Ke Tiga Puluh Enam

186 2 0
                                    

" Ju... susun hadiah Kak Ngah kamu dalam bilik dia. Elok-elok susun tau! " arah Mother. Hari ini... menjelangnya Kak Ngah menamatkan zaman daranya.. eh asal bunyi macam kejam sangat. Hahaha..

" Hai Juwita Kasih... "

" Apa hal? Eh tepilah Qi. Aku nak angkut hadiah Kak Ngah ni "

" La... yeke.. ni aku nak tambah tiga hadiah.. Sila ambik ye " kata Qi sambil menambah tiga hadiah diatas hadiah-hadiah dibawa aku.

" Setan kau! Aku tak nampak la wei! Rizqi!!!!!! " teriakku.

" Sorry-sorry, aku tolong eh " katanya lembut sambil mengambil setengah hadiah daripada aku. Ha.. ringan sikit muatan.

" Asal tebal sangat make up kau tu? "

" Sukati aku lah! Muka aku! Yang kau smart sangat ni apahal? Bukan kau caterer je ke " ejekku. Sengaja aku nak panaskan hati Qi.

Qi yang serba berbaju melayu berwarna putih ditambahkan lagi dengan songket berwarna biru laut kelihatan begitu segak dengan songkok di atas kepalanya.

" Eh. eh . Ju! Siapa ni? Buah hati ke? Waa sama padan la! " tegur salah seorang tetamu.

" eh bukan!! Saya kawan dia je " bangkangku.

" Ala ye ke? Ingatkan kekasih.. yela.. dari segi baju kamu berdua sepadan!"

Aku mula memerhatikan baju kurung moden di pakai aku. Aku terus terasa malu. Baju kurungku berwarna putih di hiaskan lagi dengan batu-batu permata berwarna biru laut. Selendang aku yang berwarna biru laut juga dipadankan dengan baju kurungku. Setelah mak cik itu berlalu, Qi pun berkata...

" Father kau yang jemput pak cik aku sebagai saksi. Eh, rimaslah tengok make up kau. Dah la aku nak hanta hadiah ni kat bilik Kak Ngah! " katanya.

" Buruk sangat ke make up aku... Simple je... "

############################

" Aku nikahkan dikau dengan Jasmin Khayla Binti Jaris dengan mas kahwinnya RM 400 ringgit tunai... "

" Aku terima nikahnya Jasmin Khayla Binti Jaris dengan mas kahwinnya RM 400 tunai.. "

" Sah!! " kata saksi-saksi yang menyaksikan upacara akad nikah antara Bang Ngah dengan Kak Ngah. Maka, sah lah mereka sebagai suami isteri.

" Waa.. tahniah Ngah.. " ucapku sambil mencium kedua-dua pipi nya. Kak Ngah tersenyum sipu apabila pihak keluarganya mengucapkan tahniah.

" Sepadan betul lelaki itu dengan Jasmin! " kata mak cik - mak cik kepada sesama mereka.

Mother  kelihatan terharu apabila Bang Ngah memasang cincin perkahwinan kepada Kak Ngah..

" Ok.. pose! Pengantin lelaki.. rapat sikit... Aiya.. kenapa jauh jauh "

Kami semua ketawa dengan karenah photographer yang merupakan kawan kepada Bang Ngah.

" Dah kenapa tu Zafran... tak nak cium dahi isteri kamu tu.. Kamu dah sah.. isteri kamu tu halal " kata Father dengan lembut.

Bang Ngah hanya tersenyum malu dengan teguran Father. Tidak lama kemudian... akhirnya Bang Ngah berjaya menamatkan sesi upacara membatalksn wudhu'.

Setelah upacar akad nikah, para tetamu di rumah sedang menikmati juadah yang di sediakan.

" Nanti lah aku makan.. " kataku lemah. Aku memang rasa tidak selera dengan apa yang di hidangkan walaupun aku tahu juadah-juadah itu sedap.

" Dah makan ke kamu Ju? " tanya Kak Long sambil mendukung Ilman.

" Belum.. nantilah.. eh mana Bang Long? " soalku

" Tengah makan dengan Ilham. Okaylah.. Kak Long masuk dulu.. nak tukar lampin si kecik ni " kata Kak Long ku.

" Ye ke??? Alolo siannya anak buah Mak Su.. busuk " kataku sambil mencuit pipi pau Ilman. Kak Long hanya ketawa kemudiannya meninggalkan aku.

" Wahai Juwita Kasih, dah makan ke? "

Aku menoleh sambil mengatur selendangku. Kelihatan Qi sedang membawa sepinggan buah-buahan sambil senyum kepada aku.

" Asal tanya? Asal senyum? " kataku.

" La... ni kan waktu lunch.. jum makan.. and FYI, senyum itu sedekah "

" Sorry dah makan "

" Kenapa tak tunggu? " tanya Qi serius.

" Rumah aku kot... sukati aku lah nak makan dulu... "

" Hmm okay. Fine. Tengok la kau nanti kat kampus.. bye~ "

Hish.... dah kenapa mamat tu.

#############$$$$$$#####$$##

Selepas Isyak.. kelihatan para caterer termasuk Qi dengan pak ciknya mula mengemas peralatan-peralatan mereka untuk di bawa pulang dan aku baru tersedar aku belum makan dari pagi tadi. Memang sibuk giler.

Tiba-tiba perut aku terasa begitu pedih dan aku mula rasa berpeluh-peluh.. Ya Allah.. dah kenapa ni.. makin teruk lagi.. aku tidak dapat lihat dengan jelas.. seolah-olah pemandangan aku kabur...

" Weh.. Kasih? Kenapa kau ni? " terdapat satu figura di hadapan aku bertanya keadaan aku.

" Perut Ju.. sakit.. " kataku lemah.. semakin lama, semakin gelap pemandangan aku. Dan akhirnya aku tidak sedar apa yang berlaku.

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now