.
" Weh, Kasih. Sian dengan babi."
" Dah kenapa pulak?"
" Asyik-asyik salahkan babi. Kau cakap babi gila "
Terus aku bagi penampar maut di lengannya. Qi membalas dengan menarik rambut pony tail ku. Memang pantang laa aku orang kacau rambut aku.
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...