Bunyi kereta yang lalu-lalang di hadapan akademi sudah menjadi satu muzik di halwa telinga setiap pelajar di akademi tersebut. Sudahlah akademi berdekatan dengan deretan kedai, apa boleh buat jika kebisingan malam menguasai kediaman?
"Salam semua, warden kata boleh keluar petang ni. Kenderaan disediakan untuk yang nak pergi jauh. Paling kurang 10 kilometer." Ujar Niysa yang baru tiba dengan beberapa buku cerita berada dalam tangannya.
"Betulkah?" Soal Yazmin, tidak percaya. Matanya kelihatan bersinar.
Hanie yang datang bersama Niysa mengangguk laju bagi mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.
Aineen dan Aisyah pula saling berpandangan. Gembiranya! Di Akademi mereka, bukan mudah untuk keluar sesuka hati. Tambahan pula akademi mereka berada di tempat yang tersembunyi. Di mana pun nak jumpa kedai?
"Jom keluar." Ajak Yazmin yang sudah bersiap-siap. Sekiranya dapat keluar, jangan dipersia-siakan peluang ini.
Aisyah turut bersiap bersama. "Nak pergi mana?" Soalnya.
"Pergi perpustakaan negeri, jom." Ajak Hanie, gembira.
"Awak ni, perpustakaan, perpustakaan tidak habis-habis." Ujar Aineen dengan cebikan kecil. Dia menepuk bahu Hanie sambil menggelengkan kepalanya.
Niysa menepuk dahinya lalu berkata. "Jom pergi kedai buku atau butik pakaian muslimah. Pilih cepat."
"Kedai buku!" Jerit Hanie dan Aisyah serentak.
"Kedai baju!" Jerit Yazmin dan Aineen pula. Merekat mengangkat tangan.
Niysa mengurut kepalanya kerana bingung. Apakah yang perlu dilakukannya?
∆∆∆∆∆
Niysa kini sedang berada di hadapan sebuah kedai buku manakala di sebelah kedai buku itu pula butik pakaian muslimah. Dia berpeluk tubuh dengan tangan kiri yang memegang satu plastik yang mengandungi barang yang dibelinya.
Kling! Hanie dan Aisyah keluar dari kedai buku tersebut. Masing-masing sibuk berbicara mengenai buku yang dibeli oleh mereka.
Ting Tong! Yazmin dan Aineen pula keluar dari butik itu. Kedua-duanya memaparkan wajah teruja.
"Ha, puas shopping?" Soal Niysa dengan wajah kosong. Keningnya dijongketkan sebelah.
Sahabat-sahabatnya mengangguk laju sambil menguntum senyuman manis.
"Eh? Niysa tak beli apa-apa ke?" Soal Aisyah hairan.
Niysa tersenyum senget. "Tak nak saya. Baik saya beli Al-Quran aje. Tak adalah benda itu kacau."
Satu panahan halimunan bagaikan menusuk ke hati keempat-empat sahabatnya. Mereka melirik ke arah plastik di tangan Niysa. Terdapat sebungkus kertas kajang dalam plastik tersebut. Masing-masing berasa lega walaupun sentap itu ada juga.
"Sudahlah jom balik." Ajak Niysa lalu mula menapak ke hadapan. Dalam diam, dia tersengih kerana dapat mengenakan keempat-empat gadis itu.
Sahabat-sahabatnya hanya menurut.
∆∆∆∆∆
Setibanya di dorm, lima orang gadis itu menyusun segala benda yang dibeli tadi ke dalam lokar. Nanti apabila kembali di Akademi Dary, adalah barang baharu yang dapat disimpan oleh mereka.
Namun, tiada sesiapa perasan akan tenungan yang tajam dari belakang. Satu aura panas menyebabkan mereka menoleh ke katil Maya. Kelihatan seorang gadis sedang mencerlung garang ke arah mereka.
"Kenapa awak semua tak ajak saya?!" Tanya Maya, sayu bercampur marah.
Yazmin mendekati Maya sebelum memohon maaf. "Maaf ya sadiqati."
"Kami tak nampak pun awak tadi?" Aineen bertanya sebelum duduk di atas katil.
Maya tertunduk sambil memeluk bantal peluknya itu erat. "Saya pergi tandas sekejap." Balasnya perlahan.
"Hmm... Sudahlah, jangan sedih-sedih. Saya ada belikan sesuatu untuk awak." Tutur Hanie lalu menghulurkan sebuah notebook kepada Maya.
Maya menyambutnya sambil tersenyum gembira. Mereka yang lain berasa lega apabila tiada lagi kesedihan yang menyelubungi hati sahabat mereka yang seorang itu.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...