Aisyah tersedar dari tidurnya yang lena. Dia bangun lalu memandang sekeliling. Tempat apa ni?
"Eh? Tempat apakah ini?" Soal Aisyah, pelik. Dia melangkah keluar dari bilik itu.
Keadaan rumah tersebut kelihatan usang dan hapak. Terdapat banyak sarang labah-labah yang terhias di syiling.
"Tempat ini... Macam kenal saja." Ucapnya seorang diri.
Secara tiba-tiba, muncul seorang wanita tua dari ruangan dapur ke ruang tamu.
Aisyah menekup mulutnya. Sungguh dia tidak percaya akan manusia yang berdiri di hadapannya kini ialah..
"Nenek." Ucap Aisyah lalu menangis perlahan. Nenek saudaranya itu telah meninggalkannya ketika dia berumur lapan tahun.
Wanita tua itu tersenyum lemah. Dia mendekati Aisyah lalu meraih tangan gadis itu.
"Aisyah." Panggil Wanita tersebut. Dia mendongak bagi melihat Aisyah.
"Ya, nenek." Balas Aisyah, dalam tangisan.
Wanita tua itu tersenyum manis. "Cu, jangan nangis ya, cu. Sebab nenek bukanlah seperti yang kamu sangkakan. Nenek dihantar untuk menolong kamu, cu."
Aisyah mengesat air matanya. "Tolong apa nek? Macam mana Aisyah boleh ada dekat sini, nek?" Soalnya.
Wanita itu menarik tangan Aisyah dan menyuruh gadis itu duduk di atas kerusi berdekatan. Aisyah hanya menurut.
"Di sini, kamu hanya berada di suatu alam lain. Di sini juga, kamu boleh melihat masa silam sesiapa sahaja. Jadi, kamu diberikan masa untuk melawat atau mengunjungi masa silam sesiapa buat sementara. Salah kamu juga. Disebabkan kamu tidak mendengar kata, semua ini berlaku." Ulas wanita tersebut.
Aisyah mengimbas semula apa yang telah terjadi.
Niysa menoleh ke arah sahabat-sahabatnya. "Jangan langkah dekat warna merah tu! Nanti..."
Aisyah melangkah masuk ke dalam bulatan merah. Secara tiba-tiba, dia merasakan sesuatu yang pelik memasuki badannya dan membuatkannya tidak sedarkan diri.
"Alamak! Kawan-kawan Aisyah. Macam mana ini. Ini semua salah Aisyah sebab tak dengar cakap." Tutur Aisyah, risau. Tangannya tergapai-gapai tidak tentu arah.
Wanita tua itu tersenyum. "Kalau cucu nak tahu, kawan-kawan kamu sedang bertungkus lumus bagi menyelamatkan kamu. Jikalau tidak, pasti kekuatan kamu diserap oleh kitab tersebut. Kamu juga perlu memyelamatkan diri kamu. Kamu sedang menempuh maut, Aisyah!"
Aisyah terdiam. Dia bertekad untuk mencari jalan keluar dari masa silam ini.
Namun, dia tidak tahu. Akan ada bahaya yang mendatang.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...