Suasana petang mula menguasai sekolah. Para pelajar mula pulang ke dorm masing-masing bagi membersihkan diri. Maya dengan gembiranya pulang ke dorm setelah menjalani hari. Apabila pintu dibuka, kelihatan lima orang gadis sedang merenungnya tajam.
"Maya, betulkah awak keluar dengan lelaki?" Soal Niysa dari atas katil.
"Awak tahu tidak nanti ada orang ketiga?" Tanya Hanie pula. Dia mengetap bibir geram.
Maya memandang kelima-lima gadis itu dengan riak terkejut. Nampaknya, Jasmin dan Fatehah sudah keluar kerana mereka berdua tiada di dalam dorm.
"Mana awak dapat khabar ini?" Soal Maya, tidak percaya.
"Dari Jasmin-" Aineen mengambil nafas. "Dan Fatehah." Sambungnya lagi.
Maya mengeluh kecil. "Awak percaya?" Soalnya sedih.
Tanpa ragu, Yazmin merenungnya dan membalas. "Saya baca fikiran dia, nampak macam betul."
"Kejap." Aisyah turun dari katilnya lalu mendekati Maya. "Biar saya tengok."
Aisyah menghulurkan tangannya. Maya menelan air liur lalu menyambut tangan Aisyah.
Aisyah mendiamkan diri, lama. Sedang dia fokus melihat masa silam, seseorang menjerit.
"Sudahlah. Jangan kacau akulah!" Marah Niysa. Dia sedang memukul angin.
Aisyah berpaling memandang Niysa. "Awak! Hilang fokus saya!" Marahnya.
Niysa segera mengunci mulut. "Maaf." Balasnya perlahan sebelum menoleh ke sebelah kirinya. "Kaulah ni!"
Yazmin hanya menggelengkan kepala. "Dia ini, kena kacau dengan hantu ke kena sampuk dengan hantu." Omelnya disambuti dengan tawa Aineen.
Aisyah menghela nafas bagi menenangkan diri. Dia cuba untuk mengulang kejadian itu tadi semula. Maya pula masih setia menunggu bukti.
Apabila sudah lama mendiamkan diri, akhirnya Aisyah bersuara. Hati Maya berdetak hebat.
"Jangan takut Maya, saya tahu." Ujar Aisyah dengan tenang. Dia tersenyum. Orang yang betul, dia tak akan lari.
Hanie dan Aineen memandang Aisyah. "Apa jadi?"
"Dia pergi taman, pastu Fazli datang. Kemudian, mereka duduk sama-sama dan berbual. That's all." Terang Aisyah, jujur. Dia kembali mendaki katilnya.
"Tapi masih akan ada orang ketiga!" Tutur Hanie seraya berpeluk tubuh.
Yazmin tersenyum nakal apabila melihat Maya yang seperti tersipu-sipu. "Maya." Panggilnya.
"Ya?"
"Awak suka Fazli eh?" Tebak Yazmin sambil tersengih.
Maya terdiam. Dia merasakan darah sedang menyerbu pipinya.
Galak Yazmin ketawa dari atas katilnya. Begitu juga dengan Aisyah, Yazmin dan Aineen. Hanya Niysa sahaja masih bergaduh dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang lain.
Hanie tersenyum sendiri. Mengenai mereka berdua itu, hanya dia sahaja yang mengetahui apa yang bakal terjadi. Jodoh orang, hanya rahsia dia dan Allah.
∆∆∆∆∆
Keesokan harinya, kelima-lima sahabat itu sedaya upaya memujuk Maya yang enggan ke sekolah. Dengan alasan, malu tentang apa yang telah terjadi semalam.
Setelah satu jam setengah mereka berperang mulut, Maya akhirnya bersetuju ke sekolah walaupun mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah.
"Awak ini, kalau saya sumbat cili dalam mulut, baru awak tahu!" Marah Fazli yang berjalan beriringan dengan mereka ketika terserempak di tengah-tengah laluan.
Maya merengus lalu mendiamkan diri. Sahabat-sahabatnya yang lain saling berpandangan.
Kesemua pelajar yang melintasi mereka memandang Fazli dan Maya dengan pandangan jelik.
