Ke Tiga Puluh Tiga

181 3 0
                                    

" Qi! ayam roasted lima , ayam steam dua ! " jerit Pak Ngah.

" Saif! Kau free tak! " jeritku.

" Free! Nak aku tolong potongkan ke? "

" Tolong sat, aku tengah buat salad ni. Sorry kacau kau! " jawabku. Saif hanya ketawa melihatku yang sibuk teramat .

" RIZQI! WEEH RIZQI!! " Hamid menjerit namaku.

" Apa dia? Aku busy ni. Aku dengar je la ye " kataku.

" Kau ingat tak awek yang datang sini dengan ayah dia."

" Awek? Maksud kau Kasih ke? "

" Ah! ye la tu! Tadikan, aku pergi lunch dengan kawan aku dekat McDonald kan. Lepas tu, aku ternampak la si Kasih dengan budak kecik."

" Tu je? Baik tak payah la kau pi cerita kat aku. Buang karan! " kataku sambil memotong timun sejuk.

" Aku sekeh kang kepala hang. Dengar la sampai habis! " muncung mulut Hamid.

" Cepatlah! Lambat betul nak pegi ke scenes suspen! "

" Ada lelaki ni pi sindir-sindir kat dia. Siap tunjuk-tunjuk lagi jari dia kat muka Kasih. Kesian Kasih tapi muka dia selamba je. Lepas tu kan lelaki tu teriak kat dia cakap dia perempuan jahanam. Semua orang kat McDonald tengok mamat sewel tu "

Aku rasa geram. Mamat mana pulak cakap Kasih ni jahanam? Mulut tak da insurans.

" Dahtu, aku nak buat apa? " pura-puraku tenang. Hamid membuat muka annoying dekatku.

"Bro, aku tahu kau kisah hal dia. " Hamid berkata lalu menepuk bahuku .

" Aku... entah la. Susah la. Entah   la " kataku perlahan. Serabut.

" Apa la la la? Ni bukan La La Land ni. Sampai bila kau nak bohong diri kau? Fikir-fikirkanlah Riz. Aku cuma cousin tersayang kau."

" Tak payah ne berdrama. Eh Pak Ngah cari kau "

" Kenapa dengan bapa aku? "

" Mana lah aku tahu! Pergi la berambus! Menyemak je kat dapur. Shuh "  sambil membuat dab di hadapannya.

Hamid ketawa berdekah-dekah sambil berjalan keluar daripada dapur.

############################

" Assalamualaikum! "

" Waalaikumusalam " jawabku dengan lemah sambil mengupas kulit halia.

" Dah kenapa dengan muka tu, Ju " kata Kak Ngah sambil membuka shawlnya. Panas!

" Tak da la.. letih pergi register kat U hari ni.. "

" La.. hari ni register ke.. baguslah tu.. Bahan-bahan ni untuk apa Ju? Banyak betul halia dia " kata Kak Ngah sambil menunjukkan muka pelat.

" Ni untuk Kak Long lah... Kan Kak Long berpantang... " jawab Mother perlahan sambil mendukung Ilman yang sudah kenyang selepas di beri susu. Gemok!

" Yeke Mother? Tak boleh ke makan anything ke? " Kak Ngah bertanya.

" Tak.. nanti urat-urat selepas kita beranak tak cepat sembuh. Angah nak ke badan macam logo tayar Michellin?  "

" Alamak.. macam susah je "

" Asal iman kuat Ngah! " jawabku selamba. Kak Ngah sekeh kepalaku dengan kuat. Tandanya kalah la tu.

" Bagus untuk dalaman juga Ngah... Awet muda... " ketawa Mother perlahan.

" Mother... " Kak Ngah berbunyi.

" apa dia Ngah.. cakaplah.. Mother dengar... "

" Ngah nak cepatkan tarikh perkahwinan? Boleh? Lepas Kak Long habis berpantang " kata Kak Ngah.

" Kenapa nak cepat sangat Ngah? Nanti apa orang lain cakap " risau Mother.

" Tak... bukannya apa Mother.. Angah rasa tak elok kami bertunang lama sangat."

" Betul tu Mother... tak baik lama-lama sangat bertunang ni... Banyak dugaan.. " kataku perlahan.

" Iyelah Ngah... Mak ni ikut kata kamu je.. Tanya Father dulu.. "

Kak Ngah tersenyum apabila Mother memberi greenlight kepadanya.

Tak lama lagi... makan nasi minyak la aku...

Hikayatku dan HujanmuWhere stories live. Discover now