KeEnamBelas

205 4 0
                                    

"RIZ, tolong mak kacaukan kuah asam pedas tu... Ibu tengah buat sambal ni"
Aku terus melangkah ke dapur menolong ibu.
" Ju, malu sikit... Eee.. Minta maaf Kak .. "
" ASSALAMUALAIKUM!! QIII! AKU DATANG NI!!"
Haa.. dah datang pun si Kasih.
" Waalaikumusalam... haaa.. masuk la Kasih, Kak Murni!" Ibu berkata.
" Ibu buat asam pedas ehhh???" senyum Kasih.
" Ju, malu la sikit.. Kak Ila.. maafkan la ye.. anak dara saya ni muka tak malu" kata Mother.
" Eee.. tak da nya saya nak kisah.. Saya suka budak kuat makan ni.." jawab Ibuku.
" Kembang la hidong kau Kasih!!!" ejekku. Kasih menunjukkan isyarat penumbuk ke arah aku.
" Haaa... alang-alang baru sampai.. kita makan tengahari terus la ye?" ajak Ibuku.
" Ya Allah...Kak Ila.. tak yah la susah payah.. kita orang nak datang melawat awak..." kata Mother.
" Ala.. bukannya selalu. Jom Kasih! Tolong Ibu hidangkan makanan" ajak Ibu kepada Kasih.
############################
Semasa makan tengahari, kami berbual dan bergurau senda sesama sendiri terutamanya Mother. Telatah nya yang lucu sampai otot di pipi cramp.
BUM! BUM! BUM!
Semua orang di dalam rumah Ibu terkejut dengan bunyi yang kuat sebentar tadi.
" Riz nak tengok dulu siapa yang pukul pintu tu" marahku.
" Hati-hati Qi" risau Mother. Wajah Kasih yang merah tadi bertukar pucat. Takut.
Bunyi hentakan di pintu semakin besar dan marahku semakin membara.
Aku terus memulaskan tombol pintu rumah dan aku terkejut.
Maria dengan Zeck memandangku dengan jijik.
" EH! ANAK HARAM! LAKI AKU MANA?" teriak Maria dengan aku.
" Apa kau cakap ni sial? Bapak aku tak da di rumah!" balasku.
" Lu yang sial! Celaka!" balas Zeck lalu menumbuk muka aku.
" Ya Allah, Riz! Anak aku!" tangis Ibu lalu merapat dirinya ke arah Maria.
" Maria, aku rasa hal aku dengan kau dah lama settle. Kau nak apa? Laki kau tak da disini." Ibu memberitahu. Maria berpura-pura ketawa.
" Lucu la si betina ni. Eh, aku tahu la, laki aku kat dalam tu. Hari ni kau sambut hari lahir dia kan?!" Maria menempelak.
" Demi Allah Maria, aku tak sembunyikan Rashid. Lagipun, Rashid sudah bercerai dengan aku, Maria. 10 tahun Maria. Kau lupa? Masih jelas di ingatan aku Maria, kau dengan Rashid datang ke rumah ini dan laki kau melafazkan talak cerai dengan aku, Maria. Kau lah yang saksi segalanya. " Ibu menangis. Aku tahu.. Ibu nampak luarnya tabah tetapi tidak. Aku terus menolak Maria dengan kuatnya.
" Eh, Maria, kau berambus dari sini!" aku menjerit.
" Dasar emak ngan anak jahanam. Kau jangan harap sesen duit bapak kau!" Maria teriak.
Kasih yang datang dari dapur terus mendekati Ibu.
Zeck memandangku dengan hairan.
" Mak, lets go home je la. Ayah tak da kat sini, Ma." ajak Zeck.
" Baiklah Sayang." kemudian Maria meludah di hadapan Ibu ku.
Ya Allah, Ibuku...

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now