Ke Tiga Puluh Satu

198 3 0
                                    

" Riz! ayam ni aku rasa kita tak payah beli lagi kot. Masih ada 30 ekor full ni. Dapat untuk dalam empat hari lagi ni "

" Yeke? Kalau ikutkan kiraan aku. sehari je kita dapat jual 20 ayam! 30 ayam tu tal cukup la wey. " balasku mudah. Nampakkan kedai nasi ayam Pak Ngah ni makin laris. Alhamdulilah berkat ibu..

" Eh, kau kan Qi? "

Aku mendongak dan hati aku mula membenih rasa benci yang amat.

" Kau buat apa kat sini, Zech? Tempat ni tak standard cita rasa kaya kau. Ni orang kampung je punya taste "

" La.. aku nak makan nasi ayam jer. Takkan tak boleh? Macam ni ke kau layan customer?"

" Apa yang kecoh-kecoh ni? "

" Tak da apa Ayah... ni Qi dia happy sebab jumpa Zeck " bohong Zeck. Eleh, bila masa aku happy dengan kau. Perasan.

" Qi? How are you? Wah, dah besar anak ayah sorang lagi. Badan tough " senyum Ayah kepada ku. Makin sakit hati aku. Kenapa sekarang dia nak caring dengan aku?

" Assalamualaikum Ayah " ucapku sambil menyambut salam Ayah. Walaupun Ayah pernah buat hidup Ibu dan aku seksa, aku masih menghormatinya.

" Jom Qi. Kita lunch sama-sama. Ayah nak jumpa Pak Ngah jugak" ajak Ayahku. Muka Zeck yang berlagak tadi sudah menjadi kemerah-merahan. Marah ke ayah kesayangan ajak lunch dengan anak di sisihkan?

" Ayah duduk dulu, Qi panggilkan Pak Ngah "

" Kalau ya pun , ambillah order air. Haus tekak aku! "

" Kau nak air apa? " soalku sambil mengeluarkan tab order dr poket seluar.

" Fresh orange. Ayah nak Barli Sirap " kata Zeck dengan berlagak. Aku tahulah tu minuman kegemaran Ayah.

" Tak , Qi! Ayah tak nak Barli Sirap. Ayah nak teh o peng je. Kasi manis sikit "

Aku tersentap. Tu minuman kegemaran Ibu dan Ibu selalu pesan kat pelayan bagi teh o peng dia manis. Ayah masih sayangkan Ibu ke?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Tiba-tiba kau datang ni Rashid? " soal Pak Ngah. Sudah jelas di muka Pak Ngah kelihatan marah.

" Rashid... datang nak berbincang pasal Rizqi "

Muka Zeck kelihatan terkejut apabila Ayah membuka mulut tentang aku.

" Kenapa Rashid? Kau baru sedar yang Rizqi tu anak kau. Eh, arwah Suhaila yang menanggung dia. Kau tak payah la nak bertanggungjawab atas Rizqi. Arwah Suhaila meletakkan amanah kepada aku untuk jaga Rizqi sampai dia berjaya! " marah Pak Ngah.

" Maafkanlah aku , Syuib. Aku tahu aku bersalah tidak menjaga adik kau. Tetapi aku merayu , Syuib... aku betul-betul ikhlas dengan Rizqi. "

" Kau berjanji dengan aku, Rashid. Aku menyesal memperkenalkan adik aku dekat kau. Aku ingatkan kau betul-betil sayangkan dia. " kata Pak Ngah
dengan sayu.

" Pak Ngah... Ayah... janganlah begini. Kalau Ayah paksa macam mana pun, Riz takkan balik ke rumah Ayah. Biarlah Riz dengan Pak Ngah. Riz bahagia." kataku.

" Yelah Ayah. Janganlah paksa Riz. Nanti susah Riz kena berbelah bahagi antara Ayah dengan Pak Ngah "

Eleh. Palsu betul si Zeck. Cakap je kau tak nak aku balik.

" Itukan rumah Riz jugak? "

" It's okay Ayah. Riz okay dengan Pak Ngah. Lagipun senang Riz nak ulang alik dengan kampus."

Muka Ayah kelihatan kecewa dengan keputusan aku. Aku tak nak balik ke rumah itu. Rumah neraka. Masih sekarang, aku masih ingat apa yang di buat oleh Mak Maria apabila Ayah tiada di rumah. Isterikah itu?

############################

Semasa Ayah dalam perjalanan ke parkir kereta, Zech menarik aku dari belakang.

" Eh anak terbuang, kau tak payah la balik rumah aku. Tak da masa Ayah nak melayan kau. "

" Aku tak ingin pun. Aku lrbih rela merempat daripada duduk rumah neraka itu "

" Sial jugak eh mulut kau. Aku ingat dah kau bertaubat. " kata Zeck sambil senyum jahat. Memang sah dia dengan mak dia ada
masalah mental. Sama spesies!

" Zeck! Tak nak balik ke? Sudah-sudah la borak dengan Riz! " kedengaran suara Ayah memanggil Zeck.

" Kau tunggu je , Ahmad Rizqi. Hidup kau akan lebih jahanam lagi. See you, my step-brother. "

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now