Keduabelas

241 4 0
                                    

Dah tiga malam berturut-turut aku mimpi yang sama. Kelihatan aku berada di satu taman yang aku pun tak tahu dimana tetapi taman tersebut amatlah indah.
" Kasih"
Aku menoleh dan hanyalah satu bayang-bayang yang aku kenal. Rupanya... tidak jelas... tetapi ia mempunyai susuk tubuh yang aku sangat kenal. Adakah...
KRING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku terus bangun dari tempat tidurku. 5:00 A.M. Ya Allah... mimpi apa ni? Ah, malas aku nak ambik tahu. Akhirnya, dengan langkah yang malas, aku mengambil tualaku lalu bersiap sedia untuk solat Subuh.

Dalam kelas, aku baru perasan yang hanya tinggal 2 minggu lagi nak menghadap SPM dan masaku semakin terhad.
" Kasih"
Aku menoleh dan melihat Qi tersengih denganku sambil menunjukkan aku sesuatu.
" Nasi Ayam Hai Nan Special with Ayak Teh O Peng ikat tepi" kata Qi.
" Hoi, ni kau beli ke mintak free dari mak kau" bebelku. Alamak, sodap tuh.
" Hisy, Ibu kasi... dia kirim salam kau dengan family. Dia cakap kalau nak lagi, datang je kat gerai ibu aku. Dia kasi free. Jum lah makan. Lapar kot. Belum makan masa rehat." ajak Qi.
" Eh, pukul berapa sekarang ni?"
Qi terus merenungku sambil meninggi kan keningnya sebelah.
" Kau ni okay ke tak? Dah pukul 1.30 petang. Kau ada satu jam nak makan ni before pergi kelas tambahan" jawap Qi. Ya Allah, apa kena lah otak aku ni...
" hmm jum lah gi kantin" ajak ku dengan malas.
" Hisy, panasla situ."
" Aik? Nak makan kat mana?"
" Kat Teratai Sri Menanti? Kat sana sejuk.."
" Taulah situ banyak pokok"
" Kita perlukan oksigen dan pokok perlukan Karbon Dioksida"
" dah, dah, aku lapar!! Tak yah membebel" kataku sambil melangkah keluar dari kelas. Qi hanya ketawa sambil mengikuti dari belakang.
Setelah selesai makan tengahari, Qi terus meminta diri kerana dia perlu menghadiri kelas tambahan Matematik.
Dalam perjalananku ke kelas aku,  tiba-tiba tangan aku telah direntap oleh seseorang.
" Eh, awak pergi mana? Saya cari awak dalam kelas tahu tak?" marah Zeck. Apa ni?!
" Eh! lepas la!" aku terus menolak Zeck dengan kuat.
" Sorry, sorry! Saya panggil awak, tapi awak tak dengar. Sebab tu saya buat begitu."
" Kenapa awak cari saya? Ada hal penting ke?" soalku.
" Tak la, saya rindu nak berborak dengan awak." jawap Zeck. Eh, mamat ni, aku sekehkan kepala kau baru tau.
" Hmm, oh, okay."
" Tu je?" soal Zeck.
" Um, Zeck, saya kena pergi." kataku.
" oh, okay, sure" senyum Zeck.
******************************
" JUWITA KASIH!"
" Opocot A!" latahku. Segera aku menoleh ke arah Cikgu Firhan.
" Awak dan budak sebelah, siapa nama dia... Rizqi!! haaa!! Dikehendaki buat persembahan! Dan ini lagunya"
Aku terus ternganga mendengar explaination dari cikgu Firhan. Tahulah jiwa lembut.
" Cikgu... perluke?"
" Yelah! Ni untuk Minggu Kemanusian dan lagu ni lagu duet. Bukan korang berdua ke sama Kelab Kemanusiaan? Hmmm?" kata Cikgu Firhan.
" Lagu apa cikgu?" rungutku. Aku okay je nak menyanyi ni. Dah satu kepakaran buat aku.
" Lucky by Jason Mraz"
And that moment, aku rasa kepalaku dah meletup.
Kelas tambahan lah sangat Cikgu Firhan!!
******************************
" Oh, lagu tu... Okaylah tu. Yang kau malu apasal? Hisy, bukan kau tak da perasaan malu ke" sindir Qi.
" Hum... okay, so.. kau nak mulakan dulu ke apa" tanyaku walaupun dalam hati aku ni dah nervous.
" Tengoklah. Okay.. uh let see.." kata Qi sambil tengok lirik lagu tersebut.
Ya ampuuuun!!!
" Aku rasa.... better kita practiced asing-asing."
Aku menoleh kearah Qi dan aku dapati muka Qi berwarna merah. Aik? Mamat ni malu?
" Aku.. setuju" jawabku perlahan.
Akhirnya, kami berdua mengambil keputusan untuk tidak membuat latihan bersama-sama.

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now