Ke Tiga Puluh Sembilan

202 3 0
                                    

" Thanks bae "

Bolhan terus mencium pipi Susan selepas Susan menolong membutangkan baju Bolhan.

" You... memang sayangkan I kan? " tanya Susan dengan bimbang.

" Hey.. of course.. its just that.. I tak tahu nak buat apa sekarang. "

" I know... tapi its time you kena jujur tentang kita dekat tunang you "

Bolhan memeluk Susan dengan harap dapat menenangkan Susan yang kebimbangan.

" Sabar ok.. I know what I am doing "

Susan hanya mendiamkan diri dan hanya mengiakan sahaja kata Bolhan. Dia tahu Bolhan jujir kepadanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 Tahun Lepas,

" AKU TAK SETUJU BOLHAN!!! AKU TAK SETUJU!!!! MANA KAU DAPAT PEREMPUAN JALANG NI!!! "

" Mak! Salahkah Bolhan menyanyangi dia!? I love her, Mak! Apa salah dia mak!? " balas Bolhan kasar. Susan yang duduk di sofa sudah cemas dengan keadaan tegang Bolhan dan maknya.

" You listen to me! She is not our race apatah lagi dia tak tahu apa-apa agama kita! Why you so stupid Bolhan? "

" Mak, sebab itulah Bolhan nak bimbing dia... Mak tak nak ke tambah satu ummat Rasulullah? " pujuk Bolhan.

Puan Radiah hanya senyum sumbing dengan kenyataan Bolhan. Dasar anak hipokrit! Bukannya dia tak tahu perangai syaitan Bolhan.. Malam-malam pergi ke zouk dan minum air kencing syaitan.

" Kau tak payah nak berdakwah dengan aku, Bolhan. Dah! Kata aku sudah di muktamadkan! Aku tak nak perempuan tu, jadi anak menantu keluarga ini! "

" Well, fine! Bolhan kahwin dia kat pejabat JAIS terus. Tak payah restu mak pun, Bolhan happy! "

Dengan segeranya, Bolhan menarik tangan Susan yang terpinga-pinga dengan kejadian yang berlaku di hadapannya.

" Bolhan!!! Kalau kau masih dengan perempuan jalang itu, nama kau bukan waris utama lagi!!! "

Tersentak hati Bolhan apabila mendengarnya dan Susan faham dengan riak wajah Bolhan. Dia tahu, hanya Puan Radiah tempat Bolhan bergantung.

Adakah semua ini salahku?

############################

" Aunty suka sangat dress ni, cubalah pakai Jaja! " pujuk Puan Radiah. Jaja hanya setuju dan mengambil dress daripada pembantu butik itu.

Saat Jaja melihat dirinya memakai dress tersebut, hatinya semakin sakit. This is not my ending. Kenapa aku tak berhak memilih hidup aku?Adakah aku hanya boneka hiasan? Jaja mula menitis air matanya tanpa dia sedar.

" Cik Jaja?? Cik Jaja okay ke? Kenapa diam? " bunyi pembantu butik menyedarkan Jaja daripada menangis. Tanpa berlengah, Jaja keluar daripada bilik persalinan.

" Wow! Puan Radiah! Pandai Puan pilih dress ni! " puji Puan Ayuni. Puan Radiah tersenyum bangga apabila melihat bakal menantunya memakai baju di reka khas untuk nya.

" Jaja, what do you think? Color ni memang sesuai dengan you " tanya Puan Ayuni.

" Cantik. Love it " bohong Jaja.

" Haa... sorang dah settle.. tinggal anak aku lagi belum buat fitting. Sibuk memanjang! "

Puan Ayuni ketawa dengan leteran Puan Radiah.

" Biasalah... makin nak dekat hari kahwin, makin busy la nak siapkan kerja tu "

" Ye tak jugakan? "

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now