Yazmin berjalan menuju ke pusat latihan dengan riang sekali. Akademi ini mempunyai beberapa bilik latihan bagi kelebihan-kelebihan tertentu untuk para pelajar belajar menggunakan kelebihan yang ada dengan baik.
"Assalamualaikum!" Laungnya seraya membuka pintu bilik latihan. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Seorang jejaka muncul di sebalik dinding yang terdapat di dalam bilik itu. Dia tersenyum senget. "Waalaikumussalam, Yazmin."
"Oh hai Cikgu Hanaz. Lama tak jumpa. Apa cikgu buat dekat sini?" Soal Yazmin, gerun. Guru baru ini pernah dihukum kerana cuba mengganggu pelajar.
Cikgu Hanaz tersengih. "Ahah, saya di sini untuk memantau pelajar-pelajar saya. Kamu seorang sahaja yang baru sampai."
Yazmin meletakkan beg yang dibawanya ke atas kerusi. "Ya, ya." Balasnya acuh tak acuh. Mindanya kini dibuka luas-luas.
'Aduhai... Mengapalah gadis ini berada di sini. Ish, aku takut dihukum lagi.' Bisik hati Cikgu Hanaz.
Yazmin bangun, berdiri. "Err.... Cikgu, saya nak keluar sekejap ya. Nak jumpa kawan." Katanya.
"Eh, jangan kamu berani ke mana-mana! Jikalau ada makhluk yang tidak bertanggungjawab mengganggu kamu bagaimana?" Jerkah Cikgu Hanaz. Wajahnya kelihatan merah seperti menahan marah.
Yazmin tersenyum sinis. "Heh, cikgu jangan risau. Saya ni merupakan salah seorang pelajar contoh, tahu?" Ujarnya kemudian berpaling bagi menuju ke luar.
"Kalau saya makhluk yang tidak bertanggungjawab itu bagaimana?" Soal Cikgu Hanaz sambil tersenyum penuh makna.
Yazmin menoleh. Muka toya ditayangkan. "E'eh cikgu. Saya tak takut. Allah ada, dia nampak."
Mati senyuman Cikgu Hanaz. Kemudian, pintu bilik latihan terbuka luas. Kelihatan lima orang gadis berdiri di muka pintu dengan wajah risau.
"Yazmin! Awak okey?" Soal Aisyah. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Hanie, Niysa dan Aineen membetulkan tudung yang senget akibat berlari. Tujuan mereka datang ke sini adalah kerana perasaan yang tidak enak bermain di hati.
Yazmin tersenyum sambil mengangguk laju. Dia melihat setiap wajah sahabat-sahabatnya dengan senyuman.
"Kalian ini, memang sahabat yang baik!" Jerit Yazmin, gembira.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sixth Sense
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kela...