KeDuaPuluhEnam

191 3 0
                                    

Dalam perjalananku ke sebuah kedai buku untuk membeli buku resepi yang di pesan oleh Mother. Tiba-tiba, ada seorang lelaki muda yang sedang syok melayan hp terlanggar aku dengan kuat. Terduduk aku di lantai mall sambil mengeluh kecil. Isy, mamat ni, mata kat hp la tu!
" Eh! Sorry! Maaf, saya tak sengaja..."

" Eh, it is okay.. salah saya tak nampak.. a...wak.."

Aku mendongak ke atas sambil mengambil beg tanganku.

" Qi?" tanyaku. Memang Qi lah! Aku cam mata Qi yang sederhana sepet.

" Kau ke Kasih?" tanya nya. Aku dapat cam riak muka tidak senang Qi. Siapa tak marah dengan tindakan aku. Tinggal kawan baik dalam kesusahan. Aku angkat dari tempat ku terjatuh tadi dan mula menjauh diri daripada Qi.

" Uh, aku pergi dulu. Assalamualaikum" kataku sambil berjalan meninggalkan Qi. Tiba-tiba tanganku direntap dari belakang dan aku berpaling. Nasibla aku guna inner..

" Takkan kau nak tinggalkan aku macam lima tahun lepas? Aku ada buat salah ke Kasih?" soal Qi.

" Aku.. aku tak tahu nak cakap.." jawapku perlahan sambil meronta-ronta untuk tanganku dilepaskan.

" Tell me why kau tiba-tiba menghilangkan diri? Apa salah aku? Kejam nya kau! Aku yang kena pukul kat kepala, kau tak jenguk aku kat hospital pun! Kasih! kau dengar tak" suara Qi mula meninggi dan orang di sekeliling kami sudah berpandangan sesama sendiri. Aduh, adegan Hindustan!

" Qi.. kau lepas dulu tangan aku.. okay.... orang tengok... tak elok.. nanti kena masuk Youtube.. Aku nak jaga maruah aku, Qi" kataku perlahan.

Muka Qi yang marah terus merah. Malu. Tu lah kulit putih sangat! Kan nampak muka malu!
Qi lalu melepaskan tanganku.

" Kita pergi cafe... okay?" ajakku.

Qi mengangguk perlahan dan mengikutku di sebuah cafe yang terdekat di mall ini.

############################

" Ice Mocha dan hot chocolate, have a nice day" senyum manis pelayan cafe tersebut setelah menghidangkan pesanan kami. Selepas pelayan meninggalkan meja kami, masing-masing membisu. Diam.

" Takkan la mulut kau hilang, Kasih. Now, tell me everything. Lima tahun lepas. Apa kes kau hilang?" soal Qi. Aku menarik nafas dengan dalam dan melepaskan nafasku. Gementar. Takut. Aku masih ingat amaran si syaitan tu.

" Excuse me, Juwita Kasih, now it is time kau cerita sebenar." soal Qi lagi.

" okay, first of all, aku mintak maaf kerana tinggal kan kau macam tu je. Secondly, aku mintak maaf sebab aku tak jenguk kau kat hospital. Semua ni aku terpaksa buat, Qi. You have to understand what I have to do. Qi tak salah apa-apa pun" aku berkata.

" Oh really? What the hell , you changed your number? You did not also reply your gmail? Come on! Aku taulah aku ni miskin! Tak macam kau! Kaya!" herdik Qi.

Aku mengucap di dalam hati dan tidakku sangka Qi yang lima tahun dulu yang ku puja dan rindu sudah berubah 100%. Qi tidak pernah mengherdik ku dan menghinaku kerana aku dilahirkan keluarga yang kaya. Qi bukannya tak kaya, Ibu Qi memang jenis bersederhana...

" Qi, kau dah kenapa? Aku tahu aku yang bersalah. Janganlah kau main sindir-sindir. Yang kaya tu bapak aku. Bukan aku." kataku perlahan.

" Kau sengajakan? Kau sengaja buat aku sakit hati kan?" soal Qi.

" Aku bukannya sengaja tetapi aku terpaksa" jawabku lemah. Ya, sampai hari ini, aku masih ingat apa yang si Syaitan tu buat kat aku.

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now