KeDuaPuluhTiga.

199 3 0
                                    

Keesokan hari, Father pergi ke ruang tamu untuk menunggu tetamu istimewa iaitu Zafran, kekasih Kak Ngah. Selepas 30 minit, kedengaran suara garau yang memberi salam kepada ahli rumah kami.

Kelihatan Kak Ngah berdiri di hadapan seorang lelaki yang anggaran usianya 20-an mungkin tua sikit dari Kak Ngah, berkulit sawo matang, matanya sepet sedikit dan rupa parasnya agak macho. Boleh dikatakan original Malay man lah!

" So, kau ni Zafran? Cuba intro sikit" suara Father biasa. Ala.. lagak seperti bos interview pekerja. Zafran yang duduk di hadapan Father senyum dan tenang menjawab Father.

" Pak Cik, nama saya Mohd Zafran Chan Bin Abdullah. Ayah saya cina mualaf dan mak saya melayu. Saya asal dari Kelantan." katanya perlahan. No wonder mata sepet! But still he looks like a malay man.

" Ayah dengan mak kamu kerja ke?" soal Father.

" Dulu, ayah saya seorang nelayan tetapi sekarang dia jadi suplier sebuah restauran seafood. Mak pulak suri rumah. " jawab Zafran. Father mengangguk perlahan dan memandang Kak Ngah yang duduk jauh sedikit dari Zafran.

" Pak Cik bukannya apa.. Pak Cik baru tahu yang Kak Ngah atau Julia... bakal menjadi isteri seseorang. Kami masih terkejut sebenarnya... Dengar kata, kamu tunggu dia, tujuh tahun?"

" Ya pak cik, saya malu sebenarnya..saya tak seperti pak cik... Tapi.. saya ikhlas pak cik dengan Julia... saya tunggu Julia  selama 7 tahun.. Nasiblah Julia bukan seperti gadis yang saya sangkakan. " senyum Zafran kepada Kak Ngah. Alahai...

" Hm... Pak Cik tak kisah dengan harta. Pak Cik pentingkan agama dan iman, Zafran"

" Saya memang tahu pasal itu." kata Zafran.
" Father, Zafran lah yang selalu jadi imam semasa kami diploma dulu. Lagipun sekarang, Zafran mengajar mengaji dengan budak-budak tidak kemampuan dari segi wang" tambahan Kak Ngah. Wah, nampak nya bukan sebarang jugak kekasih Kak Ngah.

" Zafran, kamu bawaklah keluarga kamu meminang pada hari lusa. Pak Cik sangat gembira berjumpa.dengan kamu tetapi ingat, jagalah Julia seperti kamu menjaga nyawa kamu. Semua anak-anak pak cik adalah puteri kebanggaan kami. Sakit sedikit mereka, kami sebagai ibu bapa lagilah sakit. Pak Cik tak sanggup  lihat puteri-puteri pak cik sedih dan kesakitan." panjang lebar Father memberi pesanan. Mata Kak Ngah mula merah sama juga dengan Kak Long tandanya menangis.  Mother yang diam semenjak kehadiran Zafran juga menangis gembira. Aku? Gila kau tak terharu? Betullah apa yang cikgu cakap... Setiap ibu bapa di dunia ini, mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka untuk melihat anak-anak mereka bahagia.

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now