KeDuaPuluhTujuh

204 3 0
                                    

Di sebuah pusat hiburan yang gah dengan bunyi musik lagu yang mengasyikkan, banyak gelagat manusia yang sibuk menari dengan lincah. Mereka hanya tahu keseronokan di dunia ciptaan mereka sendiri. Terdapat sebuah bar yang di perbuat daripada kaca dan ramai pelanggan pusat hiburan tersebut suka dengan buatan perabot yang mewah tersebut.

" Zack!" jerit seorang lelaki berkulit gelap sedikit. Zeck senyum sumbing melihat kawannya sambil memeluk seorang wanita yang sepadan dirinya.

" Bol! Belagak kau eh?!" kata Zeck sambil menyambut salam kawannya tadi. Bol atau Bolhan merupakan kawan sekelasnya ketika tingkatan lima dahulu. Weh, dia lah orang suruhan Zeck dan dialah yang memukul kepala Qi! Lumayan beb! RM 200! Mana kau nak cari RM 200 sehari?

" Hahaha! Mana ada! Kau yang berlagak! Mentang-mentang jadi bos kat syarikat perabot bapak sendiri! Weh, kenalkan, my beautiful bidadari, Susan" Bol senyum.

" Hi, I am Susan.. I dengar you yang design table bar ni kan? So classy!" Susan senyum menggoda.

" I know you, I selalu tengok you dekat sini and thank you puji bar ni" kataku bangga.

" Eleh, poyo kau siot! Eh! siapa budak  yang kau puja sangat tu! Julia? Juvana?"

" Juwita! Bodo kau! Kenapa dengan dia?" kataku serius. Damn, lama aku tak dengar pasal dia. Bodoh punya perempuan.. Percaya bulat-bulat kata aku! Dia tinggalkan Rizqi tu betul-betul!

" Aku dengar dari Farah.. Dia dah balik kat sini. Dapat tau dari Whatsapp group kelas aku" Bol menjawab dengan selamba. Susan sudah lama pergi meninggalkan Bol dengan Zeck di kawasan bar.

" Eh kau biar betul, Bol!"

" I swear! Tu lah kau! Tak nak join group whatsapp kelas kita dulu!"

" Eh! kau gila? Aku malas nak layan Farah da bitch! Buat semak whatsapp aku ja!"

" Oh.. yelah.. aku lupa... ex-betina kau! Huish, before ni bukan main sweet kau dengan dia?" ejek Bol. Zeck meneguk kasar air minuman keras. Bol terkejut melihat perbuatan Zeck yang tiba-tiba.

" What?"
" Sejak bila kau pandai minum ni?"
" Sebulan lepas." kata Zeck selamba sambil memesan satu lagi gelas beer.

" Haaaa! Ni mesti kau frust menonggengkan? Si Farah tu tinggalkan kau"

" Ew, tak kuasa aku! Dia tu nak duit ja! Tak de maknanya nak suka suki kat aku..."

" Zeck, kau dengan dia.. pernah tak? Laa.. kau faham-faham la.." Bol senyum nakal kepada Zeck. Zeck tersenyum sumbing kepada Bol sambil menganggukkan kepala.

" All I can said is everytime kita orang dating. Kau try la dia" ketawa Zeck. Ala, kat dunia barat pun main tukar pasangan!

" Kau nak Susan bunuh aku!? No way man.. So, kisah Juwita, kau nak buat apa?" kata Bol.

" Biarlah dia enjoy dulu.. orang baru balik ke tanah air katakan.. Eh! Bol! Jumlah minum! Aku belanja ni! Bosan cakap hal perempuan!" Zeck merajuk.

" ahaha! Tu yang aku tunggu tadi! Macam biasalah bro! Paling power!!" balas Bol.

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now