"Jasmin dan Fatehah ni, semua kerja mereka!" Gumam Fazli. Perasaan benci terhadap gadis-gadis itu membuak-buak.
"Kalau saya ada deria keenam untuk meletupkan sesuatu, saya akan letupkan mereka berdua dahulu." Marah Yazmin pula. Dia sedang menahan geram. Entah kenapa, dia berasa sangat marah pada waktu ini.
Hanie berbisik pada Aisyah. "Adakah deria keenam yang macam itu?"
Aisyah berbisik semula. "Entahlah, Hanie."
Yazmin memandang mereka berdua dengan muka bengis. "Kalian ingat saya tak dengar ke apa yang kalian cakap?"
"Yazmin, sabar. Saya lihat masa depan awak semakin pudar." Ujar Aineen bagi menenangkan sahabatnya itu.
Yazmin menepis tangan Aineen yang cuba memegang bahunya. "Ada saya kisah?!"
Niysa menggelengkan kepala. "Macam inilah orang yang telah dihasut syaitan."
"Eeeiii... Kalau saya boleh..." Marah Yazmin lagi. Orang di sekeliling sudah tidak dipedulikan.
"Yazmin... Masa depan awak..."
"Saya benci mereka berdua tu!"
"Yazmin... Ta- Tali jodoh awak."
"Arggh! Saya rasa macam nak menjerit."
"Yazmin!!!!" Jerit Aineen tiba-tiba membuatkan semua yang berada di situ terdiam.
Yazmin mengerutkan dahi sambil memandang Aineen. Aineen yang sedang menunduk menampakkan nafasnya yang turun naik. Gadis itu mengangkat kepalanya lalu menjeling Yazmin tajam.
Yazmin menelan air liur. "Ke- Kenapa?"
Aineen mengetap bibir lalu memejamkan mata. "Masa depan awak."
Mereka yang berada di situ mula ketakutan manakala Maya dan Fazli sudah lama meninggalkan mereka di situ bagi menyelesaikan masalah yang hanya mereka berlima faham.
Aineen yang masih memejamkan mata mengalirkan air mata. "Kalau awak berperangai macam ni, mereka akan jumpa awak dahulu."
Mereka semua mengerutkan dahi. "Mereka? Mereka itu siapa?"
Aineen membuka matanya. "Orang yang nak buat uji kaji terhadap manusia yang mempunyai kebolehan yang luar biasa. Seperti kita."
Yazmin menbuntangkan mata manakala Aineen sudah mula menangis. Hanie pula terdiam manakala Aisyah berdehem perlahan sambil memalingkan wajah ke arah yang lain.
Niysa hanya berpeluk tubuh di sebalik tudung yang labuh. Dia kelihatan tenang mahupun serius.
"Naluri saya kuat mengatakan bahawa Maya itu mengatakan perkara yang betul. Mereka (Jasmin dan Fatehah) hanya main-mainkan kita. Mereka berdua telah membuat fitnah!" Satu suara yang tidak dikenali menerjah pendengaran.
Kelima-lima orang gadis itu tersentak apabila terdengar perbualan tersebut. Mereka segera menoleh bagi melihat siapakah mereka yang sedang berbual.
"Saya yakin! Naluri saya membuatkan saya yakin!" Ujar seorang gadis yang berkaca mata dengan bersemangat. Gadis yang berada di sisi gadis berkaca mata itu pula hanya mengangguk lalu membalas balik kata-kata sahabatnya itu dengan bahasa isyarat.
"Kawan dia bisulah!" Ujar Hanie, teruja. Bukan selalu dapat berjumpa dengan orang yang sebegitu.
Aineen menggelengkan kepala. "Apalah awak ini. Itupun nak teruja."
Aisyah menyandarkan dirinya ke dinding. "Macam Arissa." Bisiknya, tersenyum.
Sahabat-sahabatnya menoleh ke arahnya. "Hah?"
"Saya ada rakan sepermainan saya sewaktu kecil di Akademi. Dia mempunyai kelebihan iaitu naluri yang sangat kuat. Apa yang dia rasa, semua betul." Terang Aisyah. Selepas itu, mereka semua menoleh ke arah dua orang yang sedang berbual itu semula.
"Nampaknya, itu gadis yang sedang kita cari."
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...