Bab 54

5K 401 21
                                    

"Huh? Cikgu... Maksud saya, Ustazah Maisarah?" Soal Aineen, terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa guru itu yang menculiknya.

Ustazah Maisarah kelihatan seperti mahu menangis. "Aineen... Maafkan ustazah ya, sayang. Ustazah terpaksa buat. Ustazah... Kena..."

"Aku ugut dia." Suara Cikgu Masyitah menerjah dari belakang Ustazah Maisarah.

Aineen terkejut. "Eh? Kenapa ustazah minta maaf? Bukan ustazah tepuk tangan lepas tu senyum sinis ke?" Soalnya bertubi-tubi.

Secara tiba-tiba, Ustazah Maisarah menangis kuat. Satu asap yang banyak keluar dari tubuhnya.

"Ustazah? Ustazah ada saka? Apakah?!" Jeritan Aineen bergema di bilik itu.

Cikgu Masyitah pula ketawa. "Hahaha... Kali ini, aku perlukan darah kau untuk dapatkan saka dia."

Aineen mengerutkan dahinya. "Darah? Cikgu ingat saya ni makanan saka ke, hah?!"

Cikgu Masyitah ketawa lagi. Dia mendekati Aineen yang sudah gelabah.

Aineen mahu melepaskan dirinya, tapi dia tidak mampu kerana tangan dan kakinya diikat ketat.

"Tolong! Tolong!" Laungnya, kuat.

Cikgu Masyitah tersenyum sinis. "Bukannya akan ada orang dengar kau pun. Kita sekarang ni, ada dekat bilik hospital lama yang berada berdekatan dengan akademi."

Aineen mengeluh lemah. Nampaknya, dia pasrah.

Tit!

Alat komunikasinya berbunyi.

"Assalamualaikum. Fire di sini. Wind, awak kat mana?"

"Fire! Saya dekat hospital lama yang ada dekat dengan akademi tu! Bawa yang lain sekali! Tolong saya!!" Raungnya apabila Cikgu Masyitah memegang kepalanya.

Terus sahaja Cikgu Masyitah melepaskan pegangannya. "Woi! Kau buat apa? Minta pertolongan? Tak guna!" Marahnya lalu menampar pipi Aineen.

Aineen hanya mendiamkan diri. Dia pasti, bantuan akan sampai secepat mungkin.

"Masyitah!" Suara pengetua memenuhi bilik tersebut.

Aineen ternganga manakala Cikgu Masyitah pula terlopong.

"Wow! Cepatnya datang!" Jerit Aineen dengan mata yang terbeliak.

"Biasalah... Novel bukan? Semua boleh jadi." Balas Hanie dengan wajah selamba.

Cikgu Masyitah mengambil pisau yang diasah tajam yang berada di sebelah Aineen. Dia mengangkat pisau itu tinggi-tinggi.

Tuan Ramli bersuara. "Letak pisau tu cepat! Kalau tak..."

"Kalau tak, apa? Hahaha... Bukannya kalian boleh buat apa-apa pun. Aku cuma nak saka kakak aku je. Dan, aku hanya perlukan budak ni." Pintas Cikgu Masyitah sambil ketawa gila.

Dia menyambung. "Fufufu... Kalau aku dapat saka tu kan... Dapat tak aku pikat Ustaz Syafie. Wow! Tak sabarnya."

Pisau diangkat tinggi dan dihalakan ke perut Aineen. Aineen pula menangis sehingga bengkak matanya.

"Hei! Jangan kacau kawan saya lah!!" Jerit Niysa dengan penuh kemarahan.

Cikgu Masyitah tersenyum sinis. "Oh... Kalau macam tu..."

"Kau lah jadi mangsa aku!"

Terus sahaja pisau itu dibaling ke arah Niysa.

"Aaah!!"

"Niysa!"

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now