KeDuaPuluh

181 3 0
                                    

" JU "

Aku membuka mata aku. Aku terkejut melihat steward tersengih-sengih melihat aku dan Fatherku.

" Kita dah sampai Ju... Ju nak balik lagi ke Australia? Dah la air liur kat bahu Father" ketawa Father.

" Hisy, tak senonoh la..." merajukku sambil mengelap kesan air liur di mulut.

Dalam perjalanan keluar dari airport. Aku sempat mengambil beberapa selfie dengan Father.

" Ju tunggu sini eh. Father nak call teksi."

" okay." lalu aku duduk di satu kerusi yang disediakan oleh airport bagi memudahkan passenger menunggu teksi. Aku melihat keadaan di luar airport.

Hujan.

Aku merenung dan rasa sesuatu yang timbul. Rasa rindu dengan dia.

Aku mendongak dan memerhatikan sekeliling. Banyak yang dah berubah di lapangan terbang baharu ni. Lebih besar dan canggih.

Tanpa aku sedari.. ada sepasang mata yang memerhati dari jauh. Aku cuba fokuskan apa yang ku lihat... Adakah...

" Ju, jum teksi dah datang" kata Father.

" Wait, Father." aku gelabah.

" Apa dia?" tanya Father.

" Uh.. no.. haha.. Jum la balik!" aku menarik Father. Aku dapat merasakan ada aura yang memerhatikan aku.

############################

" Qi tunggu sini. Pak Ngah nak beli kopi panas. Sejuk la airport baru ni" kata Pak Ngah.

" Ye... Qi tunggu" kata ku perlahan. Tiba -tiba, ada satu figura yang menarik perhatian aku. Figura tersebut sedang sibuk berselfie tanpa dia sedar aku memerhatikan dia.

Kasih?

Tetapi mustahil... Kali terakhir aku berjumpa Kasih.. dia masih sekolah.. tidak bertudung, lasak, kulitnya gelap dan suara huskynya.

Tetapi figura itu, sangat berbeza..
Bertudung mengikut aurat yang sepatutnya, kulitnya lebih cerah tetapi satu sahaja yang sama.. suara huskynya.

Aku memerhatikan dia mengikut seorang lelaki sebaya ayahnya ke kaunter teksi dan figura itu merenung ke luar dengan muka yang sayu.

Kasih? Kau dah balik?

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now