Bab 2

12.1K 840 3
                                    

Oh! Lupa nak bagitahu yang mereka ini merupakan pelajar sekolah agama.

∆∆∆∆∆

Sebelum memulakan misi mereka untuk ke sekolah lain, mereka telah diarahkan untuk berjumpa dengan pengetua atas satu hal yang penting. Tanpa dipinta, pengetua memberikan mereka berlima sebuah alat kecil yang berbentuk bulat.

"Untuk apa ini tuan?" Soal Hanie, hairan. Alat kecil itu ditilik.

Pengetua itu tersenyum mendengarkan soalan tersebut. "Masukkan alat ini ke dalam telinga kamu. Jika ada perkembangan di sana, kamu boleh terus menghubungi saya menggunakan itu."

Terlopong gadis-gadis itu.

"Apa ini tuan? Kami ke sana hendak belajar. Bukannya menjadi spy yang tidak berbayar." Ujar Yazmin, tidak puas hati. Alat kecil itu dimasukkan ke dalam telinganya.

Pengetua itu menggelengkan kepala. "Bukan itu maksud saya. Kamu ialah murid-murid yang mempunyai deria keenam. Pasti banyak cabaran yang akan kamu tempuhi." Tegasnya.

Gadis-gadis itu hanya mengangguk faham.

Niysa membetulkan tudungnya setelah berjaya memasukkan alat tersebut ke dalam telinga. DIa kemudian bertanya. "Adakah kami akan ditempatkan di dalam satu dorm?"

Pengetua itu membuat gaya berfikir. "Saya rasa, ya."

Mereka berlima melompat kecil kerana berasa amat gembira. Tidaklah mereka harus terpisah. Jikalau bersama, mudahlah mereka untuk menyiasat dan merancang strategi yang baik.

"Adakah kami berada di dalam satu kelas?" Soal Aisyah pula.

"Mengikut pencapaian dalam pembelajaran, kemungkinan Hanie dan Yazmin akan ditempatkan ke dalam kelas yang sama. Kamu bertiga pula akan ditempatkan di dalam kelas yang lain." Ujar pengetua.

"Aduhai, kami akan berpisah. Takutnya." Keluh Aineen perlahan.

∆∆∆∆∆

Langit yang dilindungi awan redup memudahkan setiap pelajar untuk melakukan aktiviti masing-masing. Kepada mereka yang rajin, mereka akan melakukan riadah. Selebihnya akan menghabiskan masa di perpustakaan ataupun taman-taman kecil di akademi. Namun, lima orang gadis itu mengambil keputusan untuk berkumpul di bawah pohon semalam.

Hanie yang duduk bersimpuh membuka bicara. "Awak semua rasa, ramai tidak yang ada deria keenam? Pasti pelbagai jenis."

Yazmin merengus geram lalu memeluk tubuh. Kepalanya dipalingkan ke sisi "Entahlah. Kalau tiada, sia-sia sahaja."

"Mana ada. Kita ke sana untuk belajar juga." Bangkang Niysa keras. 

Mendengarkan perbualan itu, Aineen menguntum senyuman kecil sebelum bersuara. "Saya rasa ada ramai juga. Mengikut pemikiran masa hadapan saya."

Aisyah menepuk peha Aineen perlahan sebagai satu teguran. "Hey! Jangan gunakan kelebihan awak di sini." Tegurnya.

Aineen mengerutkan kening seraya menjongketkan bahu. "Itu untuk kebaikan kita sahaja. Bukannya apa pun."

"Sudah! Mari kita bincang hal peribadi." Potong Yazmin. Tangannya menepuk rumput bagi menarik perhatian mereka. 

"Hal peribadi? Saya tak suka." Suara Hanie sedikit meninggi. Dia berpeluk tubuh. Perkara sebegini memang tidak suka untuk dibincangkan sekiranya dia terlibat.

"Sudah Hanie. Mari kita mulakan." Ujar Niysa dalam nada memujuk.

Sekiranya tidak mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam, bagaimana sesuatu perkara itu dapat diselesaikan? 

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now