"Bagi menghargai jasa sahabat-sahabat kita ini, pihak akademi ingin menganugerahkan sebuah pingat dan sekeping sijil kepada mereka yang telah menabur bakti dan jasa terhadap akademi ini." Tutur ketua pelajar, segak sekali. Dia kelihatan bersungguh-sungguh.
Semua murid bertepuk tangan. Keadaan dewan tersebut sangat gamat.
Hanie, Niysa, Aineen, Aisyah dan Yazmin mendaki tangga pentas. Mereka bersalaman dengan setiap guru perempuan lalu mengambil pingat dan sijil yang tertera nama mereka di atasnya.
Hana, Hanani dan Hanif bersorak gembira. Fazli sekadar tersenyum kecil melihat Maya yang bertepuk tangan tanpa henti. Ahnaf hanya tersenyum bangga manakala Umi dan Syahirah pula berbual riang menggunakan bahasa isyarat mereka.
Sebaik sahaja acara pemberian hadiah selesai, semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas manakala kelima-lima gadis itu pula diberikan ruang untuk berehat.
"Sementara kita diberikan cuti ini, mari kami bawa kamu semua menjelajah akademi ini. Mahu?" Soal Niysa, selaku ketua kumpulan.
Mereka semua mengangguk tanda menyetujui cadangan itu.
"Jom!" Ajak Yazmin, gembira. Mereka mula berjalan mengelilingi akademi.
♢♢♢♢♢
"Arh! Saya dah penat!" Rungut Maya. Dia melutut seketika. Fazli yang berada di sebelah dipautnya.
"Aip! Di sini tidak dibenarkan berpegangan ya sahabat." Pesan Aineen, serius. Terus sahaja Maya melepaskan pautannya.
Ahnaf memandang sekitarnya lalu menyoal. "Boleh tak saya nak tengok perpustakaan di sini? Boleh?"
Aisyah mengangkat sebelah keningnya. "Why? Awak berminat dengan perpustakaankah?"
"Yelah! Hampir setiap hari saya pergi perpustakaan." Balas Ahnaf, teruja.
Wajah hairan Yazmin tujukan khas buat pelajar lelaki itu. "Tak nampak pun." Ujarnya walaupun sedikit berminat akan keberadaan Ahnaf yang sebenarnya sentiasa ada di perpustakaan.
"Ehehe... Saya suka duduk dekat hujung. Mana ada orang dekat situ." Jawab Ahnaf, tersipu-sipu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Niysa tersenyum senget. "Ohoho... Samalah macam cik akak kita ni." Katanya sambil matanya melirik ke arah Hanie yang sedang membaca novel.
Hanie yang terasa dirinya menjadi perhatian terus mengangkat kepalanya. Kelihatan, semua orang sedang melihat gerak-gerinya.
"Kenapa?" Soal Hanie, hairan.
"Ahaha... Tak ada apalah." Ujar Maya sekadar berbasa-basi.
Hanie menjongketkan bahunya. "Okey." Jawabnya, tidak faham.
"Sudahlah tu. Bawalah kami ke perpustakaan." Pinta Umi.
Niysa mengangguk. Kini, mereka melangkah ke perpustakaan yang terletak jauh beberapa meter.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
Viễn tưởngAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...