"Argh... Bosannya kelas ni." Keluh Maya. Gayanya bagaikan orang yang sudah hilang arah.
Yazmin menoleh ke arah Maya yang sedang duduk di tempat Hanie yang kini di tandas. "Hmmm... Sekarang waktu mesyuarat cikgu. Nak buat macam mana?"
"Awak cakaplah dengan nyamuk ke, semut ke, apa-apalah." Sambung Yazmin lagi tanpa memandang Maya. Matanya sibuk melilau memerhatikan kerenah pelajar-pelajar kelas tersebut.
Maya mengeluh lagi. Satu tepukan terasa di bahunya. Dia mengangkat kepala.
"Awak duduk kat tempat saya?!" Hanie membuat muka bengang.
Maya menjadi kecut perut lalu menutup mukanya menggunakan sebuah buku. Kemudian, dia terdengar tawa seseorang.
"Hahaha... Awak, saya gurau saja." Tutur Hanie yang tersenyum nipis.
Yazmin juga turut ketawa melihat Maya yang sudah gelabah. Maya pula memasamkan muka apabila dikenakan sebegitu.
"Assalamualaikum." Suara seseorang yang muncul dari tingkap sebelah menggamit perhatian mereka.
Ketiga-tiga gadis itu menoleh. Kelihatan tiga orang sahabat mereka sedang berdiri dibalik tingkap.
"Waalaikumussalam. Eh! Awak semua boleh keluar kelas?" Tutur Yazmin, terkejut.
Aineen tersengih. "Dapat pelepasan sementara cikgu pergi mesyuarat." Balasnya sambil mengangkat dua jari tanda keamanan.
"Alah... Mesyuarat sampai balik. Masuk sajalah. Ramai pun yang keluar kelas." Ajak Maya yang sudah kebosanan. Sudah berapa banyak kertas dicontengnya. Kerja sekolah tidak dibuat, contengan yang tidak berfaedah pula yang memenuhi buku.
Niysa, Aisyah dan Aineen mengangguk. Mereka bertiga melangkah masuk lalu berkumpul di beberapa buah meja kosong yang berada di belakang kelas.
"Hmmm... Awak semua tahu tak?" Soal Maya tiba-tiba. Keningnya dijongketkan bagi menghadirkan perasaan ingin tahu terhadap lima orang gadis yang berada di hadapannya itu.
Aisyah menongkat dagu. "Tahu apa?"
"Pasal Hanani, Hana dan Haniflah." Ujar Maya berbasa-basi.
Niysa merehatkan kepalanya di atas meja. "Cakap sajalah." Pintanya dengan mata yang dijulingkan ke atas.
Maya ketawa kecil melihatkan gelagat Niysa. "Mereka itu, ada kelebihan telepati dari kecil. Mereka ini kiranya popular lah."
"Yakah?" Jerit Aisyah lalu tersentuh tangan Aineen. Kemudian, dia terdiam.
Sahabat-sahabatnya memandangnya pelik. Tadi bising, sekarang diam. Apa jadi?
"Aisyah, kenapa?" Soal Niysa risau. Dia memandang Aisyah yang berdiri tidak berganjak.
Aisyah menggelengkan kepala laju. Dia menoleh ke arah sahabat-sahabatnya dengan senyuman lebar terukir di bibir. Matanya kelihatan bersinar seperti satu perkara ajaib telah berlaku.
"Awak sudah kenapa?" Tanya Hanie pula. Seram melihat perwatakan sahabatnya yang seorang itu.
"Saya sudah boleh nampak masa silam orang!" Kata Aisyah, teruja.
Mendengarkan berita itu, membuatkan Aineen tersenyum kelat. "Wah! Baguslah. Hanie, Yazmin dan Aisyah dah ada kelebihan yang sempurna. Kita bila lagikan, Niysa?"
"Nanti, nanti adalah tu. Saya pun masih menunggu. Segalanya dengan izin Allah." Ujar Niysa dengan senyuman nipis.
Aineen membalas kata-kata Niysa dengan anggukan faham manakala Maya memandang mereka semua dengan senyuman pahit terukir di bibir.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...