" Kenapalah aku emo tadi!!! Geram! Geram! Geram!" marahku sambil menumbuk bantal tidurku. Haish... ni salah Qi jugak! Ada ke patut ikut cadangan budak Zizul tu?
Aku bukannya suka sangat dengan Zizul. Memang lah dia ada rupa yang menawan tapi perangai macam setan. Zizul is my cousin which is emak dia, Mak Ngah Rogayah, adalah kakak kepada Fatherku. Pernah sekali, masa tu Hari Raya Pertama 4 tahun lepas, as usual keluarga Father berkumpul dekat rumah Eyang. Time tu, aku dah cantik dah pakai baju kurung yang dibelikan oleh Mommy. Dipendekkan cerita, aku tengah makan ketupat yang Mak Long Jiemah buatkan dekat ruang tamu Eyang. Malang tak berbau, Si Zizul dengan sengajanya mencurah air gas strawberi di atas kepalaku.
" Ahahahaha!!! Hilang dah tanduk kau lembu betina!!!" Zizul mengejekku.
" Mommy!!!! Father!!!!! Baju Ju basahhhhh!!!" tangisku. ( I am 13 that time)
" Ya Allah! Zizul!!! Kenapa buat Ju macam tu!" marah Fatherku. Tanpa diundang, datanglah peguam bela Zizul, Mak Ngah Rogayah dengan bibirnya merah mengalahkan cili padi kat belakang rumah Eyang.
" Hasyim? Eh? Kenapa nak marah anak aku? Your daughter tu perfect sangat ke?" sindir Mak Ngah Rogayah. Fatherku menggeleng dengan senyuman.
" Tak, macam ni Ngah.. Syim sendiri tengok Zizul sengaja tumpahkan air karbonat tu kat atas Ju. Ju tak fitnah Zizul." kata Fatherku perlahan. Mak Ngah Rogayah menjeling aku. Tanda geram terhadap aku.
" Eh, my son is kind and humble. Kau buta kah Hasyim? Entah-entah si Ju ni yang tumpahkan air tu sendiri tak?" fitnah Mak Ngah Rogayah. Fatherku hanya mampu menahan sabar kerana dia tak nak merosakkan hari pertama Raya Aidilfitri.
" Astaghfirullah!! Zizul!!!! Kau nak buat apa tu!!!!" jerit Eyang dari dapur. Semua keluarga Father pergi ke dapur takut apa-apa terjadi dengan Eyang dan Zizul.
Kelihatan, Zizul sedang membungkus kucing ke dalam plastik besar. Muka Eyang time tu memang pucat same goes to Mak Ngah Rogayah. Akhirnya, Eyang menghukum Zizul dan kucing itu selamat. Mak Ngah Rogayah pulak... since hari raya tu, dia tidak pernah menjenguk Eyang atau Father.
" Ju, apa yang kau termenungkan?" suara Kak Long memecah peristiwa lepas.
" Oh.. tak de apa, Kak Long.. just teringatkan Mak Ngah Rogayah.. Tadi, Zizul buat mulut depan Qi.." kataku lemah. Ya.. aku dapat rasakan Zizul dan maknya memang tidak sukakan aku.
" Kak Long tak tahu la Ju.. Memang terang lagi nyata.. Zizul sengaja tumpahkan baju yang Mommy tempah dan almost kill Eyang's cat." kata Kak Long.
" Kak Long, kenapa eh diorang tak suka Ju? Apa salah Ju?" tanyaku perlahan. Kak Longku hanya senyum dengan penuh erti.
" Tak da apa lah Ju... perasaan Ju je tu.. eh, esok sekolahkan? Pi tidur sekarang!" tiba-tiba Kak Long jadi garang.
" Baik" ku turuti perintah kakakku.
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...