Ke Empat Puluh Satu

196 3 0
                                    

" Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, aku nikahkan dikau Juwita Kasih Binti Jaris dengan mas kahwinnya RM 100 tunai. " lafaz tok kadi sambil menggenggam tangan kanan Qi.

" Aku terima nikahnya Juwita Kasih Binti Jaris dengan mas kahwinnya RM 100 tunai " Qi lafazkan dengan sekali nafas.

" Alhamdulilah, sah!!!! " kata saksi-saksi termasuklah Father. Maka, sahlah aku sebagai waifu nya. Mimpi? Mimpi ngeri adalah.

Selesai doa selepas akad nikah, Qi datang kepada aku untuk upacara membatalkan wudhuk. Qi duduk bersila di hadapan aku lalu memberi salam.

" Nak buat apa" soalku. Semua tetamu yang berdekatan dengan aku ketawa termasuklah Mother aku.

" Ju.. tu kan suami Ju.. salam tangan dia." ujar Mother lembut.
Tanpa teragak-agak, aku terus salam Qi the 'Husband' tetapi aku masih dengar orang ketawa.

" Kau tak tahu nak salam cara orang raya ke? " sindir Qi dengan nada rendah. Manalah aku tahu!

" Ju... salah salam kamu tu. Tu salam budak nak pegi sekolah. Ada ke patut salam sebelah tangan je? " tegur Mother.

Sekali lagi, aku menyalami tangan Qi. Uish, sejuk! Mamat ni nervous jugak ke. Tapi to be honest, aku punya jantung rasa nak meletup! Selepas itu, Qi menyarungkan cincin ke jari manis aku. Cantik doh!

" Okey, pengantin lelaki cium itu dahi pengantin pirimpuan" kata kawan Abang Ngah. ( Ala dia kan pernah jadi photographer Kak Ngah masa Kak Ngah kawen)

Tanpa berlengah, Qi terus mencium dahi aku dengan sopan. Tiba-tiba, aku rasakan sesuatu. Terharu atau sedih? Entah.

" Alolooo... menangis pulok diooooo" kata tetamu. Usik laa orang sekarang ni tengah feel.

Akhirnya sah la aku jadi Waifu kepada Qi.

############################

" Boleh tahan gak eh preparation kahwin kita "

" Gila lah, sian Father ngan Pak Usu, pergi sana sini. Ni kau punya pasal la Qi! 6 bulan diorang buat preparation! " kata Kasih sambil membuka hadiah yang di beri oleh para tetamu pada waktu siang tadi.

Bila teringatkan kisah akad nikah tadi, agak lucu jugak lihat Kasih menyambut salam aku dengan cara budak pergi sekolah. Perangai kasar masih ada! Tetapi nak sembunyikan gemuruh tu susah. Aku harap bila part cium dahi Kasih tu, Kasih tak dengar heartbeat aku yang macam kuda lari.

" Kau dengar tak Qi? "

" Huh? Apa? " kata aku. Kasih yang duduk tiba-tiba berdiri.

" Tu lah, orang cakap jangan mengelamun. Aku tanya esok masih praktikal ke? Aku nak iron baju. " tanya nya lembut.

" Uh, tak, masih cuti seminggu "

" Uuu... lamanya.. best la gitu.. syarikat sendiri sukati masuk ler "  omelnya.

" Kau bila last sem? Dapat pergi cuti sesama. Dalam Malaysia je. " soal aku. Kasih memalingkan kepalanya kearah aku.

" Aku baru masuk tahun ni, so? Kau rasa bila? "

Adush. Pedas. Aku lupa yang dia baru start sambung diploma tahun ni.

" La... aku malas nak kira tahun-tahun ni bagai. Boleh tak kau just jawab soalan aku? Hmm? "

" Dalam 2 tahun gitu lah. But F.Y.I, aku tak lama lagi cuti sem. Around 3 bulan lah" katanya lembut sambil membetulkan tudung nya di hadapan aku.

" Kasih... "

Aku terus berdiri di hadapannya sambil memegang bahunya.

" Qi... aku.. aku tak ready. Maaf, tapi aku tak ready "

Dengan lembut aku buka pin tudung yang berhias di bawah dagunya. Muka Kasih mula memerah dengan ketaranya. Dengan perlahan aku menarik selendang yang menutup auratnya selama ini.

" Kau tu... dah jadi isteri.. so... aku dah halal tengok aurat kau. " kataku sambil memberi selendang kepadanya. Kasih yang masih malu hanya mengangguk kepala dan terus mengambil selendangnya. Dia terus menjauhkan dirinya daripada aku dan terus duduk di sofa yang berhadapan dengan katil.

" Kau jangan risaulah. Aku kahwin kau sebab nak protect kau dari mamat kerek. So, aku takkan sentuh kau tanpa kebenaran kau. Ok?" kata ku lembut. Memang aku mencintainya tetapi biarlah aku pendam.

" Um. okey.. thanks eh Qi. Aku rasa ni kerja paling gila yang pernah aku buat. " ujar Kasih sambil senyum. Aduh, manis!

" Uh, aku nak tidur. Kau larilah dari sofa tu. Kau tidur kat katil. Ok? "

" Qi, tak payah la macam tu. Tidur je kat katil "

Aku blur. Kasih hanya senyu. dan mula bercakap.

" Kita tidur la sama-sama kat katil tu. Jangan risau, nanti kita buat la 'wall" antara kita. Ok? Aku bukannya perempuan novel yang mengada-ngada. "

" Eh? Yekeee? Tadi bukan main cakap tak ready tu la ni la " kataku selamba.

" OMG, Qi... just stop it. Lain kali, cakap je, aku ikut. Jangan la main serbu macam tu. Siapa tal panik, gila!? " balasnya.

" Ummmm... ok pendekkan cerita, good night Waifu "

" Haha kalah la tu. Ok, good night Haisband"

" Bahasa apa tu? " soal aku. Kasih tersengih bila mendengar aku bertanya.

" Bahasa English rojak"

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now