Bab 28

6.7K 559 2
                                    

Perjalanan untuk pulang ke asrama mengambil masa yang sedikit lama. Jadi, mereka menggunakan masa ini untuk berbual bersama. Mengenali satu sama lain dapat, mengukuhkan ukhwah pun dapat.

"Oh, kak. Lupa nak tanya. Apa sebenarnya kelebihan akak Syahirah?" Soal Yazmin pada Umi yang menyertai mereka berenam pada hari itu.

Umi juga baru tersedar. Dia melihat Syahirah di sebelah lalu tersenyum kecil. "Dia boleh merasai ketakutan seseorang. Dia juga bisu orangnya."

Gadis-gadis itu memandang satu sama lain dengan anggukan faham. Kemudian, mereka membawa haluan masing-masing menuju ke dorm.

♢♢♢♢♢

"Kalau dah jumpa seorang lagi ahli, tempoh kita berada di sini akan dipendekkan." Jelas Niysa setelah sedari tadi bercakap seorang diri. Bukan, sebenarnya ada seseorang yang berada di hujung talian.

"Oooh..." Sahabat-sahabatnya menjawab tanpa sebarang reaksi. Masing-masing sibuk melakukan hal sendiri.

Aineen yang berada di atas katil bertanya. "Mana budak dua orang tu, ya?"

"Siapa? Jasmin dengan Fatehah ke?" Soal Maya dengan jongketan kening.

Aineen mengangguk tanda mengiyakan. "Ya."

Di sisi Aineen pula, Hanie mengeluarkan buku tulisnya lalu mula menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru kelasnya.

"Awak buat kerja sekolah yang mana tu, Hanie?" Soal Yazmin yang mengintai rakannya itu dari atas.

Hanie bersuara tanpa memandang Yazmin. "Kerja sekolah Pendidikan Jasmani."

Yazmin mencebik. "Tak payah buatlah... Nanti kita nak balik ke akademi pun." Tuturnya sengaja ingin menghasut Hanie.

Hanie memandang Yazmin. Muka blur ditayangkan. "Ish, awak ini."

"Oh, ya. Lupa pula nak tanya. Akademi kalian ada pelajar tingkatan sahaja ke? Darjah satu, dua, tiga? Tiada?" Tanya Maya, ingin tahu. Tangan kanannya sibuk bermain dengan semut yang berada pada tangan kirinya.

Aisyah yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara. "Oh Ada. Cuma ia bukan di kawasan kami. Ia dibuat di kawasan lain kerana kawasan kami tidak mempunyai cukup ruang. Kami punya akademi terletak di kawasan terpencil. Bukan macam sekolah-sekolah biasa."

Maya mengangguk faham. "Ooooh...."

Tiba-tiba pintu bilik mereka dikuak dari luar. Jasmin dan Fatehah melangkah masuk.

"Assalamualaikum. Pergi mana tadi?" Soal Niysa, mesra. Tangannya dilambaikan.

Jasmin menggulingkan bebola matanya. "Waalaikumussalam. Dan please, jangan sibuk hal orang." Balasnya keras.

Aineen terlihat wajah mereka berdua yang kelihatan bengkak. Bibir pecah, tangan ada kesan luka, baju pula terkoyak sedikit.

"Awak berdua, kenapa ni? Awak kena belasah ke?" Tanya Aineen risau. Sekolah elit begini pun masih bermasalah juga ya?

Fatehah menggeleng. "Emmm... Ammm..." Dia tidak tahu ingin berkata apa.

"Buang ego tu. Beritahu kami sekarang." Pinta Yazmin. Matanya masih merenung kedua-dua pelajar itu tajam.

Fatehah menghela nafas tanda mengalah. "Kami... Hampir dilanggar kereta."

"Nasib baik ada seorang lelaki tolak kami berdua ke tepi. Sebab tu jadi macam ni." Sambung Jasmin. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

"Ooh..." Ucap Maya sekadar berbasa-basi.

Kelima-lima gadis itu terus turun dari katil mereka lalu menuju ke beg masing-masing. Mereka mengeluarkan segala ubat-ubatan atau lebih dikenali sebagai first aid kit.

Kemudian, mereka membantu kedua-dua gadis yang sedang kesakitan itu. Maya yang terkejut dengan tindakan mereka terus berpura-pura tidur.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now