" Qi, ajar soalan ni. Aku tak faham doh " kata Kasih.
" Ni confirm kau blaja last minute ni, agak-agak la wei " kata aku. Dengan perlahan aku duduk di sebelahnya.
" Ni basic la, sah kau tidur dalam kelas ni. Dah nak final sem kot!? " aku mula membebel dengan Kasih.
" Ala abang sayang, ajarkanlah dinda ni... bukannya dinda nak makan abang " pujuk nya. Alhamdulilah.. sepanjang tempoh 4 tahun ni, perkahwinan kami masih utuh dan Kasih semakin menerima kekuranganku.
" Okay, kau baca formula tu and then kau faham kan each synbol dia. Actually, diorang tu berkaitan. Gitu jugak dengan soalan ni" jelasku.
" Oooo... gitu... um.. Qi, aku ada soalanlah "
" Tanyalah , soalan apa lagi kau tak faham. Sah matematik kau makin lemah "
" Tak, ni bukan pasal matematik lah"
" Apa dia?" soalku lembut.
" Kau tak menyesalke kahwin dengan aku? Aku masih belajar and dah la aku tak jalankan tanggungjawab aku dengan betul"
Serta-merta aku tergelak dengan kata-kata Kasih.
" Demi Allah, aku kahwin dengan kau atas dasar cintabukan nafsu. Kau pernah wonder tak macam mana seseorang pasangan itu memang tak dapay zuriat pun but diorang berkekalan sampai hujung nyawa? That is because of love not lust"
" Ye ke Qi? Kau jangan sengaja bagi ayat sedap hati untuk aku. Aku tanya bukannya apa... Aku tak nak kau simpan sendiri perasaan sunyi tu. Terima kasih sebab kau sabar dengan aku selama ini."
" Dah-dah tak yah nak sawit sangat, tu statistik kau dah kemana? London? Esok last paper ok? Pleaselah focus" kata aku. Sengaja aku potong sweet moment sebab hanya aku faham keadaan dia dan aku.
*********************************************************************************************
" Kau kahwin dengan Kasih? Wow! Cepatnya langkah kau. Terlanjur ke Qi?" soal Zeck.
"Apa Zeck merempek ni? Riz? Explain?" soal Ayah.
" Ya, memang benar kami berdua dah kahwin tetapi bukan kerana terlanjur. Kami berdua dah lama berkenalan semenjak zaman sekolah menengah lagi. Maaf Ayah, Riz tahu Ayah patah hati dengan keputusan ini tetapi kalau Ayah nak tahu, ini adalah amanah terakhir Arwah Ibu ." jelasku dengan perlahan. Muka Zeck semakin bengis apabila mendengar penjelasan dari aku dan terus meninggalkan pejabat besar Ayah.
" Jika itulah kamu katakan, apa lagi nak Ayah buat. Kalau ada masa, jemputlah keluarga besan Ayah ke sini. Diorang pun dah jadi ahli keluarga kita"
" Maafkan Riz ayah, bukannya nak menderhaka kepada Ayah, Riz tahu selama ini, Ayah kecik hati dengan perangai Riz. "
" Sepatutnya Ayah yang meminta maaf kepada kamu. Ayah rasa berdosa sangat kepada kamu dan arwah Ibu kamu. Ayah sayang kamu berdua tetapi entahlah kenapa Ayah bodoh sangat?"
" Dahlah Ayah... perkara yang lepas, biarkan ia berlalu"
" Riz, satu je Ayah pesan"
" Apa dia , Ayah?"
" Cepat sikit ye dapat anak tu"
Aku hanya tergelak dengan gurauan Ayah.
**************************************************************************************
SETAHUN KEMUDIAN
" Maduuu!! OH MADU!!!"
"Apa awak ni terjerit-jerit ni?" marah Qi kepada aku. Ah, ni aku tak suka! Marah lagi!
" Saya panggil awak, tolong ambik gambar saya please?" pujukku.
" Ya Allah, kat mana lagi? Dah satu kampus ni awak bergambar. Dari hostel sampai ke kuliah, awak dah gambar"
Dengan automatiknya, aku kecik hati macam hati aku ni dah saiz hati ayam! Tanpa aku sedar, aku mula menitis air mata. Qi yang membebel dengan aku mula panik.
" Alahai isteri aku, kalau nak menangis, janganlah time graduation. Maafkan saya? "
" Awak ni macamlh tak pernah rasa excited dah graduate? Mentang-mentanglah awak dah graduate dari saya, awak nak ignore lah? Gitu? "
" Wahai isteriku, saya tiada nawaitu nak buat awak begitu. Ala mintak maaflah"
" Kenapa Kasih tu, QI? Kenapa menangis ?" soal Ayah.
" Ayah, Qi jahat. Dia tak nak ambik gamba kita graduate" balasku dengan drama. Aku tahu Qi memang geram dengan perangai mengada aku but to be honest, aku memang sensitive lately ni.
" Dia bawak budak sebab tu dia sensitif" jawab Mother yang baru tiba bersama Father.
" Kamu mengandung ke Kasih? Berapa bulan?" soal Ayah dengan girang.
" Alahai Mother, tak payahla bagi tahu..."
Tiba-tiba, tangan aku di pegang oleh Qi. Aku mula melihat mukanya yang merah. Malu.
" Kenapa tak bagi tahu?"
" Saja, lagipun baru 4 bulan." kataku.
" Tahniah Riz! Dah jadi ayah dah! Kasih pun!" ucap Ayah dengan girang.
Ya, alhamdulilah, semua ini ada hikmah, kenapa aku pilih jalan berpisah sekejap dengan Qi. Rupa-rupanya, inilah rezeki yang aku dapat tanpa aku duga.
Korang mesti tertanya-tanya dengan ending Zeck, Farah, Bol dan lain-lainkan?
Zeck dan Farah tanpa di duga mereka berkahwin dan berpindah di luar negara. Manakal ibu Zeck pula semakin berubah ke arah kebaikan. Bol dan Susan pula sedang membesar anak ketiga mereka dengan bahagia sekali dan menariknya semua nya lelaki! Kak Long pula sedang mengandung anak ke ketiga tetapi di sahkan doktor ia merupakankandungan kembar! Kak Ngah dengan suaminya pula sedang menanti kelahiran anak suklung mereka dalam 2 bulan lagi. Malah bisnes Bang Ngah semakin maju sehingga diiktiraf restoran seafood top three.
Suamiku, Ahmad Rizqi, sedang memajukan perniagaan Pak Ngah nya malah dia juga membantu Ayahnya dalam marketing. Aku? Of course lah tunggu kandungan aku membesar. Kerja? Qi tak bagi, dia suruh aku duduk rumah. WHY?! CINCA BUYA!
" Sebab abang tak nak my daughter or son jadi macam abang."
" Eh macam mana abang dapat baca minda org ni?" soalku
" dari muka dah tahu"
" chagiya~" panggilku Qi dengan nada manja.
" Keluar dah bahasa Korea dia"
" Love you"
Serta-merta muka suamiku, bestfriendku, dan temanku memerah. Malu la tu!
" Love you more, Kasih"
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...