Bab 36

6.4K 496 5
                                    

Petang itu, Cikgu Fazleenda membawa Aineen, Aisyah, Yazmin, Hanie dan Niysa ke sebuah dorm lain. Satu bangunan yang sunyi dan terdapat satu pintu pada setiap lorong. Pintu yang satu itulah dituju oleh mereka.

"Baiklah pelajar sekalian, ini dorm baru kalian." Jelas Cikgu Fazleenda. Dia membuka pintu tersebut maka terlihatlah sebuah bilik yang asing bagi mereka.

"Dorm baru?" Soal kelima-lima gadis itu.

Saat itu, mereka terpegun apabila terlihat dorm tersebut. Ia seperti sebuah bilik yang menempatkan lima buah katil single dan lima buah meja belajar. Terdapat juga sebuah tandas yang perlu dikongsi oleh mereka.

"Kenapa... Kami ada dorm sendiri?" Soal Aisyah. Kepalanya disengetkan tanda keliru.

"Kenapa kami duduk dorm lain?" Tanya Aineen pula.

"Adil ke ni?" Soal Niysa, risau.

"Cantiknya!" Ucap Yazmin gembira. Tangannya dijulang ke udara.

"Nanti kami terpisah dengan kawan baik kami." Keluh Hanie sedih sambil tertunduk kecil.

Cikgu Fazleenda mengangkat tangan kirinya. "Sudah! Stop!" Arahnya yang kerimasan.

"Bilik ini adalah untuk pelajar khas seperti kamu. Hanya tiga bilik seperti ini terdapat di akademi. Kalian telah terpilih untuk menghuni bilik ini kerana kalian telah menyelesaikan satu tugasan besar yang diberikan oleh pengetua." Ulas Cikgu Fazleenda panjang lebar.

Kelima-lima gadis itu mengangguk faham.

"Mereka yang lain duduk mana?" Soal Niysa.

"Pelajar perempuan duduk satu dorm. Pelajar lelaki pula duduk dengan dorm pelajar lain sebab lelaki tak ramai." Balas Cikgu Fazleenda.

"Ooh..." Balas mereka serentak.

Cikgu Fazleenda menuju ke luar. Sebelum dia menutup pintu, beliau sempat berpesan. "Kamu semua dan sahabat-sahabat baru kalian diberi cuti dua hari. Oh! Esok jangan lupa pergi dewan Suria, kami nak beri penghargaan."

Pintu ditutup. Gadis-gadis itu ternganga.

♢♢♢♢♢

"Waa!" Jerit Maya lalu rebah ke atas katil bagi menyelesakan diri.

Hanani terjerit kecil akibat terkejut dengan jeritan seniornya itu. "Akak, janganlah buat macam tu." Tegurnya.

Hana ketawa kuat. "Hahaha... Adik takut, adik takut."

"Boleh tak jangan panggil saya adik! Panggil saya Hanani!" Marah Hanani geram. Dia duduk di atas katil yang berada di sebelah Hana.

Akademi ini mempunyai banyak bilik yang hanya boleh menempatkan lima orang. Terdapat lima katil single manakala tandas pula berada di luar dan perlu dikongsi bersama penghuni bilik lain.

Hana melompat-lompat di atas katil. Hanani pula mencapai novelnya dari begnya lalu dibaca.

Umi dan Syahirah? Mereka pergi melawat kawasan akademi bersama-sama.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now