KeDuaPuluhSembilan

190 6 2
                                    

" Wah, tahniah Kak Angah! " ucapku sambil mencium kedua-dia pipinya. Kak Ngah senyum tersipu-sipu. Baru tunang, belom kahwin!! Hisy...

" Ju! sini jap! " Father memanggilku dengan mesra. Hmm.. ni mesti nak mintak tolong ni.

" Kenapa Father? Ada tak kena ke?" soalku.

" Tak... kenal tak siapa ni?" senyum Father sambil menunjuk seorang manusia di hadapan aku. Siapa tak kenal dengan mata sepetnya sedikit.

" Uh.. tak... I am not sure " pura-puraku tidak mengenalinya..

" Dia la Rizqi! Your bestfriend? Takkan la lima tahun dah lupa kawan baik sendiri!?" seloroh Fatherku.

" Oh! Qi!! uhh.. hi " kataku sambil senyum terpaksa.

" Tak payah la kau nak senyum paksa.. Aku pun tak ingin nak tegur kau.. Aku cuma tegur uncle ngan aunty je"

Waaaaa mulut kauuu...

" Alaa.. ye ke.. ok lah, bye" kataku sambil meninggalkan Father bersama Qi.

" Juwita! " teriak Father.

############$######$$$$#####

Pada waktu malam selepas majlis pertunangan Kak Ngah, masih terdapat beberapa tetamu sedang berboral atau berjejak kasih. Yelah.. time ni je dapat berjumpa kan.. hmm.. Qi dah balik ke belum eh....

" JUWITA HANTU!"

" OH QI KAU JADI HANTU! EH SETAN QI! BOOOM MATI KAU HANTU!  "

Tetamu yang rancak berborak tadi tiba-tiba tergelak dengan latahku. Ya Allah... bilalah penyakit melatah aku nak sembuh 😅

" Oooo... Murni... anak bongsu kau tu kuat sangat melatahnya " tegur salah seorang tetamu Mother. Maaflah... haha

" Haaaa.. fikir pasal Qi ye... " usik Kak Long ku dengan perut boyotnya.

" Hisy, manada! Kak Long yang kacau Ju!"

" Haha.. aduh... yeke... Aduh... "

Kenapa dengan Kak Long ni... Macam sakit je muka dia.. pucat pulak tu... Jangan-jangan.. Dengan sepantas kilat, aku angkatkan kain skirt labuh Kak Along... SAH! Kak Long nak delivery baby! Air ketubannya sudah pecah!

" Mother!!! Abang Long!!! Kak Long nak beranak!! " cemasku sambil memimpin Kak Long yang semakin kuat gerangannya...

Dari jauh kelihatan Abang Long  berlari anak-anak ke arah Kak Long yang menahan sakit.

" Sekarang ni ke nak beranak? " soal bodoh Abang Long. Kak Long yang sedang menahan sakit tiba-tiba tergelak dengan soalan Bang Long.

" Ayang, takkan la I nak paksa dia masuk balik ke dalam rahim I pulak? YE LA AKU NAK BERANAK!!  Soalan apa kau bagi ni setan!!! "

" aah.. ye ye meh sini ala jangan lah marah" kata bang long sambik memapah Kak Long.

" Mak ikut sekali ye , Muiz? " tanya Motherku dengan kerisauan.

" Tak apa ke Mak? Tetamu mak masih kat rumah ni?"

" Father kamu boleh uruskan nanti. Juwita, tolong Father okay? "

" Ye Mother... " kataku perlahan. Tak sabarlah tu nak sambut cucu baru.

" Alahaiii.. untung kau Murni , Johan.. baru je seorang anak dara kau bertunang, ni dapat cucu lagi... Alhamdulillah" puji salah seorang tetamu.

" Rezeki Sue... haih.. risau jugak tengok diaorang tu" kata Fatherku perlahan.

" Kenapa dik? Kak Long beranak ke tadi? Laaa... melepas " kata Kak Ngah.

" Mana tak nya melepas... busy bergambar dengan kumbang kesayangan " kataku perlahan.

" Huh, mulut tak da insurans langsung... anyway, semua pelayan caterer dah kemas meja buffet and saki baki makanan tu diorang tapau balik."

" Okay...  Father nak  jumpa diorang. Ju, layan tetamu" arah Father.

##########################$$

" Eh eh Ju! Nanti, Kak Long kau dah beranak.. bagitau la ye kat Mak Cik Sue ehhh... "

" ye... nanti Ju bagitau semua orang pasal anak buah baru Ju.... "

" dah  lewat ni... mak cik balik dulu la ye "

Aku hanya menggangguk dan melihat mereka masuk ke dalam perut kereta Exora. Mak cik - mak cik ni memang busy body eh?

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now