Dalam perjalananku ke kelas 5 A, aku terlihat kelibat Kasih dengan Jaja yang sedang menuju ke Makmal Kimia.
" Kasih!" jeritku.
Kasih menoleh ke arah ku lalu berhenti seolah-olah dia menunggu aku untuk pergi ke arahnya. Jaja terus meninggalkan kami berdua. Thanks Jaja!
" You have a class?" tanyaku.
" Ko gila ke apa? Of courselah ada kelas, dah nama sekolah kot. Bukan Universiti ni" jawap Kasih.
" Um, so.. balik sama hari ni? Pastu singgah kat kedai cendol. Aku belanja"
Kasih melihatku seperti tidak percaya apa yang aku katakan.
" Serious ni Qi? Aku dah la duit ciput je. Hisy, cuba lah cakap plan ni semalam. Dapat la aku order 2 mangkuk cendol" rungutku.
" Kau nak makan dua mangkuk pun tak apa, aku belanja" kataku sungguh-sungguh.
" Serious?"
Aku mengangguk dan mengharap Kasih sudi melepak dengan aku.
" Okay, tunggu aku. Astaghfirullah, kelas Kimia!!! Okay, bye Qi!". Aku hanya tertawa kecil melihat Kasih kelam kabut meninggalkan aku.Di dalam kelas, selepas aku menghantar jawapan matematik kepada Cikgu Shelly, aku telah dipanggil oleh Zeck. Hisy, mamat ni, dasar tak puas hati.
" Rizqi? Kawan kamu panggil tu? Jangan nak buang masa" arah Cikgu Shelly. Dah aku tak nak, tak nak la tapi apakan daya, ni sekolah kalau kat rumah sukahati je aku buat.
" Lu mau apa?" kataku selepas melangkah keluar dari kelas.
" Mulai hari ini, lu pegi jauh jauh dari Kasih!" dia memberi amaran kepadaku. Aik? Mamat ni dah gila ke apa?
" Lu gila? Dahla masa sekolah lu cari pasal. Hisy, buang masa. Puih!" kataku sebelom aku menjejakkan kakiku kedalam kelas. Tiba-tiba, pipi kananku berasa sakit dan terik. Kawan-kawanku semua datang ke arahku dan ada yang menahan Zech.
" Hoi!!! Lu dah kenapa?! Cari pasal dengan abang lu! " teriak Ah Lee dengan Zeck.Dipendekkan cerita, kami berdua dikehendaki menghadap PK HEM.
" Zeck, awak ni baru pindah kat sini tak sampai sebulan, dah cari pasal dengan Rizqi?" soal Cik Madhuri.
" Saya nak dia jauhkan dari Kasih. Tu je. Dia tak nak."
Huish, budak ni tak matang la wei! Boleh dia cakap gitu dengan PK HEM.
" Betulke kamu cakap tak nak Rizqi?"
" Cikgu, saya ingatkan benda yang penting dia nak bincang. Rupa-rupanya, hal cinta monyet. Buang masa cikgu, saya nak belajar matematik tu." jelasku.
" Hm. Ada point. Lain kali Zeck, jangan bertindak ikut emosi. Kalau marah, ambik wudhuk. Insyallah, awak akan rasa tenang. Tak payah la nak tumbuk-tumbuk ni. You are 17 Zeck" pesan Cik Madhuri.Selepas keluar dari pejabat PK HEM, Zeck terus meninggalkanku. Tahu malu. Kesian... baru 2 minggu, dah dapat dimerit. Dalam perjalananku ke kelasku, kelihatan Kasih berdiri dihadapan kelasku bersama beg sekolahnya.
" Kau okay?" tanya Kasih dengan risau.
" Hm. Okay. Jap, aku nak ambik beg sekolah" kataku. Kasih hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian, kami sudah sampai ke gerai cendol di tepi jalan. Gerai inilah yang selalu tempat persinggahan budak-budak sekolah selepas habis kokorikulum atau kelas tambahan. Walaupun agak kekampungan, tetapi susananya yang riuh di sekeliling yang menjadi punca utama pelanggan di sini. Selesai membuat pesanan, akhirnya Kasih membuka mulut untuk bercakap.
" There is something fishy about you and Zeck. Tell me, ada apa apa ke?" soal Kasih sambil membuat eye contact. Aduh, ni yang aku lemah. My only weakness is Kasih buat eye contact sebab dari situ, dia tahu orang itu bohong atau jujur. Dan another reason is, I like her eyes. Bentuk alis mata dia, warna matanya yang hazel and...
" HOI!"
" Opocot! Mata kau cantik!" telatahku. Aduush, jatuh saham.
" What did you said?" soal Kasih.
" Tak... aku cakap mata aku pedih" tipuku.
" Kau ni Qi, aku tanya 4 kali soalan kat kau. Yang kau dok termenung muka aku ni dah kenapa? Aku bukannya patung yang kau nak menatap muka aku" bebel Kasih.
" Okay... gini.. Janji kau tak terkejut. Okay?"
" Of courselah, buddys kot" senyum Kasih.
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
De Todo" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...