Bab 43

5.6K 437 23
                                    

Sebaik sahaja kedua-dua gadis itu melangkah masuk, satu keajaiban berlaku. Mereka yang lain pula hanya mampu melihat dengan kaku.

Aineen dan Aisyah terapung ke udara dengan satu pancaran cahaya menembus masuk ke tubuh mereka.

Warna putih mula memenuhi mata Aineen manakala mata Aisyah pula dipenuhi dengan warna Hitam.

"Niysa! Apa dah jadi?!" Laung Hanie ketakutan. Dia berlari bagi bersembunyi di belakang Yazmin.

Niysa menepuk dahinya. "Saya dah cakap jangan masuk! Degil betul!"

Yazmin bertanya dengan resah. "Habis tu kita nak buat apa?"

"Janga-" Belum sempat Niysa menghabiskan kata-katanya, Yazmin berlari masuk bagi menyelamatkan sahabat-sahabatnya.

Yazmin juga menjadi seperti mereka berdua cuma, warna kelabu pula memenuhi matanya.

"Apa dah jadi ni?!" Jerit Maya sambil menangis ketakutan. Mana tak takutnya, mereka terkurung di situ tanpa sesiapa yang dapat membantu mereka.

Niysa berdiri di hadapan kesemua sahabat-sahabatnya. "Jangan sesiapa masuk ke dalam ini. Ia akan mengaktifkan kelebihan kita. Kitab itu berbahaya! Kitab ini disimpan kerana ia akan menyerap seluruh tenaga dan kelebihan kita ada!" Ulasnya.

"Habis tu, kita nak buat apa?" Soal Umi yang serba-serbinya bersikap tenang.

Niysa melihat Umi. "Saya lupa nak tanya, apa kelebihan Syahirah sebenarnya?"

Umi bersuara. "Err... Dia dapat mengetahui tahap ketakutan seseorang."

Niysa menepuk dahinya lagi. "Aduh! Kita perlukan seseorang yang ada kelebihan untuk mengambil buku tu!"

"Kelebihan apa?" Soal ketiga-tiga kembar. Hanif, Hana dan Hanani saling berpegangan tangan.

Niysa meraup wajah. Dia menarik nafas dalam lalu menjawab. "Seseorang yang mempunyai perlindungan. Yang dilindungi. Diawasi dengan ketat dan mempunyai keimanan yang kuat."

"Awak kenal ke siapa orangnya?" Soal Fazli pula.

Hanie mengeluh perlahan. "Pe- Pengetua."

Ahnaf duduk di sebelah Hanie. Cuba menenangkan gadis itu.

Hanie berdiri lekas. "Hey, jangan kacau sayalah!" Marahnya lalu menjauhi lelaki itu.

Ahnaf tersengih. "Maaf."

Semua menjadi resah. Mereka hanya mampu melihat ketiga-tiga gadis itu.

♢♢♢♢♢

Dalam masa yang sama, Aineen, Aisyah dan Yazmin sedang mengalami satu mimpi.

Aineen seperti berada di awang-awangan. Dia berseorangan di suatu kawasan biru yang lapang.

Secara tiba-tiba ramai orang memenuhi tempat tersebut. Ada yang berkereta, ada yang berlari pantas, ada yang mendapat piala dan hadiah, ada yang meratapi pemergian seseorang yang telah pergi. Segalanya berlaku dalam sekelip mata.

"Apa dah jadi ni?" Soal Aineen, hairan. Dia melihat keadaan sekeliling. Pencakar langit terbentang luas di layar mata.

Aineen melihat sebuah jam yang besar yang sedang berdiri teguh dihadapannya kini.

"2020? Saya dah lapan belas tahun? Apa dah jadi ni?!" Jerit Aineen. Dia mengamati keadaan sekeliling.

Kemudian, dia terlihat seorang gadis yang lebih muda daripada umurnya. Dia menghampiri gadis itu. "Adik, apa dah jadi ni?"

Gadis itu melihat Aineen. "Kenapa kak? Sekarang, negara kita dah maju tau! Cuba tengok tu, ramai orang naik kereta yang lawa-lawa."

Aineen melihat ke arah yang dituding oleh gadis itu. "A- Apakah?" Ucapnya. Dia terlihat sebuah kereta yang terapung sedikit.

Aineen cuba mengingati apa yang berlaku.

'Buku... Kawan-kawan... Garisan...' Fikirnya. Perkara lalu terimbas semula.

Dia seperti terkena renjatan eletrik. "Alamak! Ini masa depan! Kenapa saya boleh lihat semua orang punya ni? Bukan saya hanya boleh lihat seorang punya dalam satu masa ke?" Gumamnya sendirian, teruja.

"Tetapi.. Adakah saya berseorangan?" Dia mengeluh, kesal.

Bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh.

"Az- Azwan? Abang Azwan?" Dia terkejut tatkala terlihat wajah jejaka yang sudah lama meninggalkannya dahulu. Air mata mula mengalir.

Azwan tersenyum. "Adik jangan sedih, mari kita pergi ke tempat lain."

"Abang, apa dah jadi ni?" Soal Aineen. Dia mengesat air matanya.

"Adik, kitab tu telah membawa adik ke alam ini. Masa hadapan. Buat masa ini, adik diberikan peluang bagi melihat masa hadapan sahabat-sahabat, keluarga, dan sesiapa sahaja." Balas Azwan sambil tersenyum manis.

Aineen mengerutkan dahinya. "Jadi, ini hanya sementara?" Soalnya. Azwan mengangguk tanda mengiyakan.

"Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana ini hanya sementara." Ucap Aineen, sambil menadah tangan.

Azwan membuat riak wajah serius secara tiba-tiba. "Adik, sahabat-sahabat adik sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkan adik. Bahaya kalau adik duduk lama-lama dekat sini. Kitab tu akan serap kekuatan adik dengan banyak. Jadi, adik pun kena cari jalan keluar dari sini."

Aineen mengangguk lemah. Dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini.

"Sudahlah itu, mari kita mengharungi masa depan ini. Masa depan siapa yang adik nak lihat?" Tanya Azwan, mesra.

Aineen bangun lalu berjalan di sisi Azwan.  Dalam kegembiraan, dia tidak tahu yang akan ada mimpi ngeri mendatang.


Maaflah kalau cerita ini tidak dapat dicapai dek akal. Kita tunggu kisah yang akan terjadi pada Yazmin dan Aisyah selepas ini.

Akademi Dary : Sixth SenseWhere stories live. Discover now