" MAK SU POKEMON!!! "
" OH ANAK POKEMON KAK LONG! EH! BUKAN! ANAK DIGIMON! "
" teruk nya kamu Ju... melatah kamu tu.. ish! Semakin teruk! Sudah-sudah la Ilham.. kesian Mak Su kamu tu " tegur Kak Long kepada anak sulungnya yang umurnya sudah mencecah lima tahun. Ilham hanya tersengih apabila di tegur neneknya.
" By the way Kak Long. Nama adik Ilham apa? " soalku.
" Simple jer, tak nak panjang-panjang. Nama di beri Muhammad Ilman. "
" Apa maksud nya Long? Hisy jangan bagi sebarang " tegur Mother sambil memberi Kak Long jamu. Kak Long menyambut jamu tersebut sambil menunjukkan muka pelik. Kesian kena makan jamu pahit. Hahaha.
" Tak la mother... Maksudnya berilmu. Yang Terpuji Berilmu." senyum Kak Long sambil melihat anak keduanya yang sedang nyenyak tidur.
" So proud of you la Kak Long " senyumku.
" Ummi... nak makan... " rengek Ilham kepada Kak Long.
" Jom Ilham, Mak su belanja Ilham ayam goreng dengan ice-cream. Nak tak? " ajakku.
" Yeke??? Nak McD with toys. "
" Ilham... Ummi cakap apa???? "
" No demanding and say thank you " katanya perlahan. Memang terbaikla.. kecik-kecik dah oandai speaking.
" Tak apalah Kak Long... Sekali-sekala... Kak Long pun layan Ju macam ni masa Ju kecik... Now its time Ju nak balas jasa baik Kak Long "
Kak Long kelihatan terkejut selepas mendengar kata-kataku. Ya... aku mengaku aku memabg rapat dengan Kak Long sejak kecil lagi. Entah kenapa apabila aku dengan Kak Ngah, aku akan rasa awkward tetapi dengan Kak Long, aku rasa sangat rapat.
" Kak Long dengan Kak Ngah pernah rasa susah, Ju . Kami tak nak Ju rasa kesusahan. Terima kasih Ju " kata Kak Long dengan sayu.
" Hai Ya Allah, Kak Long, jangan nangis! Nanti tak elok urat - urat tubuh kamu. Nanti jadi sotong badan kamu! Haa Ju pun satu, pergilah teman Ilham! " tegur Mother.
############################
Selesai aku mengambil makanan di kaunter , aku terus membawa Ilham ketempat duduk.
" Nak tu! Nak tu! Ayam goreng macam Upin Ipin "
" Sabar... Mak Su bagi la ni " kataku perlahan. Ilham tersengih apabila ayam gorengnya sudah landing di atas pinggan.
" Kasih? Is that you? "
Aku mendongak dan melihat seorang lelaki berpakaian begitu segak. Lalu lelaki tersebut menanggalkan cermin mata hitam. Pada masa yang sama, hati aku terasa sakit.
" Wow, Kasih, u makin cantik. Remember me, sayang? "
" Assalamualaikum Zeck... awak nak promote apa ni? Produk ketinggian eh? Sorry la saya dah tinggi " ejekku. Aku malas nak melayan lelaki gila dan physcho macam Zeck.
" Kurang ajar jugak eh mulut kau. Sekarang ni aku kerja kat syarikat bapak aku. Sedap mulut kau cakap aku kerja promoter "
" Yela, aku ingat promoter mana la tadi.. dalam tempat aircond gini pun nak pakai cermin mata hitam. Silau sangat eh? "
" Budak kecik sebelah kau tu siapa? Anak kakak-kakak kau?"
" Anak aku. " jawabku selamba.
Muka Zeck menjadi merah selepas aku mengatakan Ilham anak aku. Blah la kau Zeck.
" Anak kau? Wah, aku dah agak kau terlanjur kat sana kan? Kesian... kalau gitu aku jadi suami kau. Tak ada paksaan pun. Aku rela "
" Astaghfirullah, tak sangka eh anak orang kaya macam kau mentaliti lebih rendah daripada haiwan. Apa yang kau nak? Aku dah buat apa yang kau suruh aku buat. Tak cukup ke Zeck? " kataku perlahan.
" Aku dah cakapkan lima tahun lepas.. selagi kau tak nak jadi milik aku, selagi tu lah aku buat kau seksa. Come on, win-win situationlah. "
Gilaka apa?
" BURP!!! "
Aku menoleh ke Ilham. Kuatnya budak ni sendawa.. Patutlah... ayam goreng aku pun kau bedal. Tapi good job Ilham!
" Ilham, jum balik. Walid tunggu kat rumah " kata ku mesra.
" Walid? Yay... dapat main tab ni! " katanya girang. Aku lapkan mulut dan tangan Ilham dengan tisu basah .
" Aku balik dulu. Jom Ilham. " ajakku kepada Ilham dan terus meninggalkan tempat makan itu.
" Kau jangan cabar aku Kasih!!! Kau susah nanti!!!! Perempuan jahanam!!! "
Ya Allah, jauhilah aku dari musibah.
YOU ARE READING
Hikayatku dan Hujanmu
Random" You won't know how I miss you when you gone" - Qi " Aku terpaksa bukannya aku sengaja." Kasih Kasih dan Qi merupakan buddys yang rapat semenjak tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Dalam diam, Kasih jatuh cinta kepada Qi . Malang tidak berbau...