Bab 23

7.4K 560 7
                                    

"Hari ini hari apa?" Tanya Hanie tanpa mengangkat kepala. Tangannya ligat menjahit tudungnya yang tercabut jahitannya.

Niysa melihat jam di tangannya. "Hari Sabtu, why?"

Yazmin teruja tatkala mendengar jawapan Niysa itu. "Wah, apa aktiviti yang kita nak buat?" Soalnya sambil melompat-lompat di atas katil.

Aisyah yang cemas sudah mengibaskan tangannya berkali-kali.. "Hey, jangan buat macam itulah! Nanti roboh."

"Dahlah berat!" Sambung Aineen pula.

Yazmin segera duduk. Dia menjeling Aineen. "Mana awak tahu saya berat?"

"Yalah. Saya pernah angkat awak waktu awak pengsan." Dalih Aineen.

Yazmin menggaru kepalanya. "Bila pula saya pengsan?" Soalnya hairan.

"Yang pengsan itu, Hanie lah." Tegur Niysa senada.

Mata Hanie membulat memandang Aineen. "Jadi, awak nak cakap saya beratlah ni, ya?" Cebikan kecil dia berikan.

Aineen menggeleng sambil tersengih. "Mana ada."

Hanie pura-pura merajuk. Aisyah memberi isyarat supaya memujuk sahabatnya itu. Aineen menggeleng tanda tidak mahu.

Pintu dorm terbuka. Maya melangkah masuk.

"Salam sahabat. Cikgu bagi keluar hari ni. Nak keluar ke pekan?" Tanya Maya. Senyuman diukir.

Yazmin tersengih sambil menggeleng. "Maaflah ya, Maya. Kami masih mahu meneruskan pencarian lagi tiga makhluk tuhan yang ada deria keenam ni."

Maya mengangguk kecewa. "Baiklah, saya keluar dengan Fazli sajalah."

"Orang yang ketiga akan muncul." Ucap Hanie dalam nada yang menyeramkan. Renungannya juga tajam.

Niysa menarik nafas bising. Dia bergerak dari lokar ke Maya. "Awak, dia kan lelaki. Mana awak nak jumpa dia di asrama lelaki?"

Maya hanya tersenyum manis. "Tak apa, saya ada kawan."

"Nama?" Soal Aisyah ingin tahu. Sekiranya lelaki juga, memang harus dikunci sahabatnya yang seorang itu di dalam lokar.

Maya ketawa kecil. "Oh, mereka senior yang nak kawan dengan saya. Seorang nama Umi dan seorang lagi bernama Syahirah."

Kelima-lima gadis itu mengangguk kecil tanda faham.

Selepas Maya keluar dari dorm semula, kelima-lima gadis itu mula berbisik antara mereka.

"Umi tu nama akak yang ada naluri kuat tu kan?" Soal Aineen sambil melirik ke arah pintu dorm yang telah tertutup.

Niysa mengerutkan dahi. "Mana awak tahu?"

"Nampak nametag." Balas Aineen, bangga.

Sahabat-sahabatnya hanya berpandangan antara satu sama lain. Senyuman manis terbit di bibir masing-masing.

"Nampaknya, harapan untuk pulang awal ke akademi semula semakin cerah."

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now