Bunyi loceng yang menandakan waktu rehat mendatangkan perasaan gembira pada setiap orang. Berpusu-pusu pelajar melangkah keluar dari kelas masing-masing. Kepada 'pelajar-pelajar baru' pula, mereka menunggu sehingga semua pelajar lesap dari pandangan.
Memandangkan kelas mereka bersebelahan, Hanie dan Yazmin bertemu dengan sahabat mereka yang lain di luar kelas. Tidak terkecuali sahabat baru mereka, Maya.
"Kalian macam mana?" Soal Hanie sambil memeluk sebuah buku. Buku dan Hanie? Tidak dapat dipisahkan.
Niysa hanya menjongketkan bahu. "Bolehlah. Kalian pula?" Jawabnya sekali dengan soalan. Wajahnya benar-benar tidak menunjukkan sebarang minat terhadap apa yang terjadi di sekolah ini.
"Okey." Jawab Yazmin bosan.
"Eh! Dah inform pengetua?" Tanya Aineen apabila tersedar akan sesuatu. Tangannya sedang membetulkan sesuatu pada telinga.
Yazmin menggaru kepala tanda tidak faham. "Inform apa?"
Aisyah pula melirikkan mata ke arah Maya yang sedang melayan perasaan sendiri.
"Oooh." Yazmin yang baru sedar menepuk dahinya.
"Siapa nak inform?" Soal Hanie sambil memandang sahabat-sahabatnya seorang demi seorang.
Semua mendiamkan diri termasuklah Maya yang tidak mengetahui apa-apa.
"Okey, biar saya yang buat." Ujar Hanie bersahaja. Dia menjauhkan diri daripada mereka berlima.
Hanie memasukkan tangannya ke dalam tudung. Kemudian, dia menekan sesuatu pada telinganya.
Talian bersambung dengan pengetua. "Assalamualaikum pengetua."
"Waalaikumussalam. Ya? Kenapa? Ada masalah?" Soal pengetua. Ada kerisauan dalam nadanya itu.
Hanie ketawa kecil sebelum menjawab. "Kami dah jumpa seorang."
Pengetua diam seketika bagai sedang cuba untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Hanie. Kemudian, dia menjawab dalam nada teruja. "Wow! Syukran. Nanti tolong cari lagi."
Hanie mengerutkan dahi mendengarkan jawapan pengetua tersebut. "Err... Baik tuan pengetua."
"Errr... Ni siapa yang call?" Tanya Pengetua.
Hanie menepuk dahi pula. "Ini Hanielah pengetua."
"Ooo... Saya ada kerja ni. Kena pergi dulu. Assalamualaikum." Talian dari sana diputuskan.
Maya yang seronok berbual bersama yang lain, tersedar tatkala Hanie menghilang daripada kumpulan tersebut. Apabila mencari, dia terlihat Hani berada tidak jauh daripada mereka.
Dia mendekati Hanie lalu bersuara. "Hanie, awak cakap dengan siapa? Awak punya kelebihan kan nampak tali jodoh saja."
Hanie tersengih. "Saya memang suka cakap seorang-seorang." Balasnya janggal.
"Sudahlah, jom pergi rehat. Maya, awak selalu rehat di mana?" Potong Aineen tatkala terlihat Hanie yang terkulat-kulat menjawab soalan Maya.
Maya tersenyum. "Saya suka rehat di bawah pokok yang berada di tepi padang." Jawabnya gembira.
Kelima-lima gadis itu pun tersenyum. "Samalah."
"Jom!" Ajak Maya.
"Jom!"
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...