Kini, bermulalah sesi perkenalan mereka dengan lebih mendalam. Perkenalan ini bukanlah sekadar untuk memenuhi syarat sebagai saudara seislam, malah dapat digunakan sekiranya hal penting harus dilakukan oleh mereka. Dengan ini, semuanya dapat diatur dengan baik.
Yazmin yang terlebih excited berbicara dahulu. "Kelemahan saya ialah saya tidak dapat membaca minda manusia jika seseorang itu sedang bergerak."
"Contoh?" Soal Aisyah, teruja.
Yazmin mengusap dagunya tanda berfikir. "Contohnya, macam orang tengah berlari." Balasnya dengan jari telunjuk yang dituding ke atas.
"Oooh..." Balas keempat-empat sahabatnya. Terangguk-angguk mereka sambil memandang satu sama lain.
Aineen mengangkat tangan. "Saya pula."
"Okey." Ucap Hanie sambil tangannya disuakan untuk memberi peluang Aineen bercakap.
"Saya boleh nampak segala masa hadapan termasuk saya punya sendiri. Tetapi, saya tidak dapat lihat masa hadapan haiwan. Hehe..." Ulas Aineen sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu barangkali.
Jawapan Aineen membuatkan Yazmin ketawa besar manakala Hanie tersengih sambil menyembunyikan wajahnya di sebalik buku. Aisyah hanya tersenyum kecil manakala Niysa pula bersedia untuk berbicara. Kalau berkenaan manusia, semua boleh. Ini bermakna kelebihan Aineen seperti tiada kelemahan. Benar, bukan?
Niysa mengambil nafas dalam lalu berkata. "Saya boleh nampak semua makhlus halus termasuklah bunian. Cuma, makhluk yang mampu menunjukkan dirinya sahaja yang saya boleh nampak. Jin, bukan sesuatu yang mudah untuk saya lihat seperti syaitan."
"Oooo..." Ucap yang lain setelah tiada kata yang boleh dibalas.
"Saya pula tidak boleh melihat masa lampau orang. Hanya benda sahaja. Okey, itu saja." Ujar Aisyah pendek. Deria keenamnya tidaklah menarik seperti yang lain. Maka, hanya info yang sedikit itu sahaja dapat diberitahunya.
Sahabat-sahabatnya hanya mengangguk laju.
Setibanya bahagian untuk Hanie berbicara, gadis itu menyepi seketika. Tidak lama kemudian, barulah dia mengeluarkan suara. "Macam yang kalian tahu, saya tidak dapat melihat tali jodoh saya sendiri."
Yazmin mengensot ke hadapan bagi mendekati Hanie. "Tali itu warna apa?" Soalnya.
Hanie tersenyum kecil. "Warna merah. Macam kepercayaan orang Jepun."
"Wah!" Ucap mereka kekaguman.
Niysa bangkit dari duduk. Dia menunduk bagi melihat sahabat-sahabatnya yang masih berehat di atas rumput. "Sudahlah. Mari ke dorm masing-masing untuk berkemas. Lusa kita akan bertolak ke akademi sana."
"Baik!"
∆∆∆∆∆
"Cikgu, inikah akademi yang akan kami duduki?" Tanya Yazmin sambil melekapkan wajahnya pada cermin kereta gurunya itu.
Sebuah akademi yang besar dan seakan-akan sebuah universiti tersergam indah pada layar mata. Mereka memandang takjub dengan permandangan asing itu. Walaupun begitu, akademi tersebut tidak dapat melawan keunikan akademi mereka.
Cikgu Fazleenda atau lebih dikenali sebagai guru lawatan hanya mengangguk kecil. "Ya, inilah ia." Balasnya bagi soalan Yazmin itu.
Mereka semua membesarkan mata. "Wahh!!"
"Oh! Sebelum saya lupa, tingkatan satu tidak ada sekalikah?" Soal Aisyah. Mana mungkin hanya tingkatan dua sahaja yang melakukan kerja. Akademi Dary, tidak akan berat sebelah.
Cikgu Fazleenda menggeleng. "Mereka dihantar ke akademi lain. Tetapi tidak lama kerana mereka baru sahaja ingin merasikan diri dengan akademi kita."
"Oh begitu." Balas mereka berlima serentak. Betul juga apa yang diperkatakan oleh guru mereka itu. Tingkatan tiga dan tingkatan lima, bakal menghadapi peperiksaan yang besar. Manakala tingkatan empat, mereka tidak diganggu agar dapat berehat.
Cikgu Fazleenda memarkirkan keretanya di tempat parkir yang telah disediakan di luar sekolah. Selepas itu, dia menoleh ke belakang bagi melihat keadaan anak-anak muridnya yang bagaikan sudah bersedia untuk keluar.
Sebelum keluar dari kereta, Cikgu Fazleenda berpesan. "Ingat, di sini hanya pelajar biasa sahaja yang ada. Bukan istimewa seperti kamu semua. Lagi satu, jangan beritahu sesiapa tentang kelebihan kamu. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, hubungi kami. Sekiranya tidak dapat, bergantunglah pada Allah."
Sebagai jawapan, mereka berlima menganggukkan kepala hampir serentak. Tiba-tiba satu jeritan yang tidak disangka memberikan kejutan buat mereka.
Mereka semua segera memandang Hanie. "Kenapa?"
Hanie menjerit lagi. "Saya- Saya nampak tali jodoh saya sendiri!" Ujarnya sambil menunjukkan jari kelingkingnya yang tiada apa-apa bagi penglihatan sahabat-sahabatnya.
Adakah misi kali ini, bakal membawa sesuatu yang baru buat mereka?
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasyAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...