" Serious Qi? No wonder Zeck macam tu" komen Kasih selepas aku menceritakan semua kisah silamku kepada Kasih.
" Kau rasa salah kita orang ke?" tanya Qi.
" Maaf, walaupun aku buddys kau, aku tak berhak komen hal ini. Unless aku ni ada relation dengan family korang." balas Kasih.
" Habis belajar, jum tunang dengan aku" kataku dengan selamba.
" What! Eh! Kau gila apa? No!!" teriak Kasih. Muka Kasih sudah bertukar warna. Comel.
" Hisy, aku gurau je okay? Yela, kau sendiri cakap... kalau nak komen hal family aku, kena ada relation tu bagai. That is why aku ajak kau tunang, then kau komen la bebanyak pasal ni." kataku.
Actually, aku tahu selama ni Kasih sayangkan aku lebih daripada buddys. Cuma, aku tahu kenapa dia tak nak luahkan. Ataupun sudah hilangkah perasaan itu hati Kasih?
" Qi, kirim salam kat mak kau. Dah lama aku tak pekena nasi ayam hai nan mak kau."
" La, kau nak ke? Kalau aku tahu, aku bawa nasi ayam setiap hari dengan kau. FOC" senyumku.
" Hisy, sian la dengan mak kau nak cari rezeki and kau pulak bawak nasi ayam tu free dengan aku." marah Kasih.
" Satu je free dan yang lain jual" kataku selamba.
" No, in bussiness, there are no free unless you make a discount for it" bebel Qi. Dah start dah speaking english dia tu.
Kasih ni ada satu perangai yang perlu diperbaikikan. Dia melebih-lebihkan English daripada Bahasa Melayu. Sebab tu, masa trial SPM dia, aku punya la hairan. Bahasa Melayu B, English dapat A+. Anak mat saleh ke apa?
" Qi"
" Hm apa?"
" Kau banyak termenung lah. Risau aku"
" Kenapa? Aku tengah fikir macam mana nak bagi makan bini aku, anak aku" selorohku.
" Kurang asam! Dah aku nak balik" Balas Kasih.
" Okay jum! Aku hantar kau dulu"
" Eh, balik la kat rumah kau. Mak kau tunggu tu"
Aku baru teringat, hari ni Ibu balik awal sebab malam ni Ibu nak pergi tazkirah kat surau.
" Hm.. okaylah. Hati-hati okay?" balasku. Kasih hanya mengangguk dan terus meninggalkanku.
Kalau ditanya dalam hati ni, aku rasa aku tahu siapa yang bertakhta di dalam hatiku.Di rumah, kelihatan Ibu sedang menggubah bunga didalam pasu.
" Assalamualaikum Ibu yang tercantik" ujarku gembira.
" Yeeee... Waalaikumusalam hantu tinggi" Ibuku menjawab.
" Eh, kita pulak di cakapnya hantu tinggi" balasku.
" Yelah, kamu tu tinggi macam galah kat belakang rumah dah. Badan lidi, dah la tinggi. Twin Tower Petronas" seloroh ibuku.
" Ah, ibu, sebelum Riz lupa, Kasih mengidam nasi ayam ibu"
" HAH!? Kau biar betol?! Bila masa Kasih bunting!? Ya Allah!! Melepas aku nak jadikan dia menantu!!!" latah ibuku.
Ya Allah, apa kenalah ibu aku? Aku pun satu, Ibu aku ni lurus bendul sikit. Ampunilah aku, Ya Allah.
" Tak, Ibu, Kasih tak bunting, Kasih teringin nak makan nasi ayam ibu. Tu je" kataku.
" Kau ni Riz!!! Mulut tu, ku cilikan baru kau tahu!! Adakah patut dicakapnya si Kasih tu mengidam! Kalau dia buntingkan anak kau tak apa!! Kalau anak yang lain, nahas!" bebel ibuku. Aik? Anak aku?
" Ibu cakap apa ni? Tukar topik anak pulak?" soalku.
" Ibu berkenan sangat dengan Kasih, Riz. Ibu tak tahu kenapa, tetapi... Ibu rasa itulah yang paling sesuai dengan Riz."
" Ibu ni... Riz masih 17 lah... Adoi.. bunyi ibu macam Riz ni dah umur 26 tahun je"
" Riz... Ibu tak tahu.. Andai kata ajal ibu dah sampai... Riz janji dengan Ibu, jadikan Kasih sebagai peneman hidup Riz. Ibu tak nak harta, ibu nak Kasih sebagai menantu ibu"
" Ibu, kenapa cakap macam ni?" risauku. Kebelakangan ni, ibu asyik mention hal ajal. Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku.
" Riz sayang Ibu, always. Kalau ibu tak da, siapa nak jaga Riz?"
Ibuku senyum dan memegang tanganku dengan eratnya.
" Kasih akan jaga kamu, Riz. Percayalah"
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...