" Qi!"
Aku menoleh melihat gerangan siapakah yang memanggilnya. Kelihatan Zack sedang berjalan ke arahnya.
" Lu nak apa?" tanya Qi kasar.
" Relaks la bro, lu jangan marah dulu. Wa datang ni, nak cakap Wa suka Kasih. Kasi phone number dia?" senyum Zack. Kurang waras budak ni. Kau ingat senang ke nak dekat dengan Kasih? Aku ambil masa 3 tahun kot. No way!!
" Eh, sorry, wa tak nak bagi sebab Kasih cuma bagi phone dia dengan orang yang terdekat. Sorry la Zack" bohongku.
" Lu jangan macam-macam Qi! Wa cakap lu baik baik dah ni! Ikutkan hati wa, puih! Aku sanggup layan anjing dari kau!" marah Zack.
" Lu dah kenapa Zack? Apa tujuan lu masuk sekolah wa? Lu tak puas hati ke dengan match yang lepas? Sekarang ni, kau nak ambik Doraemon aku. Kasih tu Best Buddys Forever aku tau?" aku cuba memperlahankan suadana antara Zack dan aku.
" Heh. Wa happy tengok lu kalah masa match. Kalau lu punya bapak layan mak wa dengan wa bagus, wa tak jadi macam ni Qi" sinis Zack.
" Zack! Lu jangan nak salahkan bapak wa! Mak lu yang gatal dengan jantan lain! Mak lu yang malukan bapak wa depan orang ramai. Lu gila ka? Come on Zack, masa tu umur kita 4 tahun!!" tempelak aku. Sumpah, aku rasa benci dengan Zack. Zack mengusap rambutnya yang hampir panjang sambil ketawa. Gila ke apa budak ni?
" Eh, Qi. Masa mak lu sedang mengandung beberapa minggu, bapak lu datang kat mak gua, cakap yang mak lu tak pandai layan suami. Lepas bapak lu jumpa mak gua, diorang terus kawen di Siam. Bila lu lahir dulu dari aku, semua berubah. Mak gua tidak dilayan seperti dulu. Nak makan pun susah. Sampai aku dah dilahirkan, bapak lu tak kisah. Lu tahu tak? Sakit hati gua bila lu bahagia. Benci gua dengan mak lu. Keluarga setan!" tempelak Zack. Tidak aku sedar, aku sudah menghayun penumpuk aku di pipi Zack. Tindakan refleksi spontan. Ya Allah... cerita dongeng apakah yang aku dengar dari mulut adik tiriku itu?
" Sial, lu sapa nak buat cerita dongeng?" geramku. Zack hanya senyum sinis sambil mengusap pipinya yang sudah kelihatan.
" Setiap malam, bicara ibu gua tersemat di dalam otak gua Qi. One day, lu akan dapat balasan apa yang mak lu buat." kata Zacl sebelum meninggalkan aku.
Ya Allah... lindungilah aku dan keluargaku dari segala bencana dan kecelakaan.Di rumah, aku sedang membuat ulangkaji Matematik sambil meneman ibuku membungkus nasi ayam untuk tempahan esok hari.
" Riz... ibu tahu kamu sedang mengulangkaji, tetapi takkan sama muka surat?" tanya ibuku lembut. Ibuku sangat penyabar dan lemah lembut. Memang jauh dari api dengan Mak Zack, yang penuh dengan make up, rambut yang diwarnakan perang dan berpakaian seperti orang barat. Aku tak tahu, kenapa bapa memilih Mak Maria daripada ibuku. Adakah bapa aku sudah buta?
Tiba-tiba, lengan aku ditampar dan sungguh aku terkejut. Kelihatan muka ibuku memerhatikan aku.
" Ibu cakap dengan Riz... Riz kenapa termenung jauh? Gaduh dengan Kasih lagi ke? Ada orang ambil barang sekolah Riz?" soal ibuku cemas. Aku senyum sambil menggeleng kepalaku. Ku ambil tangan ibuku yang semakin berkedut, tandanya umur ibuku semakin berusia.
" Riz mintak maaf, Riz tak dapat protect ibu." sedihku. Ibuku terkejut dengan ungkapan yang ku ucapkan sebentar tadi.
" Riz... ibu ada kamu... Itu pun dah cukup buat ibu rasa selamat dan bahagia. Riz anak yang baik..." ujar ibuku dengan lembut. See? Macam mana lah mereka tak nampak, ibuku seorang yang baik.
" Riz... jumpa dia, ibu. Dia siap cerita lagi pasal dia dan Mak Maria kena tinggal oleh bapa" kataku kepada ibu.
" Biarkan diorang Riz... Ibu nak Riz focus dengan SPM, nanti kalau ibu tak da, Riz akan senang nanti. Kalau Riz tak berjaya, siapa nak jaga Riz? Masa tu, ibu dah tak da sayang" nasihat ibuku.
" Ibu, kenapa cakap macam tu? Ibu kan dah janji, ibu selalu teman kan Riz?" tangisku. Aku memang emotional bila bab gini. Aku hanya ada ibu dan Kasih. Mereka berdua sahaja bagaimana perangai aku.
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...